Hari Belia Negara 2011-Putrajaya Digunakan Sepenuhnya
Lepas sahaja pelancaran Hari Belia Negara 2011 oleh Dato Seri Najib Tun Razak, program yang bagi aku besar-besaran juga mula diuwar-uwarkan. Di facebook, sehingga kini masih lagi ada program yang invite untuk ke sana. Buat pengetahuan semua, aku insyaAllah bakal berada di sana atas urusan kerja. Tapi masih tak pasti di bahagian mana. Jadi, sesiapa yang mahu datang, roger-roger la. Yang pastinya aktiviti yang disediakan sangat menarik. Mereka gunakan sepenuhnya 3hari itu dengan aktiviti dari sopan dan santun sehingga kepada yang lasak. Buat pengetahuan, 3hari itu bukan semata-mata untuk Himpunana Sejuta Belia. Malahan, Modal Insan, Y-Avenue, Malaysia Cergas, Karnival Kerjaya, MAHA Youth, International Youth, Majlis Belia Malaysia, Karnival Seni Budaya 1Malaysia, Perhimpunan Sukarelawan PBSM 1Malaysia, Youth Tourism Fair, World Youth Fantasy & Gadget World, Jom Heboh Edisi Hari Belia Negara 2011, Karnival Gen-Y, Amusement Park, Celebrity Village, Performing Art Centre, Karnival Produk Kecantikan dan Industri Desa, Karnival Jom Makan 1Malaysia, dan Pink Village.
Yang pasti, whole Putrajaya digunakan. Seriously banyak gila aktiviti yang disediakan. Kalau korang pergi untuk sehari, memang takde chance la. Kena pilih nak pergi karnival mana.
Bagi yang minat dengan dunia gadget World Youth Fantasy & Gadget World menyediakan Digital Electronic Fair, Pertunjukan 3D Projection, plus ada pertandingan video dan fotografi,
Manakala bagi yang aktif bersukan, Malaysia Cergas menyediakan sukan lasak seperti InLine Skating, BMX, Skateboarding, Wall clambing. Manakala sukan air pulak seperti kenu, perahu panjang, wake boarding, water ski, kenu polo, dan banyak lagi.
Camping pula disediakan tetapi mengikut jadual, lokasinya di UPM bermula Khamis.
Buat para penganggur yang sedang menanam atau makan anggur di rumah tu, Karnival Kerjaya juga disediakan yang mana temuduga terbuka berjalan sepanjang 3hari berturut-turut itu. Saya sarankan anda yang sudah bekerja pun, pergilah ke bahagian Peluang Kerja Separa Masa.
Bagi belia wanita pastinya tak lepaskan peluang di bahagian Karnival Produk Kecantikan dan Industri Desa yang mana menyediakan jualan produk2 kecantikan, klinik kecantikan dan demonstrasi.
Hari Belia tidak semestinya untuk belia. Tetapi bagi aku aktiviti yang disediakan terlalu banyak dan sesuai untuk semua.
Jika anda berminat untuk menyertai mana-mana aktiviti di sana nanti, boleh la klik di sini.
Jadual penuh bagi sepanjang Hari Belia boleh dapat di sini.
p/s: Kalau la takde kekangan kerja, aku nak pergi pertandingan memancing di Taman Tasik Putrajaya.
See you there!
1 kata penuh gaya:
start dri bile smpi bile karnival kejaya tuh
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =)) Catat Ulasan