Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

09 Mac 2011

Home » » Contest:Nukilan Seorang Teman

Contest:Nukilan Seorang Teman

Sila rujuk entri terbaru di sini untuk penyertaan.TQ~

Berdasarkan sticky entry yang sebelum ini, pastinya anda sudah mengetahui serba sedikit perjalanan contest ini. Walaubagaimanapun saya akan nyatakan semula di sini kerana terdapat beberapa perubahan.

Tujuan
Contest ini bertujuan agar kita dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat yang mampu memberi sedikit panduan dan pengajaran kepada teman-teman yang lain. Sambil menulis, Sambil berdakwah. Moga pahala ilmu yang anda sampaikan dalam bentuk cerpen, kisah pengalaman anda dan sebagainya ini bakal mengalir sepanjang zaman. Jasa baik anda untuk copy banner contest agar dapat disebarkan kepada sahabat-sahabat di luar sana. Syukran. [Banner bakal menyusul kemudian]
*Jangan anda rasa rendah diri untuk menghasilkan karya. Sekurang-kurangnya kita sama-sama berkongsi pengalaman dan menjadi panduan hidup.

Syarat-syarat penyertaan:
1.Terbuka kepada semua kakitangan masyarakat sejagat yang berminat sama ada mempunyai blog atau pun tidak, sama ada mempunyai email ataupun tidak. Surat-menyurat juga diterima.(Jika ada permintaan)
2.Tajuk bebas.
3.Nukilan atau penulisan anda bebas sama ada dalam bentuk cerpen mahupun kisah hidup anda. Fakta juga diterima. Selitan unsur jenaka juga sedikit sebanyak membantu bagi menarik minat pembaca.
4.Digalakkan agar tidak menggunakan ejaan yang salah seperti bila menjadi bile. Menggunakan Bahasa Malaysia tetapi dibenarkan juga dengan diselitkan Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, dan dialek. (Bagi tema Bahasa Arab dikecualikan)
5.Sebelum memulakan penulisan anda, hendaklah nyatakan bahawa anda menyertai pertandingan ini dan link kan ke entri ini.(Bagi peserta yang mempunyai blog)
6.Pemilihan berdasarkan makna dan penghayatan, kreativiti, dan gaya penceritaan anda.
7.Tidak dibenarkan meletakkan gambar melainkan banner contest.Adil untuk semua. [Banner bakal menyusul kemudian]
8.Setelah siap, 
-peserta yang mempunyai blog:
sila klik pada butang 'Sebarang pertanyaan untuk cahaya, sila klik di sini!' dan isikan:
Your Name: nama penuh anda
Your Email Address: alamat email anda
Website: url blog anda yang mahu disenaraikan di dalam blog list cahayamylife
Subject: Contest
Message: Isikan url entri anda dan tema pilihan. 
-peserta yang tidak mempunyai blog:
emailkan hasil penulisan anda itu ke happystar_1404@yahoo.com. Nyatakan nama penuh, nama pena, dan tema pilihan. Anda bebas sama ada menaip terus pada ruangan mesej itu atau attach file.
9.Hasil penulisan anda juga menjadi hak milik kami. Kami akan copy dan letakkan di ruangan blog untuk memudahkan para hakim membuat penilaian. Kami akan publishkan karya anda pada masa yang sama.
10.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 14 April 2011.
*Terma dan syarat mampu berubah bila-bila masa sahaja tanpa notis.
**Tarikh tutup penyertaan juga bakal berubah mengikut sambutan.

Tema:
-Al-Quran
-Bahasa Arab
-Kemiskinan/Kesusahan
-Kisah Saudara Baru/Muallaf
-Generasi Masa Hadapan
-Tokoh-tokoh atau pahlawan Islam
-Perkahwinan Islam
-Blog Medan Dakwah
-Sistem Pemerintahan Islam
-Perubatan/Kesihatan
-Masjid
-Sains dan Islam
-Pengalaman Melahirkan Zuriat
-Ujian dan Dugaan

Cara Pemarkahan
1.Mengikut tema-5markah
2.Bahasa - 20markah.
3.Bonus (sekiranya penyampaian anda menarik) - 5markah
Pemarkahan ini akan dibuat oleh panel-panel hakim jemputan.
Setiap jumlah markah yang mereka beri, saya akan campurkan dan kita akan tahu siapa yang berjaya.
Komen dari mereka juga InsyaAllah kita akan dapat.

Hadiah & Pemenang
Pahala yang berpanjangan buat kalian dalam perkongsian ilmu. InsyaAllah.hee~
Owh..itu hadiah yang tidak nyata ye. Jangan risau. Ada hadiah yang nyata menanti anda.
Memandangkan ada pihak yang bermurah hati untuk menaja hadiah buat pemenang, insyaAllah pemenang yang mempunyai penulisan menarik ini bakal memperolehinya.
Moga Allah merahmati mereka dan pahala mereka juga turut berterusan.

Walaubagaimanapun, jika ada lagi sponsor, maka pemenang juga bertambah. Mungkin ada yang pertama, kedua, dan ketiga. Kepada yang berminat untuk sponsor sesuatu yang mampu menaikkan semangat mereka, dialu-alukan. Untuk maklumat lanjut mengenai tajaan hadiah, sila ke entry terbaru ini.

Anda digalakkan mengikuti perkembangan contest ini apabila hampir dengan tarikh tutup kerana berkemungkinan kami juga akan mengambil kira melalui undian pembaca.

Sebarang pertanyaan, sila klik button pertanyaan di atas. Terima kasih.

6 kata penuh gaya:

Cahayamylife 12 Mac 2011 pada 10:10 PTG  

@m!sZ zAL!nA
Eh2.belum lagi.
14hb baru mula.
Panjang entri tidak kisah kerana berdasarkan pengalaman.

Zalina Hassan Zamri 14 Mac 2011 pada 9:02 PG  

hantar awal xpe kan??? huhu.. teradvance la plak :)

Unknown 18 Mac 2011 pada 8:49 PG  

salam alaik..
nak klik kat mana ek tuk isi butir-butir yg diperlukan 2? xjmp pun..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP