Kepada Sesiapa yang Berminat Menaja Hadiah
Assalamualaikum dan sejahtera kepada kalian yang budiman. Sebagaimana yang anda tahu mengenai contest 'Nukilan Seorang Teman' ini berdasarkan karya menarik telah saya terangkan di dalam entri yang sebelum ini. Jika anda berminat untuk memberi sumbangan dalam musabaqah yang sambil menulis, sambil berdakwah ini, boleh la hubungi saya di happystar_1404@yahoo.com
Kepada yang telah melayari blog ini dan hampa kerana tiada maklumat lanjut mengenai penajaan ini, saya memohon ribuan ampun. Terlepas pandang pula.
Baiklah, di bawah ini saya sertakan serba sedikit pandangan kasar cara-cara untuk menyumbang:-
1.Anda dibolehkan untuk menyumbang dalam pelbagai bentuk. Sama ada barang mahupun wang tunai. Jika wang tunai, anda perlu transfer ke akaun yang bakal saya berikan dan saya akan belikan buku sebagai hadiah buat pemenang.
2.Jika anda ingin menyumbang dalam bentuk barang, masih lagi mempunyai dua cara sama ada mengirim sendiri terus kepada pemenang atau menyerahkannya kepada saya.
3.Sila nyatakan juga nilai atau harga barang tersebut untuk saya menyusun turutan hadiah mengikut nilai.
4.Saya akan nyatakan setiap sumbangan itu dari anda dan akan linkkan ke blog anda sebagai salah satu langkah promosi. Syarat musabaqah juga akan ditambah untuk mereka menyatakan nama serta backlink setiap pihak yang sponsor ke dalam karya mereka.
5.Sebagai penyumbang, anda masih lagi dibolehkan untuk menyertai musabaqah ini
6.Mohon juga jasa baik anda untuk mempromosikan musabaqah ini di dalam blog anda. Moga lebih meriah.
7.Sebarang kemusykilan, boleh klik pada button pertanyaan di atas ataupun hantarkan ke happystar_1404@yahoo.com
Sekian, terima kasih.
2 kata penuh gaya:
Kalau kirim org boleh? :)
@deCrewz
Hah?
Camne tu?
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =)) Catat Ulasan