Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

08 November 2011

Home » , » Cara Membuat Homemade Chocolate

Cara Membuat Homemade Chocolate


Ini antara hadiah sempena anniversary mak dan abah yang ke-22
Tetiba tadi lepas dinner ada roommate di Matrik dulu mintak bantuan cara membuat coklat.
Yang bagusnya dia mesej.
Haih, sekali saya reply enam keping mesej la kan.
Maaf la tak kol Izzah.
Tandanya sedang berjimat cermat tak mahu topup.
haha.
Okey, alang-alang dah kongsi ilmu, saya kongsi dengan semua la ye.
Kita akan buat coklat paraline hari ni ye.

Coklat
Kalau tanya mana-mana chef pun pasti akan gunakan semi-finished chocolate untuk membuat coklat yang mana dalam bentuk blok besar-besar. Sama seperti coklat yang anda beli di kedai tu.
Cuma untuk lebih menarik, kita buat dalam pelbagai bentuk dan warna.
Nak kata rumit tak rumitla tapi memerlukan tenaga lebih. Tapi kalau minat, semua tu takde hal lah.
Sebelum tu, korang semua mesti tau apa perbezaan coklat gred A atau couverture dengan gred B atau compound.
Jenis coklat
Gred A @ couverture diperbuat daripada mentega koko atau cocoa butte manakala gred B @ compound diperbuat daripada lemak sayuran atau vegetable fat. Coklat ini mempunyai coklat putih, coklat susu, dan coklat hitam. Pelbagai jenama yang terdapat di Malaysia ni tapi saya prefer compound menggunakan Van Houten untuk dark choc, Sicao dari Singapore untuk white choc dan coklat susu. Selbourne dari Malaysia pun okey. Kalau couverture prefer Callebaut dari Belgium. But make sure mana-mana jenama yang anda ambil, ada tanda halal. Kalau takde, tanye kepada pengeluar untuk dapatkan sijil.
Yang korang tengok berwarna-warni tu coklat compound. Cara pembuatannya mudah cuma kalau buat banyak-banyak, baik korang bina kerjaya membuat coklat. Untung pun untung. Tapi kena rajin la sebab buat ni agak penat.
Cara pembuatan
Cara untuk compound: Cuma cairkan coklat dengan teknik double boiled water. Make sure coklat tu langsung tak terkena air. So, bahan-bahan dan perkakas haruslah kering. Kalau tak, memang tak menjadi la coklat korang. Rugi. Coklat bukan murah okey. Hati-hati. Tak kisahlah guna cara apa pun. Sama ada coklat letak dalam loyang dan ditindan di atas mangkuk yang berisi air panas/suam. Kacau sampai cair. Lebih kurang suhu >40 degree celcius. Then, masukkan ke dalam mould. Terus bekukan di dalam peti sejuk. Tempat biasa je. Tak payah letak kat tempat beku pun.
Couverture pulak: Coklat perlu dicairkan pada suhu ~40 degree celcius dan ditemper pada ~27 degree celcius sebelum dimasukkan ke dalam mould. Coklat ni kena temper bebetul. Kalau tak, pas keluar peti akan cair. Memang agak leceh sebab tu mahal dan sedap!!
Mould
Lepas dah siap buat-buat semua tu, basuh mould jangan guna sabun. Siram je dengan air. Takut mould rosak bila terkena sabun. Lagipun korang kan guna mould untuk coklat je.
Mould sekarang ni merata dah terjual.
Tapi kalau ada yang nak beli dengan saya pun okey.
Promosi
Alang-alang dah cerita pasal coklat ni, saya pun promotekan la kalau ada sape-sape nak tempah coklat sempena hari lahir, tunang, perkahwinan, atau doorgift pun boleh. Perkhidmatan yang digunakan adalah pos laju.
Tapi kalau nak beli dalam container pun okey. Satu container ada 50biji. Harga terbaru RM34 sahaja.
klik pada gambar untuk melihat jenis filling
Sekian, terima kasih.

p/s: Esok ada interview. Doakan yang terbaik ye kawan-kawan. Amiin.

8 kata penuh gaya:

Zalina Hassan Zamri 8 November 2011 pada 10:01 PTG  

wah!!! cikna suka sgt coklat.. terima kasih atas info ni:)

Tanpa Nama,  20 Februari 2012 pada 10:33 PTG  

salam...nk tnya, macam mana nak tau suhu nk cairkan coklat,,pkai dapur gas kan..atau ade cara lain?

Cahayamylife 27 Februari 2012 pada 5:12 PTG  

@Tanpa Nama
Coklat paraline ni mudah je.
Saya cuma menggunakan tupperware dan isi air panas.
Kemudian, hirisan coklat tu saya isikan di dalam satu bekas yang lain jenis metal dan diletakkan ke atas tupperware yang berisi air panas tadi.
Ini dinamakan teknik double-boiled. Bertindih.
Seterusnya, kacau sehingga keseluruhan coklat cair dan boleh terus letakkan ke dalam mold.
Tapi ingat, pastikan bekas yang diisi dengan coklat itu kering.
Once coklat terkena air, tak menjadi la coklat tadi.
Tapi still boleh makan.
Selamat mencuba!

Tanpa Nama,  23 April 2012 pada 1:39 PTG  

nk tnya..cmne nk bg coklat tu colour2? gna coklat putih ke? letak pewarna ye? mohon bantuan?

Cahayamylife 28 April 2012 pada 10:13 PG  

@Tanpa Nama
haah.
coklat putih dan pewarna.
pewarna tu pastikan halal ye.

Unknown 20 Mei 2012 pada 12:03 PG  

Salam . Saya Tengah Belajar Buat coklat. So Nak tanya La , Coklat Compound apa Yang paling bagus ? And Ada tips Tak Untuk Make sure Coklat Kita Tak cepat Cair ?

Harap Boleh Inbox saya Kat Sini

https://www.facebook.com/CikNurHafizah

Tq ya. salam

iza 4 Jun 2012 pada 3:20 PG  

salam..

thankz sbb kongsi ilmu awk utk smua...

bleh x sy nk tau cra basic nk wat coklat ni n coklat yg d gunakn utk awk wat coklat ni...sy nk g clas "coklat homemade" tp xbksempatan...emeil sy ye...

ku_zuzarmiza8889@yahoo.com

terima kasih :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP