Giveaway Special dari ar-rifke.com!! Khas Buat Anda, Ya Anda Yang Sedang Membaca Entri Ini!!
Ini di Krabi |
Cara menyertai Giveaway Special dari ar-rifke:
1. Buat 1 entri bertajuk “Giveaway Special dari ar-rifke.com!! Khas Buat Anda, Ya Anda yang Sedang Membaca Entri Ini!!” dan linkkan kepada entri ini.
2. Entri itu adalah bebas. Tetapi pastikan ada kaitan dengan:
- Pengalaman anda bercuti di Malaysia
- Nyatakan tempat percutian yang pernah anda pergi
- Sila selitkan cerita anda dengan cerita Percutian Paling Mewah Aried: RM40,000 3 hari 2 malam! ini.
3. Panjang entri adalah bebas! Pendek pun tak apa.
4. Pemenang akan ditentukan secara cabutan bertuah.
5. Tinggalkan link post anda di bahagian komen.
6. Tarikh mula giveaway ini ialah 13hb mac dan tamat pada 24hb mac! Sertai sekarang!!
Tambahan: Setiap penyertaan akan diberikan backlinks!! So, apa tunggu lagi? Cuba check blog ar-rifke.com ini PR berapa dan pasti anda mahukan backlinks dari blog ini juga.
Baru je haritu cerita pasal MATTA FAIR yang special untuk orang yang nak gi honeymoon pertama kali, kesepuluh kali, yang dengan keluarga, yang dengan rakan. Semuanya di sana.Sebenarnya pas Aried post entri tentang GA tu, aku terus nak join. Tapi pikir-pikir balik, macam mana nak relatekan entri dia yang mewah tu. Sebab yang mewahnya bukan duit yang dia belanjakan, tapi nilai 'kawan' dia yang dia jumpa tu ha.:D Sorry cikgu.
Pasal percutian ni aku rasa banyak sangat memandangkan aku dan keluarga jenis suka berjalan. Hurm..aku dah jelajah banyak negeri ; Terengganu, Perak, Kedah, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, and of course Kelantan. Terengganu tak silap aku, tiga kali dah aku pi. Pasal apa la pi banyak kali ye dak? Pasal dapat sponsor la. Hah, Aried punya sampai RM40k even sebenarnya bukan Aried punya pun kan. haha. :p Yang ni memang real dapat sponsor tau. Berapa nilai tu, tidak mengapalah. Biarlah rahsia~ Pi Pangkor pun dapat sponsor. Esh, bila la ada orang nak sponsor aku pi Makkah pulak ni?
Aku nak cerita pasal aku pi Baling, Kedah. Ni memang sponsor gak.haha. Bukan FAMA [father and mama] okey! Ni lain punya. Tapi memang untung gile. Penginapan aku pi dua tempat. haha. Tapi tak boleh cerita dah. Pasal aku dah penah cerita dua tahun lepas.
Hurm..pengalaman bercuti pi Pangkor la. Aku nak cite pasal pengalaman aku pi kali ketiga. Pi dengan member-member kerja. Yang ni memang confirm sponsor 100% la. Itulah kali terakhir aku pi dengan dorang before aku berhenti kerja.
First day, kami bertolak dengan bas. Aku duduk dengan sape tak ingat. Sampai-sampai je kat Lumut, tunggu pemilik resort datang. Pas beliau tiba, kitorang pun ikut naik feri, van, dan check-in. Disebabkan aku dah agak biasa sangat pi sana, aku mulakan hari dengan tido. :D Aku dengar dorang bising-bising turun tangga. Sah-sah pi pantai. Aku mula keluar bilik waktu malam, time tu aku memang jalan sorang-sorang. Kenapa? Tak bahaya ke? Haha. Masa tu aku tengah mengimbau kembali kenangan aku di sana. Sebab aku dah pi sejak umur 4tahun. Dengan member-member sekolah lagi. So, jalan-jalan sorang memang best. Tapi tetiba aku teringat, aku nyaris kena kidnap waktu form3 dulu kat situ. Pasal jalan berdua je. Mujur ada sorang member lelaki perasan and terus cross jalan. So, lelaki tu terus blah. Dan kali ni, kenapa aku masih tak serik? Sebab aku rasa aku nak berseorangan. Terserempak pula dengan member-member lelaki. Dorang pun pelik kenapa aku tak berbelanja. Almaklumlah, aku ni perempuan. Tak lari dari kena label kaki shopping. Tapi dah aku ni memang jenis tak bernafsu shopping. Nak buat macam mana. Dah asyik kena push ngan member suh beli untuk adik-adik, aku pun pi la cari. Main pick je.haha. Mood aku kononnya nak layan blues je malam tu. Last-last kena shopping lak. Nasib baik depan simpang resort je gerai-gerai tu. Takde masalah pun aku nak balik terus dan tido.
Esoknya, Ahad, dalam jam 9pagi, kitorang dah berkumpul tepi pantai. Ada acara sukaneka. Aku cooperate time tarik tali je. Time lain, aku takleh nak focus. Such as lari pakai tempurung kelapa, Kasut Gergasi. No, no. Time tu aku segan giler plus aku sememangnya ada masalah kesihatan, so, tak boleh terlalu penat. Yang aku segan pasal ada pakwe kat situ. lalala~ Habis je tu, memang aku rasa nak nangis je sebab tak boleh buat leklok. Aku benci tol kena paksa main benda yang aku tak nak. Plus, balik bilik je aku terlantar. Then demam.haha. Sabar je la.
Rasa macam tak berguna langsung. Amanah Allah beri supaya jaga dengan baik jasad yang diberi ni, tapi aku masih tak mampu nak lakukannya sehingga sekarang. So, again, Ingat Lima Perkara Sebelum Lima Perkara.
p/s:Gambar hanya sebagai ilustrasi. Jangan risau, tak teringin lagi nak pi ke Krabi tu.haha.
Siapa-siapa nak join, sila ke sini.
2 kata penuh gaya:
salam...
gud luck..
@Sekamar Rindu
wslm wbt.
syukran cikgu.
:D
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =)) Catat Ulasan