Jom mandi hujan
cantikkan hujan? |
"Nak balik dah ke? Bila nak bincang?"
"Erm..malam nanti la"
Aku menghantar langkah mereka dengan lirikan mataku sahaja.
Akhirnya tinggal 3orang wanita di dalam kelas. Iha bersuara, "nak discuss kat sini ke?".
Boleh lagi dia bertanya sedangkan ahli kumpulanku telah pulang.
Mahu atau tidak, aku bangkit dari kerusi dan mengatur langkah. Melihatkan hujan yang turun dengan lebatnya, masing2 hanya menanti di kaki lima sehingga hujan reda. Mariam di sebelah, aku mula bersuara.
"Kenapa kita macam takut dengan hujan?"
"Entah.Sebab takut demam kot"
"Bukankah hujan itu rahmat? Hujan itu turunkan rahmat, bagaimana ia boleh membawa kesusahan?"
Apa? anda mahu kata sebab asid? Kawasan Nilai ni tang mana asid nye? Kilang punya la payah nak nampak. Jika benar pun itu hujan asid, tidak mustahil Allah perintahkan hujan itu turun dengan lebat.
Teringat pula perbualanku dengan abah ketika adik-adik dan sepupu-sepupu ku berebut bilik mandi. Abah suruh mandi hujan je. Aku bersuara, "tak demam ke bah?". Telinga ku dipaksa menadah."Macammana hujan yang rahmat tu boleh bagi penyakit?"."Sebab err..as...". "Nak kata asid, asap2? kampung ni mana ada bahan-bahan asid....".
Arghh..ingatanku kembali tatkala abah pulang dari masjid menceritakan bahawa ustaz Fakhrunnur menangis disebabkan jemaah berkurang.Memang saat itu hujan turun dengan lebatnya. Aku percaya ustaz menangis kerana acapkali beliau mengimamkan jemaah masjid dan tiap kali kalimah2 Allah itu beralun dari bibirnya, pasti membuatkan hatinya sayu sehingga mengubah suaranya menjadi serak.[Adeh~terkeluar tajuk]
Mari kita lihat ayat Allah di dalam surah Al-A'raf ayat 57.
"“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pengajaran daripadanya)"
Kau lah yang Maha Pemurah.Ada rahmat, mustajablah doa. Jadi, adakah anda mengambil kesempatan ini? Sedangkan nabi pernah bersabda, "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat, dan ketika hujan" (hadis riwayat Abu Daud)
Hebatkan Allah.
Hebatkan Allah.
Hakikatnya banyak lagi waktu2 mustajab berdoa tetapi yang di'highlight'kan di sini adalah hujan.
Sememangnya dua tiga hari ini, aku merasakan bumi Nilai ini semakin membahang. Walaupun sememangnya semua tahu Nilai ini panas. Inilah rahmatNya. Kenapa kita mahu sia-siakan? Lebat atau tidak, ianya bersesuaian dengan kehendak. Kehendak siapa? Kehendak alam. Allah turunkan hujan dengan sukatan yang sepatutnya. Tidak lebih dan tidak kurang. Berkemungkinan juga hujan itu lebat kerana untuk meneutralkan asid iaitu karbon dioksida yang telah bergabung dengan titisan hujan ketika mulanya air hujan itu menitis.WA.[Punya jauh jawapan untuk persoalan tadi.hee~]
Hebatkan Allah.
Tetapi, anda janganlah cari hujan yang dah sememangnya kita tahu kawasannya sentiasa terdedah dengan pencemaran. Itu baru betul2 boleh mendatangkan penyakit.Lebih2 lagi udara kita yang kini hampir dikuasai oleh bahan pencemar seperti sulfur dioksida dan nitrogen oksida bakal menjadi asid sulfurik dan asid nutrik apabila bergabung dengan hujan.
Hebatkan Allah.
Kerana telah mencipta manusia yang sentiasa berfikir secara kritis.
Bukan maksud saya di sini, apabila hujan turun, anda perlu mandi hujan. Tidak sama sekali. Kalau nak jimat, boleh je.hee~ Tetapi, ambillah kesempatan yang telah Allah acapkali ungkapkan di dalam kalamNya.
Hebatkan Allah.
Tetapi, anda janganlah cari hujan yang dah sememangnya kita tahu kawasannya sentiasa terdedah dengan pencemaran. Itu baru betul2 boleh mendatangkan penyakit.Lebih2 lagi udara kita yang kini hampir dikuasai oleh bahan pencemar seperti sulfur dioksida dan nitrogen oksida bakal menjadi asid sulfurik dan asid nutrik apabila bergabung dengan hujan.
Hebatkan Allah.
Kerana telah mencipta manusia yang sentiasa berfikir secara kritis.
Bukan maksud saya di sini, apabila hujan turun, anda perlu mandi hujan. Tidak sama sekali. Kalau nak jimat, boleh je.hee~ Tetapi, ambillah kesempatan yang telah Allah acapkali ungkapkan di dalam kalamNya.
“Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.” (al-Hijr : 22)
“Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud : 123)
Bukan bermaksud apabila anda mandi dengan air hujan atau terkena tempias air hujan, barulah anda dikira mendapat rahmat.Ohoh! Tidak sama sekali.Sila buang jauh-jauh pemikiran yang sebegitu.Terima kasih. Diulang sekali lagi, sila ambil kesempatan ketika rahmat turun sebagaimana anda mengambil kesempatan untuk mengejar malam lailatul qadar. [Tetapi yang saya pelik selepas Ramadhan, kebanyakannya akan keluar dengan kapel masing-masing dan memulakan aktiviti seperti biasa].Ataupun dengan lebih mudah untuk anda fahami adalah, anda perlu bersyukur dengan rahmat yang Allah kurniakan. Bukannya membebel yang bukan-bukan. Bukankah setiap yang berlaku ada hikmahnya.
p/s 1:Kita sama-sama manusia, mudah lupa dan leka. Segala nikmat dan rahmat dariNya bisa membuatkan kita alpa. Apabila ditimpa musibah, mudah sahaja Kufur nikmat.Nauzubillah.
p/s 2:Terasa agak formal la pulak penulisan kali ini.Apa-apa pun, moga anda mampu ambil yang baik, dan sila elakkan yang buruk.Sekian, salam perjuangan.
4 kata penuh gaya:
Dulu Ramadhan satu hari boleh cecah 40 rakaat lebih.
Sekarang maintain tak?
Dulu boleh baca Quran sampai khatam.
Sekarang dah berapa muka surat kita baca?
Ha ha ha.
@Bijen M.
Ni yang suka ni kalau cikgu bercakaap.
*thumbs up
:D
Ciss.
Hee~
Jangan marah aa.
Nanti kena jual.
:D
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =)) Catat Ulasan