Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

22 Jun 2010

Home » » UPSR dan PMR akan dimansuh

UPSR dan PMR akan dimansuh


[*pic credited:Pak Cik Google]

Konsensus Bebas tidak setuju UPSR, PMR dimansuh 2010/06/22

KUALA LUMPUR: Konsensus Bebas hari ini tidak bersetuju dengan cadangan supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan. Bercakap kepada pemberita di bangunan Parlimen, Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, yang mengetuai sidang media bagi konsensus itu berkata peperiksaan awam UPSR adalah sebagai kayu pengukur tahap pencapaian persekolahan bagi Tahun Enam manakala PMR adalah bagi tahun kesembilan persekolahan.
"Lebih daripada itu, peperiksaan awam berkenaan adalah kayu pengukur untuk keberkesanan pembelajaran antara daerah dan negeri serta antara latar belakang sosio ekonomi sekolah.
"Rasional bahawa peperiksaan UPSR dan PMR mendorong kepada sistem pendidikan yang menjuruskan kepada peperiksaan tidak boleh dinafikan tetapi pemansuhan peperiksaan itu bukanlah penyelesaian terbaik dan hanya sistem pendidikan yang memberi penekanan seimbang antara pencapaian akademi dan aktiviti kokurikulum yang dapat membentuk ke arah satu sistem pendidikan yang holistik," katanya. Beliau berkata, kaedah latihan perguruan dan silibus pembelajaran perlu dikaji semula bagi membentuk sistem pendidikan yang holistik. Selain itu, Mohsin Fadzli berkata Konsensus Bebas berpendapat sistem pendidikan di negara ini seolah bergantung kepada citarasa Menteri. "Dasar pendidikan berubah mengikut perubahan penjawat portfolio Menteri Pelajaran. Oleh itu, konsensus bebas menyarankan kepada kerajaan bahawa satu dasar pendidikan yang berjangka panjang, konsisten dan berkesinambungan perlu digubal," katanya. Sidang media itu turut dihadiri Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Bharu) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal). Konsensus Bebas ditubuh oleh lima wakil rakyat itu yang dahulunya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, dalam satu lagi sidang media berkata memansuhkan peperiksaan tidak akan mengubah kualiti pendidikan sekiranya tiada perubahan terhadap sistem pembelajaran dan pengajaran yang ada pada masa ini. "Bagaimanapun, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) kerana turut menyatakan bahawa kementerian mahu mendapat maklum balas daripada orang ramai bagi membantu memperbaiki sistem peperiksaan awam, sebelum memutuskan perkara itu," katanya. - BERNAMA

Ujian khas mungkin diwujudkan untuk masuk asrama penuh

2010/06/22

PUTRAJAYA: Satu ujian khas mungkin diwujudkan bagi kelayakan memasuki sekolah berasrama penuh untuk menggantikan peperiksaan awam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ujian khas itu tidak akan diwajibkan tetapi terbuka kepada pelajar yang ingin memasuki sekolah berasrama penuh.
“Ujian khas sebegini pernah dilakukan dahulu bagi kemasukan ke Maktab Melayu Kuala Kangsar,” katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan anak-anak dan pengasuh Asrama Anak Yatim Johor di Aceh, Indonesia di sini hari ini.
Beliau berkata ujian khas itu akan diselaraskan dan tidak dilakukan oleh sekolah berasrama penuh.

Katanya, ketika ini begitu ramai pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi tidak mahu memasuki sekolah berasrama penuh dan mahu kekal bersekolah harian.

Beliau berkata, banyak cara boleh digunakan bagi dijadikan mekanisme kelayakan ke sekolah berasrama penuh dan tidak menolak kemungkinan UPSR diubahsuai sebagai ujian khas itu.

Ditanya sama ada kedua-dua peperiksaan awam itu akan dimansuh atau salah satu sahaja, Mohd Puad berkata maklumbalas masyarakat amat penting.
Katanya, kementerian ketika ini telah menerima respon yang positif daripada banyak pihak termasuk daripada tokoh pendidik.

“Ada yang mengatakan ia sesuatu yang sudah dinanti-nantikan. Kita harap setelah mendapat maklum balas yang menyeluruh, keputusan boleh dibuat dalam masa dua tiga minggu ini, sama ada kita akan memansuhkan dua peperiksaan ini tahun hadapan atau dua tahun lagi,” katanya.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran dijangka menjawab perkara pemansuhan ini di Parlimen setelah isu tersebut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman, ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-10 (RMKe-10) baru-baru ini. - BERNAMA

Tempoh mansuh UPSR, PMR belum ditetapkan: Muhyiddin 2010/06/22

PUTRAJAYA: Tiada penetapan tempoh masa berhubung keputusan sama ada untuk memansuhkan atau mengekalkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata kerajaan tidak perlu gopoh dalam membuat sebarang keputusan.
Katanya, beliau masih menunggu dan meneliti maklumat balas yang mula diterima daripada pelbagai peringkat masyarakat dan pihak yang berkepentingan berhubung perkara itu.
"Bila kita dah berpuas hati, kita akan maklumkan keputusannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010 di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataannya sebelum ini yang mengajak pakar pendidikan dan masyarakat memberi respon tentang cadangan pemansuhan UPSR dan PMR. Muhyiddin berkata, setakat hari ini, respon yang diterima adalah baik. "Ada yang bersetuju kedua-dua peperiksaan itu dihapuskan, ada yang mahu tinggalkan satu peperiksaan sahaja. "Apa-apa pun, kita akan menunggu selepas kita berpuas hati apabila semua pihak dapat menyuarakan pandangan," katanya. Muhyiddin berkata maklumat yang diterima akan dikumpul dan perbincangan akan dilakukan di peringkat kementerian, yang membabitkan pihak yang berkepentingan. - BERNAMA

Pemansuhan UPSR, PMR tidak jejas kemasukan pelajar MRSM 2010/06/22

BANGI: Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), jika dilaksanakan, tidak akan menjejaskan kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata ini kerana pengambilan pelajar tingkatan empat ke MRSM sebelum ini membabitkan ujian khas manakala pengambilan bagi pelajar tingkatan satu juga akan menggunakan kaedah sama mulai tahun depan.
"(Ujian khas) ini akan terus digunapakai," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas cadangan kerajaan untuk memansuhkan kedua-dua peperiksaan itu.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin berkata dua peperiksaan itu mungkin dimansuhkan kerana pembelajaran ketika ini lebih berorientasikan peperiksaan sehingga tujuan utama memberi pendidikan holistik tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya. MRSM mengambil kira-kira 9,000 pelajar baru setiap tahun. Terdahulu, Shafie melancarkan penjenamaan semula Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) di Kampus KPTM Bandar Baru Bangi di sini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun, dan Pengerusi KPTM, Datuk Sohaimi Shahadan. Mengulas mengenai penjenamaan semula KPTM yang juga institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Shafie berkata ia selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan berkualiti di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10). Selain memperkenalkan logo baru, penjenamaan KPTM antara lain merangkumi pengenalan kursus baru yang mengikut kehendak pasaran selain memfokuskan kepada subjek keusahawanan. - BERNAMA
[*credited: Berita Harian]

Hmm..bagi saya takde masalah pun kalau UPSR dan PMR dimansuhkan disebabkan bagi kemasukan ke SBP akan diadakan ujian khas dan MRSM pula dah sememangnya ada pun.Ingat lagi dulu saya kena exam di Convent School, Klang. Boleh tahan la. Tapi lagi bagus macam tu, memang untuk yang berkelayakan je dan semestinya yang berminat untuk menyambung pengajian di situ. Membuka peluang kepada yang berminat dan memberi ruang kepada yang ingin memilih untuk menyambung pelajaran di sekolah harian.Masing-masing tak rugi.Takde la banyak sangat kes mak ayah naik turun pejabat nak buat rayuan untuk anak2.Tapi pelajar yang dah memang di'offer' pula, tak mahu terima.Lebih selesa bersekolah harian.Lagipun, kita perlu juga buat perubahan, takkan nak sama je dari zaman ke zaman. Ni pun salah satu cara meningkatkan kualiti sistem pendidikan dan tahap generasi kita.

p/s: Tapi, untuk pusat2 tuisyen sekarang ni kena ubah la pulak, fokus kepada SPM dan general la gamaknya yer..

3 kata penuh gaya:

me 23 Jun 2010 pada 12:45 PG  

tak setuju la ngn pemansuhan ujian UPSR n PMR tuh..hurmm

Tafseeradiome 23 Jun 2010 pada 10:30 PG  

hhuhu.tengok balik entri wakenatag saya.ada..nama hayati kena tag jugak..kamu no lapan.susun award panjang2 tau.pastu tulis psl kenangan first time kita kenal2.nak test tgk ingat tak?

Cahayamylife 23 Jun 2010 pada 12:49 PTG  

@ezull_90
kenapa? kebanyakan ibu bapa dari kalangan doktor lebih prefer kepada mansuhkan PMR tu.
@can ili be akmal
hah!panjang2? OMG.orait2.i'll try

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP