Anda Giler Perfume? Ori atau Gred AAA?
Ada yang suka pakai jenis strong, ada yang suka soft, fruity, and etc. Tapi anda bagaimana? Lebih gemar membeli yang original atau yang ada gred? Apa beza yang ada gred dan yang ori? Saya lebih gemarkan yang ori. Biasalah. Nama pun ori, mestilah best kan. Tapi kena fikir banyak kali jugak.haha~
Sejarah
Pada ribuan tahun dahulu perkataan "parfum" berasal dari Bahasa Latin perfumum "melalui asap". Salah satu kegunaan pada ketika itu parfum membentuk melalui pembakaran dupa dan rempah-rempah yang beraroma yang digunakan dalam upacara keagamaan, seperti aromatik gusi, kemenyan dan mur, yang dikumpulkan dari pohon-pohon semulajadi. Orang Mesir (Egypt) adalah yang pertama untuk memasukkan minyak wangi ke dalam budaya mereka diikuti oleh China purba, Hindu,Afrika dan diikuti negara-negara yang lain.
Gred AAA
Saya kurang arif mengenai wangian ni. Sebab saya bukan saudagar minyak wangi. :D Tapi disebabkan saya tiada pengalaman membeli yang gred ini, saya mulakan dengan yang ini dulu ye. Harganya lebih murah, harumannya hanya mampu bertahan sehingga 8jam and depends on persekitaran anda, packagingnya sama cuma kadangkala rosak. Kotak, shape, warna, semuanya sama. Si penjual barangan ori tetapi yang rejected mengatakan jika yang rejected perfume which coming with box is fake! haha. Marah sungguh beliau. Ada orang tu kata gred AAA ini tidak panggil sebagai fake.haha.Kenapa ya? Bukankah lawan original itu fake? Tapi sekarang bukan setakat gred AAA sahaja yang ada. Gred A dan gred AA pun ada. Dah macam beli bateri la pulak. :D
Original
Maklumat dari penjual perfume original saya :) :
1.No sirinya pada botol dan kotak adalah sama kerana mereka telah print secara khususnya ke setiap botol dan kotak serta tidak boleh dipadam.
2.Botol pastinya tiada kecacatan. Sama ada spray ataupun lain-lain.
3.Lihat pada straw nya, jika berbentuk S, itu memang fake, kerana yang ori hanya straight ataupun menyenget ke tepi sahaja. Ianya tidak berbentuk S.
4.Harumannya mampu bertahan sehingga 12jam. [atau lebih lama? saya tak pasti].
Maklumat dari AVON PARADISE:
1. Pastikan penjual mempunyai reputasi dan dipercayai.
2. Pembungkusan. Semak kualiti pembungkusan seperti kotak dan rasa ketebalan dan kejelasan tulisannya. Perfume yang original tulisan brand perfume itu tidak pudar dan hilang walaupun sudah lama dipakai. Cuba rasa dengan jari tulisan adalah timbul dan bukan dicop. Walaupun kadangkala cara ini bukan boleh dijadikan ukuran, tetapi biasanya perfume yang original mempunyai kualiti pembungkusan yang sangat bagus.
3. Semak tanda-tanda gam berlebihan untuk melekatkan kotak dan sebagainya sebab perfume original tiada lebihan gam kerana pembungkusannya amat teliti.
4. Kotak luaran. Semak kualiti dan bahan yang digunakan-ketebalan dan warna-tanda-tanda lipatan dan pinggiran kotak tersebut.
5. Cetakan. Semak informasi yang dicetak pada luaran kotak. Saiz, negara ia dikeluarkan, salah ejaan, logo dan cap dagang(trademark). Semak cara cetakan-biasanya diembos dan mempunyai kualiti cetakan yang sangat berkualiti dan biasanya stiker berwarna lutsinar, perak atau tulisan berwarna keemasan, perak dan hitam.
6. Semak nombor batch.
7. Dalam kotak - semak kualiti keseluruhan bahan digunakan, warna dan saiz
8. Bentuk botol. Semak kualiti keseluruhan botol. Tinggi, lebar dan design bentuk botol. Botol original adalah solid.
9. Kaca botol. Semak keseluruhan kualiti. Ketebalan, kejelasan, bentuk. Kaca botol yang original adalah tebal.
10. Tudung botol- semak saiz, warna dan bentuk.
11. Kepala penyembur. Semak kualiti kekeseluruhan, warna dan kehalusan atau kelicinan semasa membuat semburan.
12. Tiub dalaman penyembur. Semak kualiti, ketebalan, panjang dan warna.
13. Label botol (utama). Semak kualiti cetakan, saiz , reka letak dan cari untuk bentuk yang diembos.
14. Label bawah. Semak kualiti cetakan, saiz dan informasi yang tepat.
15. Bar code. Semak nombor, saiz dan sama ada ia boleh discan.
16. Warna perfume. Semak warna perfume sama ada ia konsisten atau tidak.
17. Minyak berlebihan. Perfume yang original kurang beminyak.
18. Bau. Semak bau sama ada ia menyenangkan atau pun tidak, kadang-kadang yang tiruan berbau bahan kimia.
19. Tahan lebih lama. Cuba untuk beberapa jam. Sepatutnya tahan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam atau lebih.
20. Tindak balas pada kulit. Semak jika terdapat kegatalan, kemerahan, ruam atau pengelupasan.
21. Semak pada bahagian bawah botol. Biasanya kita akan dapat lihat kualitinya di bahagian bawah botol tersebut seperti tulisan diembos (timbul) dan mempunyai sticker produk.
Sesetengah anda mungkin gemar mencuba dahulu mana-mana haruman sama ada dengan cara membeli sample, miniature, atau tester. Kebiasaannya sample hanya sekitar 1.2-1.5ml. Miniature pula bersaiz kecil sekitar 5ml-15ml. Manakala tester sekitar 30ml-100ml. Untungnya di mana? Bagi saya tester lebih untung kerana kebiasaannya pihak producer akan meletakkan pati lebih ke dalam tester. So, lebih tahan lama.
Apa perbezaan Parfum, EDP, EDT, dan EDC?
Ini adalah kepekatan wangian tersebut. Lebih pekat, lebih kuat, dan lebih lama.
1. Parfum - Paling pekat dan paling kuat harumannya. Dan sudah tentu paling mahal. :D
2.EDP (Eau de Parfum) - Kepekatan kedua tertinggi. Tahan lama sehingga 8jam. agak kuat juga harumannya.
3.EDT (Eau de Toilette) - Kurang pekat. Harumannya separa ringan dan kekal sehingga 3-4jam. Tapi EDT yang saya pakai boleh tahan sehingga 8-9jam. Normally sesiapa yang minat soft seperti saya akan memilih ini.
4.EDC (Eau de Cologne)- kepekatan terendah, harumannya ringan, kekal sehingga 2-3 jam.
Pemilihan dalam kepekatan ini penting agar tidak tersalah memakainya. Jika anda memilih EDP, lebih sesuai ke majlis makan malam atau apa-apa event yang lebih formal. Manakala EDT lebih sesuai ke office atau tempat yang tidak terlalu sesak. EDC pula sesuai ketika cuaca panas atau dress up yang sempoi je.
So, pilih yang terbaik untuk anda.
EDT pilihan saya :) |
EDP pilihan saya :) |
p/s2:Nak pilih bunga kemboja ke Lancome Miracle? Sabun johnsons and johnsons baby pun boleh jugak. haha.
8 kata penuh gaya:
yeay! anys pon suka vera wang! rock me pon best! anyways, marc jacobs pon superbbbb! and and be delicious my fave!
Banyak pulak nama2 pelik jrg Jai dengar & yg x pernah dgr.. Jai belasah je pakai pape, janji ada bau..ha3
@anys-ann.
See!
Orang yang gilerkan perfume ni mesti alert punye.
Yeay!
Kita sama.
Tapi Rock Me macam tak sesuai je ngan I.
Marc Jacobs yang mana?
Daisy Marc Jacobs tu ye?
sweet u!
Delicious plak yang DKNY tu ke?
I lupe la.
haha.
U punye choice memang superb la Anys.
haha.
Apsal time kite sebilik dulu u tak tunjuk kat I?
hee~
@deCrewz
Macam mana nak slalu dengar dah yg atas tu banyaknya for her.
For men tu yang mana je.
haha.
Bgs gak belasah2 ni.
Duit pun tak banyak kuar.
:D
Tapi kan, pompuan punya perfume kadang2 terover sangat tu yang bhaya, nnt dapat dosa kering..hu3
@DeCrewz
Haha.
Sebab tu kena pandai pilih.
Pilih yang kepekatan rendah, so, takde la kuat pun baunya.
EDT tu pun dah quite okey.
But, somehow, girls ni tak reti pakai.
Bau macam dah curah satu botol.
Lgpun standard wanita lebih banyak EDP. EDT jenis soft or fruity.
Nanti barang hantaran pilih la yang best2 punye.
hahaha.
Yati tengok yourwife tu sesuai yang soft je.
:D
mia pn suke yg ori..EDP/EDT
Yeah!
Geng lagi.
Better bila yang ori, kalau rajin guna.
huhu.
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =)) Catat Ulasan