Nikah Dah Selamat
Gambar wedding saya tak macam ni :D |
Aku pernah ditanya senior, apa hobi aku? Pelik tak? Aku pun cakap, kumpul barang kahwin. Memang pelik tapi meringankan beban lelaki. Ye tak? haha. Aku pun tak tau pasai pa jadi lagu tu. Yang penting aku seronok. Fail kahwin ada, details, checklist, borang2, draft kad kahwin, and everything la. Kad kahwin lagi senang, tinggal isi untuk ruang nama pengantin lelaki, alamat dan map rumah pengantin lelaki, print and send to members. Aku memang pakar la kan bab kad2 ni.haha. Aku teringin nak jadi wedding planner tapi sebelum plan orang punye, baik aku plan aku punya dulu.
Nikah tak lagi, tunang tak lagi, couple tak lagi. Ops!Elakkan. Orang nak datang rumah. Tapi masalahnya aku yang takde kat rumah. haha. Outstation, kursus, memanjang. So, siapa yang salah? Aku la.haha.
Kepada kalian yang dah sampai seru tu, jangan bertangguh. Allah permudahkan jalan orang yang menuju redhaNya.
Sebenarnya aku nak cerita pasal isu semasa sekarang ni tapi masalahnya aku dah sebulan tak baca paper. Ni la masalahnya bila aku dah kembali bekerja semula. So, aku nak bagi pandangan pun tak boleh. Yang terbaru pasal khawarij lak. Pasal bunuh diri la. Pasal mati katak la. Eh, ada ke? haha. Yang paling penting banjir makin teruk. Ribut taufan dah habis. Rumah member aku pun dah terbang. Bencana di Jepun lagi. Memang sedih gila r aku. Kerja tak pandang kiri kanan. Tak ingat orang lain. Tak patut betul. Member-member kerja pun takde nak bercerita. Asyik cerita benda sama je. Mujur tengah malam bila dah sampai rumah tu aku still sempat singgah ke blog member-member untuk baca isu semasa sekarang ni.
Kesimpulannya, aku cerita santai-santai je malam ni. Takde manfaat pun kot untuk korang even ada sikit peringatan.haha.
p/s:Yang aku perasan, kebanyakan orang sekarang, bercakap tanpa usul periksa. Maksudnya, tak selidik habis-habis. Nak label orang, tapi maksud label tu pun tak tau apa bende. Tak patut la macam tu. Pasal hukum, kena belajar dengan orang faqeh, tak mampu, dengan kitab. Yang mana asalnya tetap rujukan utama Al-Quran dan As-Sunnah. Kat sini kita nampak pentingnya ilmu. Ilmu tak datang kalau tak dicari.
0 kata penuh gaya:
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =)) Catat Ulasan