Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

09 Mac 2011

Home » » Pencarian Panel Hakim

Pencarian Panel Hakim

Assalamualaikum wbt. Saya rasa anda sendiri sudah melihat bahawa saya hanya menumpukan pada pertandingan @ contest @ musabaqah yang bakal berlangsung pada 14 Mac nanti. Tinggal lima hari sahaja lagi tetapi panel hakim baru seorang sahaja yang membuat maklum balas segera. Sebenarnya enam orang yang telah saya mohon, hanya seorang sahaja yang membuat maklum balas. Mungkin mereka sibuk. Silap saya juga kerana memilih mereka yang berada di bahagian produksi, ulama, dan pengacara. Pastinya waktu kini mereka sangat sibuk. Jadi, dengan ini saya buka permohonan untuk sesiapa yang berminat.

Syarat-syarat:
1.Niat ikhlas kerana Allah.
2.Tidak menyertai musabaqah ini.
3.Mampu meluangkan masa untuk membuat pemarkahan pada masa yang ditetapkan iaitu dari 15April 2011 sehingga 23 April 2011. Dan jika penyertaan terlalu banyak, saya akan lanjutkan lagi tarikh hingga 30 April 2011.
4.Tidak mempunyai saudara mara atau kaum keluarga yang menyertai musabaqah ini. Untuk mengelakkan berlakunya ketidakadilan.

Kami juga menyediakan hadiah penghargaan buat para juri atas kerjasama dan keikhlasan hati anda.
Jadi, bagi yang berminat, sila emailkan kepada saya dengan kadar segera di happystar_1404@yahoo.com.
Terima kasih.

0 kata penuh gaya:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP