Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

22 Oktober 2010

Home » , » Karnival Pengantin Shah Alam

Karnival Pengantin Shah Alam

Ok2. Korang mesti bosan, asyik2 pasal PENGANTIN. Cahaya sebenarnya dari minggu lepas fikir nak tulis ke tak pasal karnival terdekat nih. Memula cahaya decide tak payah la. Semakin hari cahaya tengok makin ramai lak cari pasal pameran pengantin kat Shah Alam tu. So, dengan rasa bersalah kerana telah menyembunyikan apa yang cahaya tahu, cahaya pun nak khabarkan kepada korang la ni.


KARNIVAL PENGANTIN SHAH ALAM
SHAH ALAM CONVENTION CENTRE (SACC CONVEC)
5, 6, 7 NOVEMBER 2010
Masuk PERCUMA + Doorgift

Please be alert ok. SACC CONVEC bukan SACC MALL. Kang tersalah bangunan plak even sebelah menyebelah.Macam cahaya hari tu.hee~

SACC Convec
No 4 Jalan Perbadanan 14/9
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Karnival ini dianjurkan oleh Orange Vision Resources dan Penaja Pelancongan pula Honey Vacation.
Lokasi rasminya 'confirm'lah SACC CONVEC. Tapi kalau korang belek upcoming event kat website SACC, confirm tak jumpa sebab karnival ni bulan November. Sekarang baru bulan Oktober.huhu.

Hah, kepada yang tak sempat nak pergi Pameran Pengantin Antarabangsa di KLCC baru-baru ini, anda dijemput ke Karnival ini pula. Tak payah bayar RM1 macam hari tu. Cahaya pun tak tau apa bezanya sebab belum berlangsung lagi karnival ni kan.lalala~

Pengunjung bertuah juga akan menerima hadiah. Antara Hadiah Utama:
Pakej Pelancongan ke Hong Kong, Beijing, dan Jakarta Bandung.
Kamera Digital
Cenderamata
Baucar dan cenderamata dari 'Exhibitor'

Antara Aktiviti Menarik:
  • Pertunjukan Fesyen Busana Pengantin
  • Pertandingan Andaman
  • Perarakan Pengantin
  • Pertandingan Gubahan Hantaran
Cahaya tak tahu la macam mana pendaftarannya untuk pertandingan di atas ni. Tapi korang boleh hubungi 017-6944177 / 019-3483603. Mengikut sumber [Pesona Pengantin November], macam-macam jugak yang korang boleh cari di sana.Antaranya:
  • Andaman Pengantin
  • Perancang Perkahwinan
  • Fotografi dan Videografi
  • Kad Kahwin
  • Cenderahati Perkahwinan
  • Perhiasan dan Aksesori
  • Dewan Majlis Perkahwinan
  • Agen Pelancongan
  • Pusat Penjagaan Kecantikan
  • Perkhidmatan Katering
Hmm..agak menarik jugak. Kebetulan cahaya ngah cari Mak Andam ngan Vacation untuk bulan madu cahaya.lalala~ [berangan!]

Penampilan Istimewa:

  • One Nation Emcee
  • Fabulous Cat
  • Dina (OIAM)
  • Imran Ajmain
  • Ahmad Altimet

Actually tak rugi pun.Untung-untung korang leh dapat percent off. Macam baru-baru ni cahaya pergi Pameran Pengantin di KLCC dapat discount SPA Tajrii. Tapi bila masanya nak pergi. 
Hmm..by the way, kepada yang nak kahwin tu, prepare baik2 ye. Oh ya, kalau ada sape2 nak Senarai Bajet Perkahwinan selain daripada format excel yang cahaya sediakan di ruangan download atas tu, nanti cahaya upload lagi yer. Tapi kalau nak cepat, boleh la request kat atas ni. Ada 3 set lagi yang cahaya tak masukkan dalam blog. Wahaha.

6 kata penuh gaya:

Bridal D' Ina Pengantin 23 Oktober 2010 pada 2:14 PG  

salam,

untuk tempahan kad kahwin tuh, kos caj untuk pengeposan ditanggung oleh pihak pelanggan...

Sekian...

Untuk maklumat lanjut sila layari http://d-ina-pengantin.blogspot.com

KEDAI SET PAKEJ PELAMIN DENGAN BUDGET TERMURAH DI KELANTAN...

atau

hubungi kami di talian 017-9043669 (kak na)

*** sila lah add banner blog akak skali...

tqvm!!!

Mujahid Sufi 23 Oktober 2010 pada 7:51 PG  

Rasa mcm nak pergi...Nak bwk family tkt salah sangka...Nak g sorang2 boring...Xpela...Tggu tuan rumah pos entri pasal karnival nie nnti...=p

Cahayamylife 23 Oktober 2010 pada 3:55 PTG  

@Mujahid_fisabilillah
Alamak, tuan rumah tak dapat pergi sebab sudah berada di Nilai.
Tak mampu nak update cerita terbaru la nanti.
Tapi tuan rumah ada hantar wakil.
:D

Bijen M. 25 Oktober 2010 pada 11:16 PG  

Boleh cari calon bini tak kat sana?
Ke semua yang pergi sana semuanya dah berpunya?
T_T

Eh nak promote juga. Siapa nak jurugambar untuk kahwin bolehlah kontek saya.
Ahaks!
http://www.facebook.com/BJExpressions

Dah banyak tangkap gambar orang kahwin, tapi sendiri tak kahwin-kahwin lagi.
La la la la.

Cahayamylife 25 Oktober 2010 pada 5:47 PTG  

@Bijen M. Haha.
Rasanya boleh lagi la cikgu.
Sebab kadang2 tu ada yang pergi nak teman kakak ke mak cik ke.Haha.
Aik, cikgu ni photographer jugak ke?
Videografi takde ke?
Mencari jugak nih.
hee~

*Ala, cikgu asyik cakap dalam blog tu, tak lama dah tu. Semua doakan.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP