Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

01 Januari 2011

Home » » Faizal Yusof Diserang Sakit Jantung

Faizal Yusof Diserang Sakit Jantung

Fuh, rasa macam tak patut je aku buat entri tahun baru dengan cerita begini. Tapi ini lah sumber yang aku rasa patut dikongsi pasal esok konpem member2 aku tanya. Adeh~
Faizal Yusof,32, yang mana seorang pelakon telah meninggal dunia kira-kira jam 1.45 petang atau 2.30 petang di Pusat Rawatan Islam, Jalan Tun Razak. Kenapa ada dua masa tu? Sebab banyak sangat sumber dan aku tak pasti yang mana satu betul. Aku baca kat sini, 2.30. Kat sini, 1.45. So, kalau nak tahu gi la telefon PUSRAWI sana na. Beliau dikatakan telah pengsan di Anjung Villa Bandar Baru Sentul yakni rumah beliau dalam 9 pagi akibat serangan jantung dan kemudian dibawakan ke PUSRAWI. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang kini sedang mengandung 5bulan. Aduh~ Tang ni aku rasa sebak. Kesiannya dengan isteri beliau. Hah, beliau juga merupakan bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana dan hasil pernikahan, mereka dikurniakan anak yang bernama Mohd Rayyan Nakhaie berusia 2tahun sembilan bulan. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves, pada jam 10 pagi esok InsyaAllah. Ini Encik Shaiful Yusof yang cakap. Abang kepada allahyarham. Pelakon yang dikenali dari slot Adamaya, Manjalara dan Tiramisu ini mungkin memberi sedikit kejutan buat semua kerana usia yang muda sebegitu, beliau telah menghidapi penyakit yang mungkin tiada siapa sangka akan itu.

p/s:Janji Allah itu pasti. Bila sampai saat kita, jangan ngade-ngade nak mintak postpone. Kita yang masih hidup ni mesti meneruskan kehidupan, ambil iktibar. Orang lain hanya mampu berdoa, tak mampu membantu sebagaimana yang kita harap. Peringatan untuk tukang tulis. :D

6 kata penuh gaya:

deCrewz 1 Januari 2011 pada 10:22 PTG  

Alfatihah buat arwah.. Sekarang ni banyak betul kes kematian.. xkiralah samada artis atau tidak, muda atau tua..

MiJiE BLoG 1 Januari 2011 pada 10:37 PTG  

al-fatihah buat arwah..moga2 roh nya dicucuri rahmat..

ijam ismail 2 Januari 2011 pada 2:28 PG  

al-fatihah...
semoga beliau d tmptkn d kalangn owg yg beriman...
amin~~~

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP