PaHaLa MeNuNtUt iLmU
Imam Ghazali ada sebut ciri2 ilmu yg bermanfaat:
- ilmu yg dapat tingkatkan ketakwaan dlm diri.
إِنَّمَا يَخْشَى اللهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَؤُاْ
"Sebenarnya yang merasa gerun dan takut ( melanggar perintah Allah ) daripada golongan hambaNya hanyalah ulama"
= dengan ilmu dapat tahu apa yang dibenci dan disukai oleh Allah.
- Melahirkan sifat tawaduk
Sifat tawaduk seperti bintang2 yang berkilauan.Ilmu pula ibarat purnama. Kedua-duanya amat cantik jika dikembarkan menjadi hiasan diri.
- Ibadah bertambah nikmat
Ibadah la dengan cara khusyuk seperti baginda, berjuang seperti baginda, dan berilmu mencontohi baginda.
Amal yang diterima memiliki dua syarat, iaitu ikhlas dan mengikut sunnah Rasulullah SAW.
- Membentuk peribadi khalifah
Amanah dan tanggungjawab akan terserlah jika ilmu kamu bermanfaat.
Sebagaimana sabda Rasulullah: "Kamu semua adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya" -hadis riwayat- Bukhari dan Muslim
- Sentiasa muhasabah
Penyakit org berilmu adalah sombong dan penyakit orang beramal adalah riak.
Imam Nawawi berkata, " Beramal kerana manusia adalah riak dan meninggalkan amal kerana manusia adalah ujub ( sombong ). Ikhlas adalah apabila kamu terlepas kedua-duanya"
Org yang berilmu akan sentiasa memuhasabah diri mencari ketidaksempurnaan diri.
0 kata penuh gaya:
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =)) Catat Ulasan