Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

08 Julai 2010

Home » » Tujuh Perkara Ganjil

Tujuh Perkara Ganjil

Assalamualaikum wbt.Tajuk posting kali ni tazkirah 7710 sebab 07 Julai 2010 saya kena bagi tazkirah.Memandangkan jarang dapat bagi tazkirah kerana masing2 mempunyai giliran, so, saya dengan gila kuasanya sampaikan tiga tajuk sekaligus.Click Me~So, untuk posting hari ni, saya tuliskan tentang tajuk pertama.Tapi, ayat pertama kusemalam
"Hari ni kita takde lah nak formal sangat, just nak bercerita"
Haha..sebab saya pun boring kalau benda terlalu fact n formal ni.Sebab dah hari2 kot dengar pasal fact.Walaubagaimanapun, tajuk terakhir tu bukan lah sebuah cerita.huhu.Untuk tajuk pertama ialah : 7 perkara ganjil.

Kisahnya begini ; ada seorang hamba Allah ni pekerjaannya hanyalah menggali kubur.Dia sangat rajin menggali dan mencuri kain kafan untuk dijual. One day dia datang kepada seorang hamba Allah yang kira hebatla ibadahnya. Pemuda itu menyatakan bahawa dia sangat kesali perbuatannya selama ini setelah dia berdepan dengan tujuh perkara ganjil sewaktu dia sedang melaksanakan pekerjaannya itu. Kemudian dia menceritakannya kepada A'bid itu.




" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

[credited: al-munir.edu]
Sebenarnya yang saya tekankan malam tadi adalah golongan yang KEDUA.Dan sememangnya itu yang paling penting kerana itulah tiang agama kita.Rumah tidak mampu terbina tanpa tiang kan. Tidak mampukah melihat betapa pentingnya I'MAD itu dalam sesebuah pembinaan. Namun, manusia akhir-akhir ini tidak mampu melihat dan menghayatinya.
Sekian.

10 kata penuh gaya:

afiq faiz 8 Julai 2010 pada 8:53 PTG  

wooo~ bagus2~
mmg gila kuasa r~ trus post kt blog~ oho~

Ahmad Nordinie 8 Julai 2010 pada 8:59 PTG  

hmm..
mmg ramai org yg xsolat skarang..
semua tu bergantung dgn kesedaran diri masing2..
ditambah lagi dgn mcm2 hiburan yg melalaikan..
makin ramai la yang tak solat..

Cahayamylife 8 Julai 2010 pada 9:02 PTG  

biar r.
supaya tak lupa.
ketandusan idea jugak.
so, ter'update' le juge daripd orang tu kan..
hee~

Cahayamylife 8 Julai 2010 pada 9:14 PTG  

@Ahmad Nordinie

erm..betul2.sangat2 tak terkira.terdedah kepada hiburan saje.

Cahayamylife 8 Julai 2010 pada 10:10 PTG  

haha..akak hari2 bercakap tapi tak bagi tazkirah sebab masing2 teringin nak bagi tazkirah.
wahaha.
so, bg chance la.

Tafseeradiome 9 Julai 2010 pada 8:09 PG  

shhh..takut..thanks jadi peringatan wat saya

Cahayamylife 10 Julai 2010 pada 1:33 PG  

@naim

tu bg pandangan akak la.
tapi tak tau la kalau dorg rasa terpaksa,hee~

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP