Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~
Memaparkan catatan dengan label IIUM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label IIUM. Papar semua catatan

25 Mac 2012

Perhatian untuk Semua Pembaca


Nampak tak flyer di atas? Flyer ni mengiklankan mengenai program akan datang yang bakal berlangsung tidak lama lagi iaitu Training of Facilitator. Program ini merupakan anjuran pihak Arabic Language and Literature Association of International Islamic University Malaysia. Sebenarnya tidak semua pelajar jurusan ini sedar akan kepentingan bahasa syurga ini. Kami tidak mahu IIUM hanya melahirkan pelajar yang belajar hanya setakat belajar tanpa mementingkan praktikal. Jadi, melalui program inilah kami cuba terapkan semua objektif di sini. Program ini sangat-sangat memerlukan sumbangan dari kalian yang bermurah hati dalam membina sahsiah dan pembangunan penuntut bahasa Al-Quran ini. Sebelum itu, di sini saya sediakan sedikit beberapa maklumat mengenai program ini.

the objectives:

1) to give awareness among BARB

students that they are the leader of the ummah.

 2) to give awareness among BARB students in which Arabic language is another professional field and they

are responsible for societies in understanding Quranic language.

3) to build self-confidence & soft skills among BARB students.
4) to produce great leaders in which have high level of maturity & intellectual among BARB students for the 

sake of ummah.

Muhammad Hakim Ibrahim

Head of Research & Development of

A.L.A

Target group: 100 students ( BARB and CELPAD students)

Di bawah ini, saya nyatakan isi surat permohonan.

___________________________________________________________


Kepada:
...........................
...........................

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dato/Datin/Tuan/Puan,

PELUANG UNTUK MENAJA PROGRAM TRAINING OF FACILITATOR (T.O.F) 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Bahasa Arab dan Kesusasteraan (A.L.A) 2011/2012 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan menganjurkan program 'TRAINING OF FACILITATOR'. Program ini akan diadakan pada 28 & 29 April 2012. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan pelajar Bahasa Arab supaya mereka mampu menjadi pemimpin dan duta bahasa Arab kepada masyarakat, seterusnya bertanggungjawab ke atas pemahaman bahasa Al-Quran dalam kalangan masyarakat.

2.    Sehubungan dengan itu, kami percaya bahawa pihak tuan dapat memainkan peranan yang penting dengan memberikan bantuan dari segi kewangan mahupun penajaan lain bagi menjayakan program ini. Bersama-sama surat ini dilampirkan dokumen-dokumen berkaitan untuk rujukan pihak tuan.

3.   Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh berhubung dengan Ketua Unit Sponsor, Saudari Norhayati binti Rostam atau boleh menyalurkan sumbangan ke dalam akaun Maybank (162469220293). Besar harapan kami semoga permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak tuan dalam menjayakan program ini. Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar, 
............................
(MOHAMMAD AZAM BIN MAT JUBRI)
Pengarah Program,
Training of Facilitator (T.O.F),
Arabic Language and Literature Association (A.L.A),
International Islamic University Malaysia.

-------------------------------------------------------------------

Sebenarnya Approval Letter dan Proposal ada je kalau nak saya sertakan tapi macam tak perlu je letak di sini.huhu.
Pada surat di atas ada disertakan no phone saya, tapi terpaksa saya hazafkan.
hee~
Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk membuat sumbangan, boleh maklumkan kepada saya.
Terima kasih.

read more "Perhatian untuk Semua Pembaca"

29 Mac 2011

[Update] Maklumat Kemasukan Pelajar Degree ke IIUM

Baru je dapat info. TQ.
Fuh!! Lama gilo den tak update. Bukan sengaja tetapi kekangan masa. Asyik outstation, kursus sana, kursus sini.wahaha. Bajet busy. Kalah perdana menteri. Nak jugak update blog ni, so saya kasi letak tentang flow registration Sem 1 11/12 session.

Flow To Get Registration at Kuliyyah IIUM (Sem 1-11/12 session)

Clear PASS and resit pass Only in Sem 2 2010/2011
1) 22/4/2011(Friday) at 3pm-issuance of Offer Letter on the link http://itdportal.iiu.edu.my/anr/editbio08_fin/
2) 5/7/2011-6/7/2011 (Tuesday&Wednesday) 24 hours-pre-registration http://prereg.iiu.edu.my/cfsreg/
3) 22/4-6/9/2011-payment of entrance fees,
   a)RM310 at bank counter, refer to http://epayment.iium.edu.my/
   b)keep slip number
4) 6/9/2011- Mahallah registration
5) 6/9/2011-Taaruf Gombak
6) 12/9/2011- Lectures begin.


For further info, kindly refer to A&R website,  www.iium.edu.my/anr or http://www.iium.edu.my/anr/students/prospective/ex-cfs


So, kepada sesiapa yang bakal menjejakkan kaki ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebagai pelajar ijazah, sila ambil perhatian.
Terima kasih :D
read more "[Update] Maklumat Kemasukan Pelajar Degree ke IIUM"

11 Disember 2010

2011 UIAM cuti panjang beb!

Hah, lihatlah betapanya tajuk.Betapa apa pun tak pasti. Yang penting ini memberi kejutan yang teramatlah sangat kepada kami barisan para pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sebagaimana yang telah anda dapat lihat dengan tajuk entri ini di atas, dapatlah saya katakan bahawa tahniah dan takziah kepada kita.wahaha~
Memula tahu ni dari cik Ainaa Nadiah dari UIA PJ.Beliau sahabat rapat saya semenjak sekolah rendah lagi. Beliau lihat di portal.Ingatkan untuk students Kuantan sahaja.Tapi dengan yakinnya lagi, saya telah mendapat maklumat dari bro Kaizen yang juga sahabat bro Andyhowtt. Dan terus membawa den menjadi lebih ta'kid bila ke blog bro Ihsan.

Nak tengok?

dua-dua ni saya screenshot di sini.

Hah, anda nampak tak kotak merah tu? Time memula register sem 1 untuk sesi 2010/2011 di CFS, saya terus download takwim Gombak punya. Untuk refer tarikh agar senang nak plan apa yang perlu dilakukan pada waktu cuti. Tapi tak sangka lak takwim untuk 2011/2012 jadi macam ni. Lihat pada REGISTRATION OF NEW STUDENTS (Ex-IIUM Centre for Foundation Studies).
Macam mana tarikh cuti vacation tu habis bulan 7, tup2 register bulan 9. Adoih~
Tambah lagi sebulan la beb. Habislah~ Masaklah den kat rumah nanti.
Memang honeymoon betul la jawabnya.
Okey2, bagi pendapat saya. Takwim yang telah ditetapkan ini ada pro n cons nye.Biasalah.Semua benda macam tu. 
Dari segi:-
positifnya: Dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap ibadah.
Maknanya, UIAM menyediakan ruang untuk kita agar dapat meluangkan masa untuk beribadah sepanjang Ramadhan.hee~
*dan juga keluarga *wink2
negatifnya: Ramai yang kata boring.
Budak-budak memang alamatnya mula sem baru dengan otak yang kosong la.Aduhai~
Lebih-lebih lagi kos Econs. Selamatla formula anda semua tu ye. :D

p/s: So, beringat-ingatlah wahai para penuntut sekalian.
Jangan nak honeymoon lelebih la kan.hee~

read more "2011 UIAM cuti panjang beb!"

04 Februari 2010

Tour De Gombak!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Very thankful to Allah على نعمته..Today I wanna tell all of u about the event that held on 31 January 2010 at IIUM Gombak. 'Annual Grand Dinner' BARSS ( Bachelor of Arabic Students Society) في Gombak.بدأ هذا البرنامج حوالي في الساعة الثامنة مساءا

And the participants almost 120 students. All participants r come from BAR students. But, only two of them are from BEN students. So nice i guess.huhu. I think I dont wanna mumble too much.hehe.





read more "Tour De Gombak!!"

17 Januari 2010

Aktiviti Lagi..

Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan terus menjalankan tanggungjawab yang masih belum selesai di muka bumi ini.Amin, amin, amin.. Actually, ni post yg dah lama tertaip tapi terlupe nak post,,huhu..Aasiiff Jiddan..Toyyib. 16 Januari yang lalu telah berlangsungnya satu majlis yang diberi nama Arabic Grammar Workshop di bawah anjuran Quranic Language Department dan kerjasama Language Enhancement Programme. Bengkel ini bermula dari:
8.00 am : Sesi pendaftaran
8.30 am : Ketibaan VIP.
Ucapan Perasmian dr Dr. Madihah Kama.
9.00 am : Workshop bermula.1st session - Speaker : Ustaz Azlan Shaiful Baharom
11.30am : Grouping.
12.15pm : Majlis penyampaian cenderamata.
12.30pm : Lunch time.
2.00 pm : 2nd session - Speaker : Ustaz Nur Khamimi.
4.00 pm : Majlis penyampaian cenderamata.
4.15 pm : Majlis berakhir.
Ni yang secara rawak sahaja. Tak berapa teliti lg. Walaubagaimanapun, kami barisan commitee pulang dalam lebih kurang 5petang.Maaf sangat2 sebab saya tak dapat sediakan hatta sekeping gambar sekalipun sepanjang majlis tu berjalan disebabkan beberapa masalah teknikal.
Walau bagaimanapun, pada pukul 6.30 petang, sebahagian pelajar UIA Nilai telah menyertai Konsert Amal Nazrey Johani Tour De Tahfiz di Kolej Universiti Islam Selangor. Tujuan konsert ini adalah sebagai sumbangan kepada pembinaan Kompleks AlTahfiz Bayu Shahadah, Ranau, Sabah itu nanti.Click Me~ Sebagaimana kita tau mengenai pendidikan Agama Islam di sana tersangat kurang. Dengan pembinaan Tahfiz ini nanti mampu melahirkan generasi yang bisa menaikkan martabat dan menjadi perisai Islam. Diawal program kami disajikan dengan 10 persembahan dari artis2 nasyid seperti All One, As saufi, Algebra, Hijjaz, Saujana, Suhaimi Saad, Nice, Nahwan Nur, Devotees, dan Nazrey Johani sendiri.


Kemudian kami disajikan dengan Video Lakaran Bangunan Kompleks Bayu Shahadah itu. Sama2 kita doakan kejayaan niat murni beliau.Click Me~
Kepada yang sudi untuk memberi sumbangan:
Bank Islam : 12038010098575
Alhamdulillah..cukup sampai di sini sahaja.Salam muhibbahClick Me
read more "Aktiviti Lagi.."

10 Januari 2010

Arabic Essay Writing Workshop


Semalam telah berlangsungnya satu program di bawah QLD (Quranic Language Department) dan dibantu oleh LEP (Language Enhancement Programme). Hanya 10orang commitee sahaja yang terlibat dalam mengendalikan program ini. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.Click Me~ Malam sebelum majlis itu, kami menghadapi masalah pengambilan peserta. Camne ntah aku boleh tersilap pandang. Adeh, nasib baik leh settle terus malam tu. Thanks Madi, Zu, Kak Aina, n Kak Fadh. Without u all, I tak tau la sempat ke tak settle kan bende tu..huhu. Tula hikmah nye bile bekerjasama. Sesi pendaftaran bermula pada jam 8.30pagi.



Kemudian, acara diteruskan dengan perasmian dan sesi workshop dikendalikan oleh penceramah, Ustaz Rozuki. Pelbagai tips2 telah disumbangkan kepada para peserta.









sebelum program bermula








aktiviti berkumpulan

Majlis berakhir 1.30 petang. Dan kami yang commitee2 ni lewat sket kot..Besela tu..
Next week de lagi program macam ni tapi title lain plak.. Tunggu je la kalo aku rajin upload.huhu..C ya!! والسلام
read more "Arabic Essay Writing Workshop"

20 Ogos 2009

مسابقة عرض باور بوين

apa benda tu???
huhu..
tu la..pertandingan power point..
ana baru sahaja selesai menyertai musabaqah tu..
fuh..agak lega setelah tamat..even de sedikit kesedihan..huhu..
musabaqah tu disertai oleh level 1 dan 2 bahasa arab..macam2 kos de..ana pun tak tau yang mana satu.. yang penting musabaqah tadi mengajar kami sesuatu.. praktis paling penting.
majmuah ana dapat undian ke 4..3 yang terawal tadi da wat group ana kecut..fuh..mule la timbul rase kesal dalam hati ana..tak wat lagi advance..huhu..
pas semua dah present..mule la sesi tauzi'.. masing2 da cuak..ana pun tgk la muke ustaz ana je..ana nampak die senyum je n tunjuk tangan tanda bagus..
akhirnya majmuah ana dapat no 2..tu yg sedih tu..de sorg hakim tu dtg kat kami n tanye ana pasal ayat quran yang ana isi tu..upenye ustaz2 pk kami yg juara, upenye silap.terkandas sket sbb kami takallam tergagap maa..kreatif tu da ok da..ustaz tu pun tanye la kami ni kos pe..haha.agak segan di situ ye..kami jawab la 'kos bar'.ustaz tu terkejut.die kata 'lakin, limaza??'. ana hanya mampu tergelak je la..ana senyum org tak nampak pun sbb ana pakai mask..haha..ustaz kata mumkin kelemahan kami takallam.tu la pengajarannye..ustaz kata, ممارسة yang paling penting..pape bahasa pun, praktis la kuncinye..tol tak?? tapi..ana ni dalam kelas arab bknnya nk speaking arab pun..klas bi ok je..
hah, td ptg ana de speaking test..sonok r gak sbb english..wat role play lak tu.. cuba suh speaking arab..waduh..nk pk satu perkataan pun payah..nama je amik BAR.english ana takde la fluent sgt tp kalo nk dibanding ngn arab tu ha..tp kalo terjemah satu2 arab lg ok dr bi..hmm..cmne tu eh..tp cmtu la..speaking tu la yg kene improve lg..tapi, pape pun..' di mana ada kemahuan, di situ ada jalan'
read more "مسابقة عرض باور بوين"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP