Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

31 Januari 2011

Home » , » Mesir vs Malaysia

Mesir vs Malaysia

Apa cite ni? Takkan bola lagi? Ish, tidak la Mesir lawan sini, Ye dak?
haha. [Ish, bola pulak die!] :D Rasanya hampir semua penduduk Malaysia tahu tentang apa yang berlaku di Mesir sekarang kan. Bukan Mesir je sebenarnya. Tempat lain juga. Saya pada mulanya agak terkejut apabila ada seorang sahabat yang berada di Jordan menghantar gambar tentang keadaan yang berlaku di timur tengah kelmarin.

Risau juga sebenarnya. Saya cuba hubungi beberapa teman yang berada di Kaherah dan Iskandariah, tapi tak dapat dihubungi. Memang semuanya dah disekat. Mungkin dari berita atau mana-mana akhbar, anda pasti mendengar berita seperti keadaan masih terkawal. Mungkin mereka cuma tak mahu penduduk di Malaysia risau dengan keadaan di sana. Tapi Malaysia ni boleh dikatakan maju. Berita mudah tersebar. Mungkin pihak kerajaan cuba mengelak daripada masuk campur tapi penduduk tidak fikir begitu. Benar, kedutaan sana mengambil berat mengenai mereka. Tapi keadaan sebegitu rasanya tidak semua boleh menjamin keselamatan mereka terutama sahabat-sahabat kita yang berada di sana. Kereta kebal merata tempat, perompak menjalankan tugas. Lagi pulak polis cakap dorang point kediaman Malaysian. [Eh2, macam  tau2 je niat perompak tu ye.] Risaukan keadaan akhawat juga. Hanya doa sahaja yang mampu kita lakukan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Labis hari ini memberitahu bahawa tiada keperluan untuk membawa balik pelajar-pelajar Malaysia buat masa ini. Jika pelajar-pelajar berkenaan ingin pulang, mereka boleh melakukannya dengan membiayai sendiri perjalanan pergi dan balik dari negara itu
Wisma Putra juga telah menubuhkan dua bilik operasi iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah.-bernama
Yang ni saya tak berapa faham. Mungkin nak menenangkan hati penduduk Malaysia sebagaimana yang saya baca berita mutakhir semalam mengenai keterkawalan keadaan pelajar Malaysia. Tapi secara logiknya, apabila darurat bermula, macam mana pulak bahagian sana boleh lepaskan mereka pulang. Lagipun para pelajar dah tak boleh nak keluar lagi. Terpaksalah mereka simpan stok makanan untuk sebulan kerana dikhuatiri berpanjangan. Mereka pula berjaga-jaga daripada perompak. Sebenarnya tak nak cerita panjang2 apa yang berlaku di sana sebab banyak dah blogger tulis. Cuma nak kongsi sedikit apa yang saya dapat di dalam kelas tadi. Setelah semalam tertanya-tanya mengenai keadaan Mesir. Akhirnya pagi tadi saya mengutarakan soalan kepada Ustaz Maad yang berasal dari Timur Tengah juga. "Ustaz, kaifa Egypt Alaan?" (Ustaz, bagaimana dengan keadaan Egypt sekarang?). Saya kalau bercakap dengan ustaz Maad, memang rojak.haha. Then, Ustaz menarik nafas. Dan beliau mula ceritakan sejarah Mesir dari zaman pemerintah Jamal Abdul Naser 1954-1971 dan kemudian beliau meninggal dunia dan diganti oleh Anwar Sadat sehingga 1981.Beliau meninggal ditembak. Dan kemudian, muncul la Muhammad Hosni Mubarak sebagai presiden memerintah dari 1981. Sekarang 2011. 30tahun tiada apa-apa kemajuan. Penduduk sebanyak 85million.40% faqir. 6million homeless. 2million tinggal di graveyard. Kalau cerita Egypt je, 20,000 yang mempunyai BA in medicine but jobless. Itu doktor. Lepas tu ustaz cerita la, ada yang bila ditemubual, 'awak tinggal di mana?' dijawabnya, 'graveyard' bila ditanya kembali,'sejak bila?' Jawapan yang diterima, 'tak tahu. Saya sendiri lahir di situ.' Ada juga yang kecil2 lagi telah ditinggalkan parents di tepi jalan. Istilah yang digunakan 'streets boy'. Memang tak boleh nak buat apa disebabkan parents mereka sendiri takde tempat tinggal. 30tahun menderita. Jadi, bagi mereka biarlah mati pun sebab hidup pun susah. Ini yang jadi berani mati ni. Ustaz cakap, kalau pergi ke Mesir, kita akan pergi ke kawasan yang ada civilization je. Sebab ada kawasan yang memang khas untuk mereka yang takde tempat tinggal, yang seperti takde apa-apa. Bahaya untuk kita ke sana. Di situlah mereka tinggal. Di mana-mana sahaja. Lagipun, tiada polis, tiada hospital, tiada apa-apa. Mereka hidup sendiri. 30tahun menderita, mereka mula protes. Kemudian seorang sahabat saya bertanya, bahaya ke ustaz? Ustaz senyum. Bayangkan kita yang tak makan 2,3hari, Perut kosong. Apa perasaan kita? Mesti bila ditegur je, akan marah atau mengamuk. Ini 30tahun!. :D
So, ustaz pun menaikkan semangat saya.haha.
Beliau cakap, kita kene ambil peluang. Tinggal di Malaysia yang aman ni. Kita kenela kerja keras. Nanti kalau jadi macam sana jugak, dah takde dah. Lagipun apa kita nak jawab bila ditanya Tuhan Yang Satu tu. Ustaz asyik ulang, "Mal jawab?". Saya? Hanya ini :D

Cuba taip العشوائيات di YouTube. Baru tahu kehidupan mereka yang faqir.

Sedikit pertambahan setelah encik Haw berusaha mencari. Saya nak translate apa yang dia sampaikan pun tak berapa reti. Tengok gambar je la ye. :D


Kalau tak silap ini di Kaherah.


Ini di Iskandariah.

Better saya berundur dulu. Migrain menyerang! Arghh..Seksanya.

4 kata penuh gaya:

Awang Hafiz 31 Januari 2011 pada 5:45 PTG  

abg saya masih di Mesir.. harap2 semuanya selamat...

Cahayamylife 31 Januari 2011 pada 5:49 PTG  

@Awang Hafiz
InsyaAllah.
Aamiin.
Saya tak pasti keadaan di Alex.
Member ramai di sana berbanding Cairo.

PYB 1 Februari 2011 pada 1:10 PG  

dah cuba cari العشوائيات .. tapi tak faham pulak apa dia tulis

Cahayamylife 1 Februari 2011 pada 1:27 PG  

@HAW
Saya dah buat sedikit pertambahan.
Boleh la cuba lihat video di atas.
huhu.
Maaf atas kekurangan.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP