Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

04 Januari 2011

Home » » Pernah Main Raket Kecil Berbalut Velum?

Pernah Main Raket Kecil Berbalut Velum?

Nama pemain:Not Available.
Lokasi: Jalan Hospital, Baling, Kedah.
Apa itu raket kecil berbalut velum? Raket tu confirm semua tahu sebahagian alat daripada permainan badminton. Tetapi ini bukan badminton. Malah lebih seronok lagi. So, meh aku cerita permainan yang diasaskan oleh aku ini. Permainan yang dipelopori oleh aku telah bermula semenjak zaman Tok Kaduk dulu. Fuh, dah tua rupanya aku nih. Tok Kaduk tu abad ke berapa eh? Ntahlah. Aku dah tua sebab tu nyanyuk. Tapi disebabkan aku gian untuk bermain permainan ini atau yang lebih dikenali sebagai ping pong atau table tennis, aku telah melampiaskan segala gianku di meja ping pong yang berhadapan bilik usang. Fuh, seram sejuk aku main tadi. Disebabkan aku coach kepada member aku yang bakal bertanding di dalam sukan-sukan peringkat UIA, terpaksalah aku memberi chance kepada beliau untuk menang dan menyebabkan beberapa kali bola ping pong itu termasuk ke dalam bilik yang penuh misteri itu. Fuh, berdobar-dobar den. Dan akhirnya, sebiji bola tidak dapat diselamatkan. Dan kami hanya membiarkan ia bersendirian di situ. Aku tak nak cerita pasal bilik yang penuh kisah berpenunggu itu. Aku nak cerita pasal aku main ping pong. [Siapa suruh cerita, ye dak?] Setelah tamat satu game, beliau selaku member aku mengajak aku bermain lagi satu game. Adoih! Nenek dah tua cu. Aduh~ Disebabkan beliau akan bertanding, aku gagahkan jugak. Dan disebabkan aku tak mahu memalukan sekolah aku yang telah menjadikan aku sebagai wakil sekolah, aku teruskan jugak. Malangnya aku tak mampu nak spin dan potong malam ini. Tetapi yang aku pasti kaki ku masih pantas bergerak seperti dulu. Wah, confirm esok aku terlantar saje di bilik. Arghh! Penat weh~
Ini aku bagi sikit cerita sebenar sejarah ping pong ni.

Pada mulanya permainan ping-pong merupakan satu kegiatan masa lapang yang digemari oleh penuntut-penuntut universiti di Britain.Corak atau bentuk pertama permainan ini telah didaftarkan pada tahun 1891 oleh Charles Barter dari Gloucestershire dan lebih kurang pada masa yang sama James Gibb-salah seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain-membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika yang diperkenalkan sebagai alternatif kepada bola getah atau gabus yang digunakan pada masa itu.Tindakan itu membawa kejayaan kepada pengilang seperti Gossima,Whiff Wall,Flim Flam dan Table Tennis.
Apabila raket yang disaluti velum diperkenalkan ,istilah ping-pong dicipta,ia diambil daripada bunyi 'ping' yang dihasilkan apabila bertembung bet dengan bola dan 'pong' yang terhasil apabila ia melantun di atas meja.
Pada tahun1902,seorang profesor pelawat Jepun telah membawa balik permainan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti di sana.Tidak lama kemudian seorang penjual berbangsa British,Edward Shires telah memperkenalkan permainan ini kepada orang-orang Vienna dan Budapest.Dengan ini benih perkembangan sukan ini telah tersemai dan menarik minat orang ramai.
Kejohanan Sedunia yang pertama telah diadakan di London pada tahun 1927.Pemenangnya ialah seorang berbangsa Hungary iaitu Dr. Jacobi.Pada sekitar tahun 30-an pasukan Hungary telah menguasai kejohanan dunia.Pada masa itu pukulan 'spin' telah masyhur di kalangan para pemain.Pada tahun 1950-an,pemain Jepun telah menguasai dunia ping-pong dengan corak permainan dan cara cekak pen (pen holder) yang mementingkan corak menyerang dan gerak kaki yang pantas.Pasukan lelaki Jepun telah menjadi johan dari tahun 1954 hingga 1959.Dalam tahun 1960-an negeri China muncul sebagai sebuah negara ping-pong yang handal.Mereka menguasai dunia ping-pong menerusi penggunaan corak permainan laju dan dekat kepada meja.Pada tahun 1970-an pemain-pemain Eropah menunjukkan kebolehan mereka bertarung dengan pemain-pemain dari Asia.
Pada tahun 1980-an pemain-pemain Eropah dianggap lebih handal daripada pemain-pemain Asia.Pada tahun1927 Persekutuan Ping-pong Antarabangsa (ITTF) hanya mempunyai 9 ahli sahaja,tetapi pada taun1990,ITTF mempunyai 145 persatuan di bawahnya.Disamping itu ada pula 4 persekutuan peringkat dunia ,Recognized Continental Federation di bawah naungan ITTF.Persekutuan tersebut ialah:-)African Table Tennis Federation,Asian Table Tennis Union,European Table Tennis Union dan South American Table Tennis Confederation. -sumber: Tripod

La..bukan aku rupanya. So, aku tersilap taip la tadi ye.wahaha~ Member-member aku tanya, awat hang tak masuk? Tiga tahun lepas, wakil sekolah pun aku tak nampak hang. Jawapan aku ringkas je. 'Aku malas dah la. Nak bagi chance pada budak-budak lain pulak la' wahaha~ Aku dah penat. Esok ada sesiapa yang nak lawan dengan aku? Jom2~ Majulah sukan untuk negara.

p/s: Sebenarnya aku tak tahu macam mana aku boleh reti main table tennis nih. Aku belajar dalam mimpi ka?
p/s 2: Hangpa jangan percaya bulat-bulat sudah. Nampak takbur pulak dah. wee~
p/s 3: Kalau caya, memang sami'na waato'na.  سمعنا وأطعنا la korang ni kan.wahaha~

0 kata penuh gaya:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP