Keadilan Rasulullah
Sempena hari yang mulia ini, saya sertakan tazkirah sementara menunggu keputusan pertandingan keluar sekejap lagi.
Dikeluarkan
oleh Bukhari dari Urwah bahwa seorang wanita telah mencuri pada zaman
Rasulullah saw ketika terjadinya penaklukan Makkah. Lalu kaumnya menemui Usamah
bin Zaid ra untuk mendapatkan ampunan bagi anak perempuan mereka.
Urwah berkata,
“Ketika Usamah menemui Rasulullah saw dan memberi tahu permintaan kaum itu,
wajah Rasulullah saw menjadi kemerah-merahan dan bersabda, ‘Apakah kamu
berkata-kata denganku mengenai hukuman Allah SWT (untuk mengubah atau
meringan-ringankannya)?’”
Usamah berkata,
“Ampunilah saya wahai Rasulullah.”
Pada waktu
petangnya Rasulullah saw berkhutbah dihadapan orang banyak. Baginda memuji
Allah seperti biasa dan bersabda, “Amma ba’du. Sesungguhnya telah binasalah
kaum yang terdahulu apabila orang-orang mulia di kalangan mereka mencuri,
mereka tidak menghukumnya. Tetapi apabila orang-orang rendah di kalangan mereka
mencuri, mereka menjatuhkan hukuman ke atasnya. Demi Allah yang memegang jiwa
Muhammad di dalam tangan-Nya! Jika seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri
pasti aku akan memotong tangannya.”
Kemudian
Rasulullah saw memerintahkan supaya tangan perempuan yang mencuri itu dipotong,
Setelah itu bertaubat sungguh-sungguh dan menikah.
*maaf.tak ingat sumber dari mana. Dah lama tersimpan dalam hard disk.
1 kata penuh gaya:
http://i302.photobucket.com/albums/nn113/aburifaie/smiley/24.gif
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =)) Catat Ulasan