Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

09 Julai 2010

Home » » Lima Perkara Aneh

Lima Perkara Aneh

Tajuk bagi part 2 ni plak : 5perkara aneh.
Penceritaanku bermula dengan..
Tahu kan kita semua ada ramai nabi tapi bukan rasul.Mereka ni menerima wahyu melalui mimpi atau pun hanya mendengar suara sahaja.

Al-kisahnya begini..
Pada suatu malam, ada seorang nabi ni peroleh wahyu melalui mimpinya, yang mana diperintahkan seperti berikut:

"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."


Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.


Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disadari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.


Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."


Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya.


Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."


Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

[credited:al-munir.edu]-sila scroll ke bawah yer

Untuk part 2 ini pula saya tekankan di bahagian peristiwa kelima.
Kalau dulu, kita mungkin boleh kata 'Alah, perempuan kalau dah berkumpul ni, takde benda lain la tu, mengumpat saja'. Oh, no, no.Sekarang takde eh.Sama je semua. Sebenarnya kita kene ingat bahawa kita tak boleh membuka aib orang walaupun perkara itu benar. Apa? nak jadi peringatan? Hmm..bagi sesiapa yang betul niatnya hanya untuk dijadikan peringatan tu saya terima tapi tolonglah.sama sekali jangan dedahkan si fulan atau pun orang yang anda sedang ceritakan.Opps! bukan orang tetapi perbuatan yang anda niatkan untuk mencegah.melainkan dia memang sengaja menunjuk2 segala perbuatan maksiah itu.Pasal kes curi tu plak, setakat cakap 'hati-hati sikit dengan 'dia' tu'.Rasanya itu pun dah memadai.Perlu ke anda menceritakan secara detail.Lain la nak cerita teknik berkesan cara si fulan merompak atau mencuri.[macam ada pengalaman pulak cik cahaya ni.hee~]

Owh ya. Saya biasa amalkan doa ni [terjumpa masa zaman sekolah dulu],

اللهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وآمِن رَوْعَاتِي وَاغْفِرْ ذُنُوبِي

Click Me~Pohon pertolongan Allah menutup aib kita dan mengampunkan dosa kita. Sebenarnya Allah memang sentiasa memberi pertolongan dalam menutup aib kita, sedang kita tidak pernah menyedarinya. Even pernah melakukan maksiat, sebagai contoh - anda pernah berzina dan tidak perlu pun anda menceritakan hal itu kepada bakal suami atau suami anda setelah anda bertaubat. Pohon taubat agar diterima dan sebenarnya Allah telah menutup aib anda.Jangan diundang masalah, takut merumitkan keadaan mahligai anda kelak.

p/s:Sama-sama kita perbaiki diri.

8 kata penuh gaya:

zikrie 9 Julai 2010 pada 11:23 PTG  

salam..
sungguh dalam pengertian cerita ini.. sy tertarik pada part, Beliau memotong daging pehanya.. sungguh mendalam.. di situ kita ley bandingkan diri kita dan muhasabah dri..x(

Ahmad Nordinie 10 Julai 2010 pada 3:48 PG  

hmm..
menarik baca cerita ni..
keep up your good work.
:D

Cahayamylife 10 Julai 2010 pada 2:51 PTG  

time ni la budak2 tergelak donga cito den.
tak tau la.
klakau kot.
tapi pengisiannya tetap ado.
hee~

Unknown 10 Julai 2010 pada 11:25 PTG  

jika kita menutup aib orang,Allah akan menutup aib kita..
aritu ade dengar ceramah dari uztaz time perhimpunan pasal mimpi ni la..
best...hu3

Cahayamylife 11 Julai 2010 pada 11:38 PG  

hah..best kan naim.
memang patot pun kawan2 yang dengar time tu seronok je.
memberi kesan yang baik.

p/s:bagusnya dengar ceramah molek.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP