Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

04 November 2011

Home » , , » Kontroversi Majlis Perkahwinan Aku

Kontroversi Majlis Perkahwinan Aku

Pengantin haruslah hensem dan cantik
Uit, title tak boleh blah. Kenapa aku kata kontroversi? Siapa ingat entri Aku Bakal Berkahwin? Ohoh! Sungguh kontroversi la kan sebab semua persediaan pernikahan dari pertunangan lagi aku tulis. Nampak diari di situ kan. Tu pun atas sebab pihak penganjur contest tu suruh cerita tentang kahwin. Aku pun cerita lah tentang itu. Sangat menarik orang kata. *Terpuji diri pulak. Sesiapa yang nak kahwin, kalau baca kisah tu, memang dup-dap, dup-dap sekali la. Apa, tak debar ke kalau bab kahwin ni. Ingat senang? Tengoklah orang yang baru lepas akad nikah, ada je yang mengalir air mata. Tanyalah golongan yang sudah mendirikan rumah tangga ni. Kalau rasa-rasa curious nak tahu apa kisahnya, silalah klik. Tarikh, harga, senarai yang perlu secara kasarnya pun aku ada cerita dalam tu. Harap boleh jadi panduan buat bakal pengantin.
Bagi aku agak dahsyat entri tu disebabkan pautan dari 'Brooch untuk songkok' dan 'Mana Nak Cari Cadar Pengantin Murah' boleh terjumpa entri tu di muka pertama. Aku ingatkan pameran pengantin je yang boleh dapat rating. Rupanya itu pun boleh.haha. Tapi pameran pengantin memang tak boleh kalah la dengan perkataan lain kan. Dan yang paling penting, blog ni tetap kalah dengan blog Pameran Pengantin Malaysia. Of course lah. Dah address mereka pun itu. Tagline tak payah cerita. SEO lagi lah.
Apa motif aku cerita pasal kahwin? Maybe kahwin ni tak pernah surut kot. Tiap minggu ada je orang kahwin. Yang penting bukan orang yang sama. Teringat lak promoter pelamin di Pameran Pengantin Malaysia SACC baru ni. Ayat dia, "kita kahwin kan sekali-sekala". Aku ulang balik, "sekali-sekala?" haha.
Bagusnya kalau majlis kahwin boleh buat banyak kali. Tetapi haruslah kita pastikan semua barang free baru boleh buat gitu. Ye dak?

p/s: Nak tahu status aku, kena baca entri tu sampai habis. Takut ada yang merana pulak menahan malu.

1 kata penuh gaya:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP