Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

18 Mei 2010

Home » » Fatimah Az-Zahra

Fatimah Az-Zahra


"Wanita terbaik di dunia ada empat: Maryam, Aisyah, Khadijah dan Fatimah"
"Allah redha bersama kerdhaannya, dan marah kerana kemarahannya"
Kerelaan Fatimah adalah kerelaan saya, dan kemarahannya adalah kemarahan saya"
"Barangsiapa mencintai Fatimah,(maka ia) mencintai saya.Barangsiapa membuat Fatimah puas, maka ia membuat saya puas. Barangsiapa membuat Fatimah tak senang, ia membuat saya tak senang"
Sabda Rasullullah lagi: "Dari Al- Masur bin Mukarramah, dia berkata: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda di atas mimbar":Fatimah adalah sebahagian dari darah dagingku.Apa saja yang menyakitinya, maka akan menyakitiku.Dan apa saja yang membimbangkannya, juga akan membimbangkanku."
Nama asalnya adalah Fatimah dan kemudian digelar sebagai Az-Zahra. Merupakan puteri keempat Rasulullah dan Khadijah Khuwailid.Ia merupakan puteri bongsu dari keluarga di mana tak seorang pun anak lelaki yang masih hidup.Ia dilahirkan di tengah masyarakat yang menganggap kelahiran anak perempuan adalah suatu kehinaan dan menguburkannya hidup-hidup adalah satu2nya jalan penyucian.
Seorang penyair arab menyatakan: "Jika seorang ayah tetap ingin mempertahankan anak perempuannya, jika dia berfikir tentang masa depan anak perempuannya itu, maka dia harus berfikir tiga menantu yang berbeza:Pertama.rumah yang akan membingitkannya;kedua, suami yang akan mengekangnya;dan ketiga kuburan yang akna menimbunnya! Dan yang terakhir, kuburan.Itulah yang terbaik untuknya."
Menimbun anak perempuan dengan tanah dianggap suatu kehormatan sedangkan Al-Quran telah menjelaskan :"Ia menyembunyikan diri dari masyarakat ramai kerana khabar buruk yang disampaikan itu.Apakah (anak perempuan itu)akan dipeliharanya dengan menanggung malu atau dikuburnya hidup-hidup? Alangkah kejamnya keputusan mereka." (An-Nahl:59)
"Al-Quran menegaskan, "Jangan kamu bunuh anakmu kerana takut miskin.Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan anak-anakmu" (Al-An'am).
Salah satu hikmah kelahiran Fatimah adalah untuk melakukan revolusi kreatif atas keadaan jahiliyyah. Dalam akidah ini, Allah memilih Fatimah sebagai "ahli waris" dari kejayaan keluarganya memelihara nilai2 kehormatan keluarga, dan melanjutkan pohon keluarga. Revolusi ini ditunjukkan dengan sikap Rasulullah yang sangat menghormati puteri bongsunya.Cara beliau bercakap, memujinya mencium tangan dan wajahnya merupakan bentuk penghormatan beliau terhadap Fatimah.
Fatimah lahir 5thn sebelum kenabian Rasulullah.Pada waktu itu, bangsa Quraisy sedang sibuk me'renovate' Kaabah. Fatimah sering ikut serta ayahnya dalam menghadapi tugas kerasulan yang mulia.Saat itu, Fatimah melihat ayahandanya dimaki hamun, dicerca, dihina2.Fatimah sentiasa cuba menghiburkan hati Rasulullah di tengah2 kesukaran dan penderitaan.Lebih2 lagi, setelah kewafatan bondanya, Saidatina Khadijah.Fatimah berhijrah ke Madinah dan menetap bersama ayahandanya.Beliau menjadi dambaan jejaka.
Datang Saidina Abu Bakar dengan bertujuan menikahi Fatimah.Kemudian Rasulullah bersabda, "Hai Abu Bakar, tunggulah sampai ada keputusan".Abu Bakar kepada Umar, "Lamarlah Fatimah kepada Rasulullah".
Dan perkara yang sama beliau peroleh.Dan kemudian keluarga Ali r.a pula berkata kepada Ali supaya melamar Fatimah.Ali menjawab, "Setelah Abu Bakar dan Umar ditolak?".Namun, keluarganya terus mendorongnya.
Selepas itu, beliau pun menemui Rasulullah dan memberi salam."Hai anak Abu Thalib, ada apa?". Dia menjawab,"Aku terkenangkan Fatimah binti Rasulullah".Rasulullah bersabda, "Marhaban wa ahlan".Kemudian keluarganya dan ahli Ansar yang menunggunya bertanya tentang keputusan. Ali menjawab, "Aku tidak tahu.Beliau hanya menjawab 'marhaban wa ahlan'".Mereka berkata, "Cukuplah sebagai tanda lamaranmu diterima.Beliau memberimu isteri dan memberimu ucapan selamat."
Pernikahan mereka hanya diadakan secara sederhana. Fatimah tahu akan tanggungjawabnya.Saidina Ali pula tidak mampu mengupah khadam dan beliau membantu setakat yang termampu.Setelah Rasulullah membawa kemenangan, Ali menyuruh Fatimah untuk meminta salah satu tawanan untuk dijadikan khadam.Namun Rasulullah menolak dan bersabda, "Tidak, demi Allah. Aku takkan memberimu dengan membiarkan ahli Shuffah melipat perutnya sedangkan aku tida memiliki sesuatu pun untuk menafkahi mereka.Aku akan menjual budak itu dan hasilnya aku akan berikan kepada mereka."
Pada malam harinya Rasulullah bersabda, "Mahukah kamu aku memberitahu sesuatu yang lebih baik dari apa yang engkau minta?"
Keduanya menjawab serentak, "Tentu saja Ya Rasulullah." Baginda bersabda, "Ada beberapa kalimat yang diajarkan oleh Jibril, iaitu membaca tasbih 10 kali, tahmid 10 kali dan takbir 10 kali setiap kali selepas solat.jika kamu beranjak ke peraduan, bacalah tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 33 kali" (H.R.Bukhari Muslim).
Setelah Rasulullah wafat, Fatimah pernah meminta bahagian tanah Fadak kepada Khalifah Abu Bakar.Fatimah menganggap itu warisan Rasulullah namun, Abu Bakar menolak permintaan Fatimah kerana beliau mendengar Rasulullah bersabda, "Kami para nabi tidak meninggalkan warisan. Apa yang kami tinggalkan merupakan sedekah" (H.R.Muslim)
Fatimah mengajukan alasan berdasarkan ayat al-Quran namun Abu Bakar tidak menerimanya. Penolakan itu membuatkan Fatimah tidak rela hingga beberapa waktu yang lama. Kemudian Abu Bakar meminta Ali supaya membantu memperbaiki hubungannya dengan Fatimah dan akhirnya Fatimah rela dengan keputusan Abu Bakar.

2 kata penuh gaya:

Tanpa Nama,  12 November 2011 pada 10:03 PTG  

moga calon isteriku, ahli keluarga perempuanku, tukang tulih dan sluruh muslimat menjurus kearah keimanan & ketaqwaan fatimah. org tua kata, jgn mimpi nak dpt teman hidup mcm fatimah kalau diri x seperti ali.
:)
ayaz

Cahayamylife 12 November 2011 pada 10:07 PTG  

@Tanpa Nama
Amiin.
Allahu akbar.
Berapa kali khatam dah blog ni Encik Hafiss.
:)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP