Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

21 Mac 2011

Home » » Berat 50kg Adalah Gemuk! Tapi Kurus Pun Boleh 'Pergi' Cepat

Berat 50kg Adalah Gemuk! Tapi Kurus Pun Boleh 'Pergi' Cepat

Gemuk tak beliau ni? Model ni~
G.E.M.U.K. Woah! Aku rasa macam ramai yang tak minat dengan perkataan sebegitu. Kiranya guna perkataan 'berisi' tu sedap sikit la kan. Ye tak? Berdasarkan pemerhatian aku, rata-rata ramai je wanita yang mencapai 50kg kini. 45 and above pun ramai. Ada yang merasakan diri tu gemuk, dan ada yang merasakan, 'Ala..standard la ni'. Apa nak dikata kalau dah rasa diri tu macam tu kan. Kebanyakan lelaki, gemar bertanya perihal berat. Memangla tak boleh nak dibanding. Lelaki kalau berat 63kg pun belum tentu tubuhnya membesar sesuai dengan ketinggian. Sebenarnya memang 50kg tu dikategorikan sebagai gemuk atau overweight. Kenapa 50kg tu dah dikira overweight? Mestilah, dah tinggi pun takat 140cm, berat 50kg, apa tak overweight? adeh~ Tapi ramai juga yang bila naik berat 1-2kg je, terus takut nak gemuk. Ush, macam OBESOPHOBIA. Anda tahu tak obesophobia tu binatang apa? Obesophobia tu fear kepada kegemukan. Apa yang dilakukan oleh pesakit-pesakit ini adalah mereka cuba mengurangkan pengambilan makanan, atau memuntahkan semula makanan yang telah mereka makan. Kan tak bagus begitu. Rezeki beb! Aku ni kalau boleh tiap sejam nak makan, korang leh pulak pi buang-buang. Berdasarkan tajuk di atas, aku rasa semua orang tahu tentang obesiti, so, aku takkan sentuh. Aku ingin sebut mengenai Anoreksia Nervosa dan Bulimia. Bukan Buli Miasara okey. Ini pendapat aku la kan yang belum jadi doktor ni. Pesakit anoreksia dan bulimia ini secara fizikalnya mestilah kurus kering. Boleh nampak tulang. Ada style direct x-ray gamaknya. Lapisan lemak dalam badan mesti nipis. Kalau satu je, memang bahaya beb. Boleh terkeluar. Tapi senangla doktor nak ambil organ time pembedahan nanti.hee~ Aku punya lapisan lemak normal la tapi tak ingat berapa.haha. Tak semua mereka tahu bahawa mereka adalah pesakit penyakit ini. Ntah-ntah korang pun sama. Yang penting, aku pun tak tau.haha. Kadang-kadang juga dah memang genetik family kurus-kurus belaka. Walaupun genetik, tak mustahil untuk gemuk. Tapi yang kurus ni, biarlah kurus dengan cara yang sihat. Bukan menyakitkan diri sendiri. Korang jangan sampai luka perut akibat asid hidroklorik tu. [Asid ni memang ada pada semua] Gangguan atau masalah gastrik la tu. [Gastrik bukan penyakit] Kalau dah gastrik dan dibiar, bakal mendatangkan penyakit ulser perut. Nak ke? Aku tahu sebab aku penah disuspek ulser perut ni. Puncanya aku stress dan gastrik.So, buatlah research sket kan.haha. Rupanya aku yang tak berapa cerdik ni, lepas dah sakit, tak buat research, memang padanlah muka. Sebab 5tahun aku dapat ubat dan buang. Tak patut kan? Sedangkan ubat tu berfungsi kembalikan lapisan tu kepada normal. Yang aku tau meneutralkan asid je sedangkan lapisan perut aku semakin teruk. Aku dah penah tengok. Ngeri beb.Buruk!!


Bayangkanlah asid hidroklorik ni apabila terkena tangan boleh menyebabkan tangan kita terkakis. So, perut kita nak banding dengan kulit kita, macam mana? Tu yang sampai berlubang and bleeding. Sebab tu la kita kena fikir tanggungjawab kita terhadap diri sendiri. [Aku ni pun sama.Tak reti jaga amanah yang Allah beri]. Eh2, aku cerita pasal gastrik plak dah. Tukar channel kejap.
Disebabkan aku takde pengalaman dalam bab anoreksia dan bulimia ini, aku rujuk kepada YADIM, penulisan Syed Mahadzir Syed Ibrahim.

Anorexia Nervosa dan Bulimia Boleh Membawa Maut
Oleh SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM

APAKAH anda semua suka melakukan diet supaya tubuh kelihatan langsing dan menarik? Tiba-tiba sahaja jadi alergi atau alahan, sama seperti alah pada coklat, ais krim, dan makanan-makanan berkalori tinggi. Kemudian menjadi takut untuk makan kerana bimbang berat badan bakal naik sehingga seharian suntuk cukup hanya makan beberapa suap nasi sahaja.

Hati-hati, kerana kalau diet yang dilakukan tidak wajar lagi, malahan akan jadi berbahaya. Pelakon filem “Ally Mc Beal”, Callista Flockshart, melakukan diet yang ‘melampau’ sehingga akhirnya menderita penyakit anoreksia. Lady Diana yang langsing itu juga ternyata mengalami masalah makan. Beliau dikatakan sering sahaja memuntahkan makanannya sebaik habis menyantap berbagai macam hidangan.

Masalah makan yang dialami oleh Lady Diana disebut sebagai bulimia. Itu hanya sekadar contoh daripada ratusan (atau mungkin ribuan) kes tentang masalah makan yang dialami oleh beberapa orang ternama. Sebenarnya, tanpa kita sedari bahawa rakan, jiran atau jangan-jangan kita sendiri ternyata mengalami kes serupa. Apakah anoreksia atau bulimia itu dan kenapa seseorang boleh mengalami perkara-perkara tersebut?

ANOREXIA NERVOSA

Gangguan makan yang umumnya dialami oleh pada remaja perempuan adalah anoreksia atau istilah perubatannya dikenali sebagai anorexia nervosa. Anoreksia adalah aktiviti untuk menguruskan badan dengan melakukan pembatasan makan secara sengaja dan melalui kawalan yang ketat.

Penderita anoreksia sedar bahawa mereka berasa lapar, namun takut untuk memenuhi keperluan makan mereka kerana boleh mengakibatkan bertambahnya berat badan. Persepsi mereka terhadap rasa kenyang terganggu sehingga pada ketika mereka mengambil sejumlah makanan dalam jumlah yang kecil sekalipun, mereka akan segera merasa kenyang dan mual.

Mereka terus menerus melakukan diet bermati-matian untuk mendapatkan tubuh yang kurus. Pada akhirnya keadaan ini boleh menimbulkan kesan yang berbahaya, iaitu kematian si penderita. Bayangkan saja, kalau mereka terus menerus menahan diri untuk tidak makan, dari mana mereka akan mendapatkan tenaga untuk hidup.

BULIMIA

Jika penderita anoreksia bermati-matian untuk menahan rasa lapar dan berusaha sedaya mungkin untuk tidak mengambil makanan dalam jumlah yang besar sehingga boleh tahan hidup hanya dengan makan dua tiga suap nasi sahaja dalam sehari, maka tidak demikian halnya dengan bulimia. Pada dasarnya, tujuan akhir daripada penderita bulimia dan anoreksia adalah sama, iaitu ingin mempertahankan bentuk tubuhnya selangsing (sekurus) mungkin. namun cara mereka sahaja yang berbeza.

Penderita bulimia cenderung mengambil makanan yang mereka sukai. Mereka makan berlebihan untuk memuaskan keinginan mereka, namun kemudiannya mereka memuntahkannya kembali hingga tidak ada makanan yang tersisa. Dengan demikian mereka terhindar menjadi gemuk, tetap menjadi kurus tanpa perlu menahan keinginan mereka untuk makan.

Dapat dibayangkan jika seseorang terus menerus memuntahkan makanan yang mereka makan, dari mana mereka akan mendapatkan kalori untuk melakukan aktiviti. Tubuh pun menjadi lemah, sukar untuk berfikir dan akhirnya tidak ada lagi tenaga yang boleh digunakan untuk mempertahankan dirinya.

APAKAH KESANNYA

Penderita atau penghidap anoreksia dan bulimia boleh menurunkan berat badan antara 25-50 peratus daripada berat badan mereka. Jika gangguan ini, baik anoreksia mahupun bulimia tidak segera ditangani, maka boleh membawa kesan serius baik secara fizikal mahupun psikologi, bahkan kes yang parah sehingga boleh menyebabkan kematian. Kesan fizikal yang umumnya terjadi pada mereka adalah seperti yang berikut:

1. Kehilangan selera makan, hingga tidak mahu mengambil apa-apa pun makanan.
2. Luka pada kerongkong dan infeksi saluran pencernaan akibat terlalu sering memuntahkan makanan.
3. Lemah, tidak bertenaga.
4. Sukar berkonsentrasi.
5. Gangguan menstruasi.
6. Kematian.

Kesan fizikal secara tidak langsung juga akan mempengaruhi keadaan psikologi seseorang, sehingga masalah psikologi yang muncul pada mereka dapat dikesan menerusi simptom seperti yang berikut:

1. Perasaan tidak berharga.
2. Sensitif, mudah tersinggung, mudah marah.
3. Mudah merasa bersalah.
4. Kehilangan minat untuk berinteraksi dengan orang lain.
5. Tidak yakin diri, canggung berhadapan dengan orang ramai.
6. Cenderung berbohong untuk menutup perilaku makannya.
7. Minta perhatian orang lain.
8. Depresi (sedih terus menerus).

Mereka memerlukan bantuan segera daripada pakar psikologi, doktor, pakar pemakanan, dan tentu sahaja ibu bapa untuk memulihkan masalah tersebut agar tidak membawa kesan yang lebih serius lagi, iaitu kematian.

BAGAIMANA MENDAPATKAN TUBUH YANG IDEAL

Kita perlu mengkaji kembali apa maknanya tubuh yang ideal. Apakah perlu memiliki tubuh yang kurus, langsing atau seksi menurut gambaran masyarakat? Rasanya tidak ada yang lebih ideal dibandingkan dengan memiliki tubuh yang SIHAT. Untuk apa kurus, langsing dan seksi kalau pada kenyataannya kita menyeksa diri dan akhirnya sakit.

Namun, adalah menjadi amalan yang tidak baik jika akhirnya kita memanjakan diri kita dengan aneka makanan sehingga akhirnya berat badan kita berlebihan dan berisiko tinggi untuk terkena penyakit. Oleh sebab itu, lebih baik mengatur pola makan yang seimbang agar dapat mencapai tubuh yang ideal (sihat). Jika remaja ingin mendapatkan tubuh yang sihat, maka terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan seperti yang berikut:

1. Mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pemakanan untuk mendapatkan pola makanan yang seimbang.
2. Sukan yang teratur .
3. Tidur secukupnya .
4. Tidak mengambil ubat-ubatan yang tidak perlu (seperti ubat atau jamu pelangsing, ubat tidur, dadah, dan sebagainya).

___________________________________
Aku hanya mengambil sebahagian sahaja. Untuk lebih lanjut, sila klik YADIM.

p/s 1:Bersyukurlah dengan pemberian Ilahi.
p/s 2:Berusaha menjadi yang terbaik untuk berjumpa denganNya.
p/s 3:Kalau anda kerap gastrik dan akhir-akhir ini, lepas makan je sakit perut, sila bertemu dengan doktor dan sebaiknya buat teropong perut (endoskopi).[Sakit sikit je] Ditakuti ulser perut.

Aku pernah minta surat doktor nak buat endoskopi, tapi doktor tak bagi coz takut aku terkena H1N1 pulak.haha.
Moralnya:Jangan pergi waktu musim penyakit berjangkit.

1 kata penuh gaya:

ftrhd 22 Mac 2011 pada 3:23 PG  

saya pun ada masalah berat badan.. terlebih berat.. nak bersenam malas sikit.. camner tuuh?? adeh..

- Fitrihadi.com -

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP