Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

29 Januari 2011

Home » » Keputusan Piala Sumbangsih 2011-Selangor vs Kelantan

Keputusan Piala Sumbangsih 2011-Selangor vs Kelantan


Malam ni agak sedikit bengang disebabkan perlawanan yang penting sebegini, tv di Nilai ni problem. Cis! Memang susah hidup aku kalau tv rosak time game penting camni. Rasa rugi pun ada tak balik rumah. waaa..
Takpela. Tengok result je pun jadi la dari takde apa2. Aku rasa kecewa dan bangga. Kecewa sebab Selangor kalah dan bangga sebab Kelantan menang. Dengan jaringan pertama yang dilakukan oleh Shahrul Idlan pada minit ke 8 dan jaringan kedua oleh Mohd Badhri pada minit ke 74 sebelum beliau tercedera telah membuktikan bahawa Kelantan berjaya menewaskan Selangor dengan 2-0. Tapi memang katanya Kelantan dari awal lagi menunjukkan potensi yang baik dalam permainan. Apa jadi dengan penjaring terbanyak kita dalam Piala Suzuki baru ni? Safee Sali hilang semangat dan kekuatan ke? Tapi sebenarnya beliau telah membuat beberapa percubaan namun gagal atas sebab penjaga gol hebat kita, Khairul Fahmi Che Mat pun hebat juga. Ada juga tandukan cantik Safee Sali yang menewaskan si KFCM tu tapi gagal atas sebab terkena tiang. Memang bukan rezeki korang la tu. Dah la dengan Amri Yahyah yang ntah. Aku tak faham dia tu kenapa malam ni. Ada problem gamaknya. haha. Ohoh! Ada member aku yang tak puas hati. Dia kata tak aci sebab aku sokong dua2. Sekali aku libas la. Aku kene sokong dua2 sebab kalau aku sokong Selangor je, nanti orang Kelantan marah pasal aku lupa asal usul. Kalau aku sokong Kelantan je, nanti orang Selangor kata aku tak kenang budi. hahaha. Dia tak puas hati lagi tu aku cakap camtu. Aku balas lagi, takkan aku nak piliha abah aku je. Aku mestilah akan pilih dua2 sebab aku perlukan dua2 dalam hidup aku. wahaha. 
Terasa cantik pulak alasan aku kali ni. Maaf ye kepada yang berkenaan.haha.

1 kata penuh gaya:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP