Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

02 Ogos 2011

Home » Karya:Teman Saya Muallaf

Karya:Teman Saya Muallaf

Kisah ini dipertaruhkan oleh Nurul Farhana Jualis untuk Pertandingan Nukilan Seorang Teman.
Mendapat tempat ketiga sebanyak 53/60 markah.

Hadiah Chocolate Box Size M dan sebuah buku motivasi bernilai RM46 ditaja oleh Nisachoc dan Encik Saifuddin.
Terima kasih atas sokongan kalian.

Pertama kali bertemu dan berkenalan dengan sahabat saya, saya rasa sangat pelik sebab namanya begitu unik.. Celenrence Binti bandari. Apa yang anda akan fikir mengenai namanya itu? Dia seorang muslimah dan bertudung labuh menutup dada.. tapi kenapa pelik semacam namanya tu kan?


Risik punya risik rupanya muallaf.. tapi kasihan juga sebab bibi (panggilan manja) tidak dapat tukar namanya itu di JPN. Saya tidak pasti di mana silapnya sebab menurut bibi adik-beradiknya yang lain boleh menukar nama Islam mereka di dalam kad pengenalan. Akibatnya bibi masih menggunakan nama kristiannya sehingga kini untuk pelbagai urusan..


Sebetulnya sebelum ini mereka sekeluarga adalah penganut agama kristian.. tapi semasa dia berumur 9 tahun, mereka berjaya memeluk agama Islam. Berkat ajakan dari pakcik katanya. Boleh dikatakan pada waktu itu keluarga bibi antara yang terawal masuk Islam, keluarganya yang lain masih juga dengan agama asal. Bahkan apabila tiba hari raya aidilfitri, mereka sambut sesama mereka sahaja. Tidak ada ziarah ke rumah lain sebab perbezaan agama itu. Malahan katanya, dia berpengalaman masuk ke gereja dan mengikuti majlis yang diadakan di dalamnya ketika masih kristian.


Tapi kini, apabila tiba hari raya bibi kata orang-orang kampungnya yang beragama kristian akan datang ke rumah mereka pula. Elok juga macam tu kan, erat silaturrahim. Sehingga kini, bibi sudah berusia 23 tahun alhamdulillah menjadi seorang muslimah yang baik dan berjaya melanjutkan pengajian dan menempatkan diri di Fakulti Kontemporari Islam UniSZA.


Okey, itu kisah teman saya bibi. Ini pula kisah teman saya si suel.. hehe. Ndapa bah kan suel aku tulis kisah kau sikit sini..:)...Tapi suel saya bukan muallaf.. jangan silap faham pula. Yang muallaf adalah mak dan ayahnya.. menurut suel, sebelum berkahwin ayah dan maknya adalah beragama kristian. Tapi apabila mahu berkahwin, mereka sama-sama memeluk agama Islam dan hasilnya adik-beradik suel semua adalah Islam. Unik kan, biasa salah seorang sahaja yang memeluk Islam tapi yang ini kedua-duanya.


Namun bukan itu isunya.. semasa ke majlis perkahwinan kakaknya tempoh hari bersama Ustaz Aziz (penyelia LI), ustaz menyuarakan kekagumannya. Beliau kata, 'bagus kan, mak dan ayahnya asal dari agama lain tapi berjaya didik anak belajar dalam bidang agama sehingga bakal menjadi ustazah. Sedangkan yang lahir dari ibu bapa muslim, belum tentu anaknya menjadi begitu'..(suel, ini harus jadi sumber inspirasimu.. hehe). Sabda Rasulullah SAW:

‏كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ كَمَثَلِ الْبَهِيمَةِ تُنْتَجُ الْبَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا‏ ‏جَدْعَاءَ


“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. kedua ibu bapanyalah yang membuatnya menjadi yahudi, nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu menganggap hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Memang betul apa yang ustaz katakan.. kalau kita lihat, golongan muallaf ini kadang lebih 'muslim' berbanding yang memang muslim. Di mana silap kita? Malah lebih menyedihkan apabila orang Islam sendiri ada yang tidak solat dan tidak tahu membaca al-Quran.. astaghfirullah al- azim. Berdasarkan kisah ini dan kisah-kisah sekeliling kita, bersamalah kita ambil iktibar dan berusaha membaiki diri. Aggaplah ini sebagai cabaran buat kita. Kita semua adalah da'ie kan, insyaAllah.


Apa pun, saya datangkan kisah teman-teman saya bukan untuk mengaibkan mereka atau dengan niat buruk. Tapi untuk dijadikan pengajaran.. tidak seronok rasanya kalau sekadar cerita yang direka-reka. Syukran jazilan kepada bibi sebab izinkan kisahnya saya kongsikan walaupun sedikit cuma.. :)

2 kata penuh gaya:

krole 3 Ogos 2011 pada 2:53 PTG  

ya allah...suka sgt ngan karya ni...best2~

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP