Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

03 Julai 2010

Home » » Pecah Amanah

Pecah Amanah


Assalamualaikum wbt.
Hari ni cik cahaya nak cerita bukak cerita sikit pasal Sariqah.
Opps..bukan sebab cik cahaya menjadi mangsa kecurian okey.Semua orang tahu apa maksud sariqah tu kan.yang tak tahu, meh nak habaq, sariqah = mencuri.
Sebagaimana yang kita maklum dengan ayat Allah ini,

والسارق والسارقة فاقطعوا أيديهما جزآء بما كسبا نكالا من الله، والله عزيز حكيم))38:المائدة


Maksudnya: Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Ush, seksanya cik cahaya menaip ayat quran kat blogger ni.[tak reti nak encoding.hee~] Maaf jika tak faham.
Di bawah ni cik cahaya ada copy dari website al-azim bahagian jinayat.

    Pencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.


    Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:

    ”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”

    (Surah Al- Maidah ayat 38)


    Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

    ”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”

    (Riwayat Bukhari Muslim)

    CIRI –CIRI PERBUATAN MENCURI

    1. Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jangkaan atau milikan tuannya.
    2. Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya.
    3. Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta tadi dari jangkaan atau milik tuannya.


    HUKUMAN HUDUD YANG WAJIB DIKENAKAN KEATAS PENCURI

    1) Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun jenayah syar’iyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes sariqah (mencuri) dan wajib dikenakan hukuman hudud ialah:-


    i) Orang yang berakal
    ii) Orang yang baligh
    iii) Dengan kemahuan sendiri


    2) Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan orang itu secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. Sebagaiman Hadirh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-

    ”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman)”

    (Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)


    3) Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri.
    Sebagaimana hujjah Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

    ”Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan”.

    (Riwayat Ibnu Majah dan Baihaq’i dan Lain daripada keduanya)


    4) Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud :

    ” Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang”.

    (Al- Ashbah dan An – Nazha’ir)


    Dalam perkara (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi hakim boleh mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut kea’rifan dan kebijaksanaannya.

    PENCURI YANG TIDAK BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN KESALAHAN SARIQAH

    Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah ialah :-

    1) Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri) dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman takzir.

    2) Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan dan kekerasan.

    3) Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan,termasuk juga penyelok saku.

    4) Pencurian berlaku dimedan peperangan.

    5) Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga.

    SABIT KESALAHAN MENCURI


    1. Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari bukti-bukti berikut:-

    i) Ikrar (pengakuan)
    ii) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil
    iii) Sumpah yang mardud iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orang yang mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, dimana mengikut keterangan orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu memang sebenarnya adalah mencuri.


    2. Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat pengakuan hanya sekali pengakuan sahaja dan pengakuan itu dibuat dimajlis dalam Mahkamah dihadapan hakim.


    3. Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan kesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi itu mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masa kecurian dan lain-lainnya.


    4. Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan antara orang yang kena curi dangan orang yang mencuri.


    PENCURI YANG DIKECUALIKAN DARII HUKUMAN HUDUD.


    1) Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada satu perempat dinar atau tiga darham.

    2) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut yang dikehendaki.

    3) Pencuri itu bukan orang yang mukallaf.

    4) Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjaga harta atau barangannya ditempat yang selamat daripada kena curi.

    5) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas harta yang dicuri itu.

    6) Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang berharga dan bernilai.

    7) Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak bernilai mengikut hukum syarak seperti alat hiburan atau minuman yang memabukkan.

    8) Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau barangan orang yang berhutang.

    9) Pencurian yang berlaku itu dalam kedaan yang mendesak seperti didalam peperangan, dimasa sangat lapar dan dahaga.

    10) Pencurian yang dilakukan oleh anak keatas harta atau barangan kepunyaan ibu bapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya).

    11) Pencurian yang dilakukan oleh suami keatas harta atau barangan kepunyaan isterinya dan sebaliknya.

    12) Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal.

    HUKUMAN KERANA KESALAHAN MENCURI

    Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.

    1) Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.
    2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan,
    3) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.



Saje je cik cahaya letak dalam scroll supaya tak terlalu memenuhi ruang ni.sebab cik cahaya ada benda lagi yang nak dibebelkan.Sebanarnya cik cahaya nak fokuskan kepada bahagian PENCURI YANG TIDAK BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN KESALAHAN SARIQAH.
Kenapa fokus kat situ? Sebab sekarang ni dah banyak sangat kes pecah amanah tau. Bukan dulu takde.Ada tu memanglah ada.Cuma dulu tak berlaku di sekeliling cik cahaya lagi.hee~ (So, sekarang dah ada la?-no komen-)
Orang yang menerima amanah untuk menjaga harta seseorang atau sesebuah syarikat perlu mempunyai rasa tanggungjawab dan amanah dalam menjaga harta tersebut.Lebih-lebih lagi bahagian akaun.Memang sangat berat.Kalau tak yakin, jangan buat.
Upps!Lupa sudeh..
Kenapa ianya tidak dikenakan hukuman sebagaimana mencuri?
Sebab mencuri itu mengambil harta secara sembunyi2 dan sorok2. Jadi tidak boleh dimasukkan di dalam golongan mencuri.So, hukumannya juga bukanlah POTONG TANGAN.
Sebagaimana hadis nabi, 'Tidak dipotong tangan orang yang pecah amanah, penipu dan perampas' -HR:Abu Daud
Walaubagaimanapun, anda jangan fikir anda selamat kerana kita ada hukuman takzir-agak berat juga hukuman ni-
Hukuman takzir ialah kesalahan2 yang dilakukan dihukum dengan cara deraan, yang mana tidak boleh dikenakan hukuman hudud mahupun qisos. Jenis2 hukuman ini akan ditentukan oleh hakim mengikut kesesuaian.Ia boleh dilaksanakan seperti hudud tetapi boleh dimaafkan jika ia mendatangkan maslahat kebaikan.Hukuman takzir tidak sama dengan hudud yang mana hukuman ke atas pencuri yang mencuri wang sebanyak rm5 dengan pencuri yang mencuri wang sebanyak RM5000 adalah sama.Dan hukumannya adalah tetap manakala takzir pula,terdapat perselisihan pendapat antara tokoh2 perundangan islam.
Hukuman takzir boleh dilaksanakan dalam bentuk : Penghinaan, peringatan dan nasihat, pukulan dan rotan, penjara, dan buang jajahan atau negeri.
Pihak JAKIM di bahagian Fatwa pula telah menetapkan hukuman takzir boleh diganti dengan wang. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-5 yang bersidang pada 16-17 Nov 1982 telah membincangkan Hukuman Takzir Diganti Dengan Wang. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukuman takzir boleh diganti hukuman denda dengan wang pada kes-kes tertentu sahaja, tertakluk kepada budibicara Kadi atau Hakim Perbicaraan. [sumber:e-fatwa]

Kebanyakan enakmen negeri mengambil cara ini atau penjara ataupun kedua-duanya sekali. Tetapi kebiasaannya tindakan ke atas pekerja ni bukanlah terus dijatuhkan hukuman.Tidak! Banyak budi bicaranya. Orang yang pecah amanah ni pulak, biasa menabur janji "Ya, saya akan bayar.Jangan risau". Pengarah pun tidak boleh ambil tindakan apa-apa kalau dah memang ada yang menyokong.Ish3..Kadang-kadang terlalu baik hati pun payah. Risau2 je dia buat lagi perkara yang sama sebab takzir masih tidak dikenakan lagi ke atas dia. Itupun cik cahaya dengar banyak lagi kes pecah amanah yang difailkan tak settle lagi tau.

hati kecil: Tak sangka orang diiktiraf sebagai ulama mempersendakan hukum Allah.Tak relevan ke hukum potong tangan tu?

2 kata penuh gaya:

Tafseeradiome 3 Julai 2010 pada 6:13 PTG  

saya lebih suka hukum potong tangan tu.kalo orang kaya wat pecah amanah.senang ye settle dgn duit jgk.

saya suka curi lauk.teruk2.awak lak curi hati saya camna nak hukum tu.huhu

Cahayamylife 3 Julai 2010 pada 6:56 PTG  

nak wat macam mana wak..orang yg malaysia iktiraf sbg ulama tu pun leh senda2 dok suh bagi kerja je,nanti boleh berubah.hmm..macam mana tu.

p/s:esh, saya tak pakai tangan lorh..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP