Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

09 Ogos 2011

Home » Karya:Ingin Jadi Hebat Seperti Ayah

Karya:Ingin Jadi Hebat Seperti Ayah

Kembali lagi Edisi Rabu. Kali ini karya dipertaruhkan oleh Md Khairul Mukhlis Jusih atau lebih dikenali sebagai Krole di dunia blogger. Mendapat tempat kedua dengan markah sebanyak 54/60. Curious juga saya. Menarik sangatkah kisah beliau ni? Jom Terjah!

Hadiah merupakan Chocolate Paraline 24 cavity dan sebuah buku motivasi bernilai RM65 ditaja oleh MyChocs4u dan Encik Saifuddin.
Terima kasih atas sokongan kalian.

Zaman kanak-kanak merupakan zaman yang paling menyeronokkan dalam hidup ini, tapi lain pula dengan cerita krole~ sejak dari kecil lagi krole telah dididik oleh ayah dan ibu untuk berdikari diatas muka bumi ini yang setiap harinya penuh dengan cubaan dan dugaan daripada yang Maha Esa. Sewaktu zaman kanak-kanak krole, ayah berkerja sebagai pemunggah barang kargo dipelabuhan kota kinabalu membuatkan ayah jarang ada dirumah. Kadang-kadang dalam seminggu ayah hanya dapat balik sehari sahaja dan kemudian terpaksa pergi ke kota kinabalu untuk mencari rezeki. Waktu itu gaji ayah hanya Rm200 sahaja sebulan, walaupun tidak banyak tapi alhamdulillah lepas juga untuk membeli makanan kami sekeluarga. Krole selalu menangis bila ayah terpaksa pergi ke kota kinabalu untuk mencari rezeki, tapi ayah selalu berjaya memujuk krole dengan menyatakan bahawa krole anak lelaki maka kena kental jiwa dan raga. Krole amat menyayangi ayah, pernah sekali ayah membawa krole berjalan-jalan ke pasar malam, waktu itu seronok sangat sampai sekarang krole tak boleh lupa mana taknya seronok? bukan selalu dapat keluar dengan ayah kerana ayah selalu sibuk merantau mencari rezeki.

Sewaktu dipasar malam itu, terdapat peristiwa yang amat krole kesali sampai kehari ini... biasalah budak-budak bila dah tengok mainan mesti nak minta beli kan? begitulah yang jadi pada malam itu, krole ternampak sebuah mainan (kereta bomba) yang dijual oleh peniaga dipasar malam tersebut, krole pun apa lagi terus menarik tangan ayah dan meminta ayah belikan mainan tersebut. Tapi ayah tidak menurut permintaan krole waktu itu dengan menyatakan bahawa mainan tersebut tidak tahan dan tak cantik, terus menangis krole... korang bayangkanlah budak kecil menangis, hah!!! macam itulah krole waktu itu, tetapi seperti biasa ayah berjaya memujuk krole dengan mengatakan bahawa dibandar (kota kinabalu) ada lagi mainan yang lagi cantik dan menarik dan ayah menjanjikan untuk membelikan sebuah untuk krole yang sampai sekarang ini ayah tak beli pun, rupa-rupanya waktu itu ayah memang tak mampu untuk membelikan mainan tersebut, maafkan krole ayah. Kalaulah krole tahu waktu itu takkan sekali krole minta beli mainan tersebut, namun ayah tetap bersabar dengan karenah krole. Sekali lagi maafkan krole ayah~

Alhamdulillah, disebabkan nekad ayah ingin merubah nasib keluarga ayah menyambungkan pelajarannya diSekolah Menengah Toh Puan Hajah Rahmah diKota Kinabalu dan alhamdulillah ayah lulus dengan cemerlang, sewaktu ayah menyambungkan pelajarannya krole sudah memasuki sekolah tadika yang terletak dikampung krole sendiri. Sewaktu ayah menyambungkan pelajarannya ayah berkerja sambilan dikedai-kedai runcit yang terletak berhampiran dengan sekolahnya iaitu kawasan sembulan. Krole sayang ayah walaupun sibuk dengan pelajarannya namun keluarga tak pernah sekali dilupakannya. Bagi mengurangkan beban ayah, ibu berniaga secara kecil-kecilan dengan menjual stokin dan pakaian kanak-kanak dipasar raya atau lebih dikenali sebagai tamu, rutin krole dengan adik beradik krole pada hari sabtu dan ahad adalah membantu ibu menjual dipasar tani, kadang-kadang itu terasa cemburu sangat melihat kanak-kanak lain yang gembira berjalan dengan kedua ibu bapa mereka namun krole sentiasa berpegang kepada nasihat ayah, berusahalah bersungguh-sungguh insyallah kebahagian akan menanti dimasa hadapan. Terima kasih ayah dan ibu, krole hargai sangat dengan pengorbanan anda.

Dipendekkan cerita selepas tamat pengajian ayah berkerja sebagai ustaz kafa dikampung kami, dan tidak lama selepas itu ayah dapat menyambungkan pelajaran dimaktab perguruan dan lulus dengan cemerlang. Kemudian ayah berjaya mendapat jawatan sebagai ustaz disekolah agama pekan beaufort. Setelah lama berkhidmat ayah dinaikkan pangkat menjadi guru besar disekolah tersebut dan tidak lama selepas itu ayah dinaikkan pangkat lagi menjadi penyelia JHAEINS (jabatan hal ehwal islam negeri sabah),dan mungkin diatas pengalaman ayah merantau dahulu ayah berjaya membuka sebuah syarikat kontraktor yang dijaga oleh abang sulung krole sampai kehari ini, manakala ibu pula sekarang ini masih lagi berniaga, hihihi... mungkin ibu terlampau minat dalam bidang ini dan alhamdulillah sekarang ibu berjaya membuka cawangan/kedai menjual barangan-barangan untuk menunaikan haji, boleh kata macam-macam ada! dan yang seronoknya perniagaan ibu ada kerja sama dengan tabung haji, maka dapat pendapatan lebih!. Alhamdulillah walaupun tak mewah tapi atas rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T keluarga dapat hidup dalam keadaan yang sederhana sekarang alhamdulillah~ Maafkan krole kerana meringkaskan cerita ini, terlampau banyak krole tak cerita lagi, tapi krole rasa dengan cerita diatas kita boleh mengambil ikhtibar ya~ "berusahalah bersungguh-sungguh dalam tiap apa yang anda buat, walau apa sekalipun orang kata jangan mengalah, kerana rezeki bukan datang dari mereka ianya datang daripadaNya". Insyallah~amin.

p/s: Tahniah kepada pemenang. Rasanya markah tinggi tang moral la. 
Untuk penambah baikan, ambil perhatian terhadap tanda baca seperti noktah. Tiga noktah berturut sesuai untuk pertuturan yang masih memerlukan sambungan. Perhatikan juga penggunaan huruf bagi kata nama khas.
Terima kasih.

1 kata penuh gaya:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP