Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

02 Januari 2011

Home » , , » Bahagian 1:Cinta dan Pengorbanan

Bahagian 1:Cinta dan Pengorbanan

Pagi yang hening, waktu untukku menjadi kerani sementara bonda. Memandangkan bonda di sisi, aku bersuara.
"Bonda, anakanda nak tanya ni. Kalau calon menantu bonda tu kerja kilang je bagaimana?"

Bonda tersenyum dan bersuara. "Kenapa kerja kilang?"
Aku tersengih. "Takdela bonda.Intro je tu. Sebenarnya dia ni kerja wiring tapi katanya nak kerja kilang pula sebab nak pulang ke kampung".
"Umurnya berapa? Orang mana?"
"29. Perak"
"29!!!! Mana boleh jauh sangat bezanya. Lain jadinya nanti"
Aku terdiam. Betul juga.Usiaku yang baru sahaja menjangkau 22 tahun agak sukar untuk kami mempunyai chemistry dengan erti kata lain berbeza cara pemikiran lebih-lebih lagi dia bukan dari kalangan orang yang berpendidikan. Pasti aku akan dikerjakan habis-habisan. Atas alasan, takut aku besar kepala.
"Umur dah 29 tapi kerja tak tetap lagi, macam mana nak tanggung anakanda. Anakanda kan belajar lagi. Dia merokok tak?"
"Tak. Mana la anakanda pernah dapat yang merokok. Anakanda takut mati cepat"
Pelbagai persoalan yang diajukan oleh bonda. Dan aku hanya menjawab tenang. Dari setiap kata-kata bonda, aku tekad untuk memberi kata putus bahawa aku tidak akan meneruskan perhubungan ini ke peringkat seterusnya. Tidak!
*  *  *
Ting!
Tanda mesej masuk.
Aku membaca sekilas.
'Aduh, malasnya nak mesej time ni', getus hatiku. Memang aku sebolehnya menjauhkan diri dari telefon bimbit apabila berada di rumah. Aku membalas ringkas menyatakan bahawa aku ingin menjamu selera dahulu.
Usai mengalas perut di malam itu, aku segera membuka televisyen apabila melihatkan jam sudah menunjukkan 8.30malam. Malam ini ada perlawanan di antara Selangor dan Kelantan. Akhirnya aku terlupa akan seseorang yang menanti aku untuk mesej. Jam menunjukkan 11malam. Telefon bimbitku memecah kesunyian bilikku itu.
'Alamak, lupa nak mesej.Aduhai~' Aku segera menjawab panggilan dan akhirnya herdikan yang aku terima. Padan muka!
"Kenapa buat macam ni? Janji tadi pergi makan je. Ni makan ke apa?"
"Er..er..tengok bola tadi"
"Hah, bola lagi penting? Ni nak ke tak nak? Inilah perempuan, kalau dah dapat, dia buat endah tak endah je"
Amboih, dia salahkan perempuan pulak. Macamlah aku terhegeh-hegeh sangat. Aku tak cakap apa-apa pun lagi. Apa daa.
"La..kan orang dah cakap. Orang ikut cakap mak"
"Owh..kalau mak tak setuju, nak tinggalkan orang ni macam tu je? Senang-senang je dia nak buang"
Esh..memeningkan kepala betul la. Siapa suruh tangkap cintan cepat sangat. Akhirnya aku beri kata putus.
"Okey2, esok orang tanya mak la. Dah, dah. Pi tidoq sana" Aku menamatkan panggilan.
*  *  *
Aku tiba di rumah sewaku terus sahaja mataku tercari-cari sahabat yang paling petah berbicara.
'Mana pula Tasya ni pergi?' Tiba-tiba wajah Tasya tersembul di muka pintu.
"Hah, kau pergi mana? Weh, tolong aku. Aku rasa kau je yang pakar dalam bab ni"
"Apa benda kau ni. Cuba cakap satu-satu"
Aku pun menceritakan setiap perkara yang terjadi. Dari kejadian malam tadi apabila diherdik dan kejadian pagi tadi apabila bonda memberi kata bantahan dengan pilihanku. Tasya pantas menaip mesej cuba menggunakan kata sesopan mungkin agar penerima tidak mengherdik dan memaki. Namun Zamri pantas menghubungiku. Hatiku semakin gusar. Adakah dia akan memaki aku pula? Akhirnya aku mengangkat panggilan itu. Seperti yang kusangkakan sedari awal lagi, dia memakiku bukan sahaja aku, malah bonda juga dipersalahkan. Aku cukup benci orang yang berlaku tidak sopan terhadap bonda dan ayahandaku. Kemudian Zamri bertanya, "So, macam mana ni? Nak ke tak nak?"
'Ceh, dah kutuk-kutuk, boleh tanya lagi?' Tapi bukan penolakan yang aku berikan tetapi aku hanya mampu berdiam diri kerana aku seorang yang mudah berasa simpati. Aku menanti tindak balas Tasya. Tasya menggeleng menandakan bahawa beliau tidak setuju jika aku meneruskan perancangan yang tidak direstui. Apatahlagi, beliau mahu membawa aku lari dari keluarga. 'Argh, apa yang aku kejar jika sesuatu itu tidak diredhai? Aku tekad dan mengatakan tidak atas alasan orang tua ku.
 Setelah menamatkan talian, aku terasa seperti melepaskan lelah. Seperti hilang segala beban. Teman-temanku membuat kesimpulan, jika itulah yang aku mahu, pasti aku bakal menjadi penuntut di Universiti Tanjung Rambutan. Ya, aku tidak pernah menang apabila berkata-kata dengannya. Dan aku hanya menjadi pendengar dan bukan pemberi pendapat. Aku hanya menurut dan tidak pernah membantah. Aku sungguh tertekan tetapi aku tidak pasti di mana lebihnya dia itu. Sejak itu, Zamri sering menjadi igauan ngeriku. Dia bagaikan tidak mahu melepaskan pemergianku dengan menggunakan pelbagai cara. Dan aku tidak pasti berapa banyak sim kad yang telah digunakan. Mungkin ini adalah kali kedua dan kali terakhir aku bersahabat dengannya. Ya, kali kedua dan aku tidak pernah serik setelah perpisahan kali pertama. Aku tak pasti mengapa. Mungkin aku sangka dia akan berubah.
Namun, kali ini aku tekad untuk tidak menghubunginya lagi.
*  *  *
"Anakanda cubalah berkenalan dengan ustaz tu"
"Anakanda cubalah jumpa ustaz tu"
Ayahanda sering mengusikku semenjak pilihanku tidak diterima. Aku hanya memandang sepi. Malas untuk memikirkan lagi. Enam bulan berlalu, aku masih menyendiri.
Tiba-tiba aku terlihat nombor yang sudah lama tidak aku hubungi. Ya, Faiz!
Aku hanya mampu menghantar mesej. Segan rasanya untuk berhubung semula setelah menyepi angkara dilarang oleh Zamri yang bukan kekasihku itu. Tiba-tiba aku terasa seperti diperbodohkan oleh Zamri dahulu.
Ah, biarlah.Perkara yang sudah berlalu tidak patut diulang tayang.

4 kata penuh gaya:

deCrewz 3 Januari 2011 pada 12:24 PG  

Bab cinta pulak? Fobia betul Jai..hu3

Cahayamylife 3 Januari 2011 pada 12:28 PG  

@deCrewz
Aih, kata nak kahwin tahun ni?
Macam mana ni kalau fobia.

Cahayamylife 4 Januari 2011 pada 1:08 PG  

@Bijen M.
Wah, cikgu pun cakap Zamri ni psiko eh?
Memang bermasalah.
Dalam cerita ni, macam-macam jenis ada.
Cuma bahaya kot kalau berhadapan dengan orang seperti Zamri ni.
Patuh dan taat pada yang tak sepatutnya nanti.
huhu~
Seram!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP