Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

09 November 2011

Home » , » Cara untuk Dapatkan Semula Barang yang Dicuri

Cara untuk Dapatkan Semula Barang yang Dicuri


Raya haji baru ni, aku telah pulang ke tempat kelahiranku. Di rumah itulah aku lahir. Yang bagusnya, bidan yang sambut aku datang rumah cari nenek aku. Kebetulan aku kat dapur.
Mak Muda : mek mano?
Mak: Gi seberang. 
Pastu dia tengok aku dari atas sampai bawah. 
Mak Muda: Hok sulong ko ni? 
Mak: Hola.
Mak Muda: Masya Allah. Besar dah.
Pastu dia pergi biarkan aku terpinga-pinga. Mak aku pun kabola, dia tu sambut aku masa lahir dulu. Almaklumlah, aku pun dah tua. Confirm dia tak sangka. Yang aku hairan, tiap tahun aku jumpa dia, takde lagu tu pun. hahaha.
Eh, terkeluar topik.
Okey, masuk balik cerita. Malam Isnin lepas solat, tetiba nenek aku datang kepada aku bersama sebuah Al-Quran. Jeng jeng jeng. Tetiba beliau menunjukkan satu ayat di dalam surah Luqman.
Nenek: Acu terjemah ayat ni.
Alamak, kantoi arab aku failed. Dah la aku tak solat, makanya aku tak bawak quran sendiri. Setakat terjemah buat kesimpulan boleh la aku skip-skip.Ni dia nak sebijik-sebijik. Dengan pantasnya aku mengeluarkan laptop dan mencari ayat tersebut.
APAKAH AYAT TERSEBUT?
Sila lihat surah Luqman ayat 16 sekarang. Apakah yang anda jumpa?
print screen di mic word. harap jelas
Maksudnya: 16.  (Luqman berkata): "Hai anakku, Sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus[1181] lagi Maha Mengetahui.

[1181]  yang dimaksud dengan Allah Maha Halus ialah ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu bagaimana kecilnya.

Ayat ini biasa sangat kita dengar, cuma mungkin antara kita jarang praktikkan. Maklum sahaja setiap ayat Allah itu punyai keistimewaannya yang tersendiri.
Okey, kita sambung cerita.
Aku pun terangkanlah satu-satu maksud di situ. Dan nenek aku bersuara.
Nenek: Hah, ni nenek nak ghoyaknyo. Ada orang ni barang dia kene curi. Tapi nak dijadikan ceritanya, orang ni jumpa la natu (menantu) dia. Kiro orang alim-alim jugok la. Natu dyo ni suruh la baca ayat ni selama 13 hari. Ngam-ngam lepas hari ke 13, orang yang curi tu pun datang pulangkan barang tu.
Aku: Owh..memang ye la. Sesuai dengan ayat  يأت بها الله  ni. Memang Allah datangkan balasan untuknya tu.
Tiba-tiba bapak aku datang mendekat dan bertanya apa yang sedang kami bincangkan. Nenek aku pun terangkan la.
Abah: Agaknya orang tu takleh nak sentuh barang tu gamaknya. Ada lagi satu surah. Ustaz cakap surah Adh-Dhuha. Tapi tak ingat ayat mana.
Aku pun dengan pantasnya mencari di dalam mic word. Jumpa!
Aku: Owh.ayat 7 ye?
Abah: Hah! Betul2.
Aku: Ayat ni bermaksud 7.  Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung[1583], lalu dia memberikan petunjuk.
[1583]  yang dimaksud dengan bingung di sini ialah kebingungan untuk mendapatkan kebenaran yang tidak bisa dicapai oleh akal, lalu Allah menurunkan wahyu kepada Muhammad s.a.w. sebagai jalan untuk memimpin ummat menuju keselamatan dunia dan akhirat.
Sesuailah dengan ayat Allah ni kan.

Akhirnya semua beransur ke tilam masing-masing.haha. Tamatlah tazkirah hari ini ye.
p/s: hope korang pahamla cerita aku ni.

6 kata penuh gaya:

Cikgu Hairul 11 November 2011 pada 9:58 PG  

Alhamdulillah. Ada ilmu di sini. Saya juga pernah dengar ustaz beri tazkirah mengenai mengembalikan barang yang hilang. Ayat tu hafal tapi surah mana saya dah lupa. Mula ayat tu " Alam ta'lam ann nAllaha ya'lamu ma fissamaai wal ard..ila akhir ayat.

Cahayamylife 11 November 2011 pada 2:02 PTG  

@Cikgu Hairul
Erm..akhiril ayat tu saya tak pasti betul ke tak apa yang saya jumpa.
Yang ni ke?
ألم تعلم أن الله يعلم ما في السماء" والأرض
"إن ذلك في كتاب إن ذلك على الله يسير

Jika benar ini ayatnya, ini adalah dari surah Al-Hajj ayat 70.

Yang bermaksud:"Apakah kamu tidak mengetahui bahawa Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang ada di langit dan di bumi?; bahawasanya yang demikian itu terdapat dalam sebuah Kitab (Luh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu, amat mudah bagi Allah."

Kalau cikgu boleh share bagaimana pun ok juga.
:)
Terima kasih atas perkongsian.

Cikgu Hairul 11 November 2011 pada 3:35 PTG  

@Norhayati Rostam Betul la tu ayatnya. Cara nak amalkannya ialah buat di waktu malam. Mulakan dengan solat hajat mohon dikembalikan barang yang hilang. Lepas tu bacalah ayat ni. Ustaz tu kata baca 1000 kali kalau mampu. Kalau tak mampu bacalah sekadarnya.

Shiqa Nawar 9 Disember 2011 pada 11:46 PG  

suka dis entry... terima kasih sahabat :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP