Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~
Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan

02 Oktober 2011

Update Terpantas!

Siapa nampak?
Siapa nampak?
Nampak apa?
Ala, kat sidebar tu la. aku dah tambah icon untuk current page rank.
Actually aku punye laptop ni pakai je plug in Seo checker.
Tapi saje letak kat sidebar tu untuk visitor yang takde.
Masa check tadi hakikatnya aku terkejut gila sebab page rank aku dah dua kembali.
Seperti sebelum aku pakai domain sendiri.
Aku tak tau la memang dia akan follow ke camne.
Tapi pas dah guna .com ni aku punye page rank 0 tau.
tiada nombor satu di hadapan.
Sekarang dah 2/10. Tu yang sedikit kekacauan minda tu.
Kalau betul PR ni tak follow dengan address blog dulu, memang aku tabik spring dengan korang.
Sebab blog ni naik disebabkan korang datang.
Kalau aku datang hari-hari pun takdenye jadi lagu ni.
Ye dak?
Terima kasih kepada silent readers aku.
Sekarang korang selesa jadi silent lagi kan?
Aku tak kisah asal korang dapat baca apa yang aku tulis.
Eh, eh!
Kata silent readers, camne leh tahu ni?
jeng! jeng! jeng!
Terkantoi la maka nya sudah.
Tambah-tambah pulak time raya hari tu aku berkunjung ke rumah sahabat yang jauh di mata dekat di hati ni.
Almaklumlah, duduk jauh nun di Alexandria sana.
Dah jumpa ni bukak kedai kopi la kan.
Opps!
jangan fikir bukan-bukan.
So, member aku yang sengaja dan tidak ni mengeluarkan statement, 'ko ada blog kan?'
'eh, ko belum kahwin kan?'
fuh!
soalan cepu emas ni.
Akhirnya kantoi beliau follow semua blog aku.
Apakah?
Malu seyh.
By the way, syukran semua!
read more "Update Terpantas!"

30 September 2011

Nak Join Bloglist Salam Ukhuwah


Okey, okey.
Jangan terkejut.
Setelah sekian lamanya saya mengikuti jua aktiviti yang blogger lain anjurkan.
Dah lama tak join bloglist orang lain.
So, nak jugak blog cahayamylife yang berdomain sendiri ni bertepek kat blog orang lain.
Kan? Kan? Kan?
hee~
Buat Atika, thanks so much!
Nak tag pengantin baru Krolezone.com dan sahabat saya mymijie.blogspot.com
read more "Nak Join Bloglist Salam Ukhuwah"

25 April 2011

Segmen Blog Saya



Kenapa blog saya? Sebab saya kena cerita tentang blog saya sendiri.huhu. Ok2. Segmen yang ditaja khas oleh pihak kementerian teknologi dan inovasi ini telah bermula tadi. Jam berapa tak pasti. Tapi tamatnya esok petang.huhu. Okey2. Segmen ini sebenarnya anjuran dari Krole. Tuan empunya blog krolezone.com. Beliau mahu masing-masing promote blog sendiri. Tapi kalau tak suruh pun, masing-masing suka promote blog sendiri kan. Buktinya pergi ke blog orang, mesti PING blog. Betul tak? Okey, terus kepada segmen ini.

Prolog
Halaman blog yang berwarna merah, peach, pink, maroon, dan lain-lain lagi yang aku tak dapat cam kalernye ni, buat aku terfikir-fikir. Adakah para pengunjung blog aku ni boleh terima appearance blog aku ni. Kotla kata kena pakaikan kot ke, gaun ke, blazer ke. Aku boleh je nak buat. Cuma takut korang terkejut la pulak nanti kang.haha. Aku rasa readers blog aku akhir-akhir ni agak boring dengan entri-entri di blog aku. Asyik-asyik pasal pengantin, pameran.haha. Jangan ngengade eh. Blog aku ni macam-macam ada. Kalau tak mahu baca pasal pengantin, tazkirah banyak. Sebab ni lebih kepada tazkirah. Yang seronok baca pasal pengantin ni bakal pengantin je. Ye dak?

Ada apa pada nama?
Blog ini telah dinamakan dengan بسم الله الرحمن الرحيم. Kepada yang tak tahu baca, bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Pernah tak dengar kisah seorang guru setiap kali memulakan sesi pembelajaran, beliau akan menulis lafaz bismillah itu di papan putih. Kelas beliau ketika itu mempunyai seorang pelajar cina. Kebiasaannya itu telah membuatkan akhirnya pelajar itu memeluk agama Islam. Kenapa kita kena mulakan setiap perbuatan dengan lafaz bismillah? Banyak kelebihannya. Antaranya menghindarkan rasa benci, menundukkan orang zalim, menghindarkan diri dari perkara-perkara yang tidak diingini dan banyak lagi. Sila gunakan perkhidmatan talian hayat yang disediakan iaitu Encik Google. So, aku harap sangat setiap yang membaca blog ini akan menerima dengan hati terbuka dan rasional. Bijak memilih yang mana baik dan buruk. Kerana aku juga insan biasa. Tak lepas dari kesalahan. Walaubagaimanapun, mana yang salah, masih boleh diperbetulkan. InsyaAllah. Yang paling penting korang tak benci tuan blog yang baik hati dan cumil ini.hee~

Sejak bila berblog?
Sejak Mei 2009. Agak lama. Dan alexa rank blog ini kini baru capai 784 376. Manakala traffic rank in Malaysia 6 900. Walaubagaimanapun alhamdulillah page rank sudah mencapai 1. Agak susah sebenarnya untuk tingkatkan page rank jika jarang update.  So, nak tingkatkan PR, kene mahir dalam SEO. Aku pun masih belajar. Rasanya sebab blog aku ni terlebih banyak pasal pengantin dan pameran kot. Sebab kalau taip pasal Pameran Pengantin 2011, blog aku adalah yang paling teratas. Agak tak sangka jugak. Tapi buat biasa sudeh~

Tujuan berblog
Sebenarnya cuba untuk mengetengahkan tazkirah. Memang aku akan utamakan tazkirah. Dan aku cuma selitkan sedikit tentang pameran dan pengantin serta info-info berguna. Sambil-sambil membantu insan yang mahu membina masjid. Tak sangka sudah ada yang nobatkan blog ini sebagai blog universal. Walaupun kadang-kadang ada entri santai, sebolehnya aku cuba menampakkan tersiratnya dari segi ukhrawi. Selit-selit sedikit pendapat dan pengisian yang bermanfaat.Sebab dunia dan akhirat tidak boleh dipisah. Walaubagaimanapun terima kasih kepada semua kakitangan masyarakat yang terlibat sama ada yang masih hidup mahupun sudah meninggal dunia. [Erm..ada ke?].

Penutup
Blog yang serba tak canggih tetapi comel dan cute ini haraplah sangat dapat memenangi hati encik Krole.wahaha. Saje-saje mahu Krole promote blog ni. Walaupun dah selalu jugak Krole sebut-sebut. Saya(blog ni) kan buah hati anda(krolezone).haha.Jangan salah anggap sudah.

p/s:Sesiapa nak join, sila klik banner segmen.Terima kasih.
read more "Segmen Blog Saya"

Jom Terjemah Blog Anda


Korang pernah terfikir nak translate blog korang? haha.
Aku tak terfikir tapi tadi saje-saje la kan search 'Pameran Pengantin 2011' macam yang korang tengok dalam kotak search kat atas tu. Keluar-keluar, blog aku yang teratas. Kalah blog Pameran Pengantin Malaysia. haha. Aku tak kisahla tangga mana pun. Yang tu tentang SEO. Tapi yang aku nak cerita sekarang ni, aku berminat pulak tengok [Translate this page], aku pun klik la. Memang keluar blog aku. Tapi bahasa sudah tukar maa. Yang lawaknya, even ada ayat english yang betul pun, jadi tunggang terbalik.wahaha. Lawak-lawak. Dari faham jadi tak faham. 

p/s:Nak kutuk aku la tu. haha.
read more "Jom Terjemah Blog Anda"

18 April 2011

Saya Nak Jadi Bloglist Simanis-Cadburylady


Tadi jalan-jalan ke blog Jai dan baca entri baru beliau. Terkejut juga Jai join.haha. So, saya pun nak tumpang sekaki. Harap2 sempatla ye cik AidaNatasya.
Saya nak tag semua orang. Korang kena cepat sebab terhad tau. 20 wanita dan 10 lelaki sahaja. Yang paling best dapat hadiah tau. Fragrance!! My fav! Mujur takde Verawang Princess punya.wahaha. Apa-apa pun i like!
Tarikh tutup 30 Jun 2011.
Nak join, klik je banner di atas tu okey.
read more "Saya Nak Jadi Bloglist Simanis-Cadburylady"

Mahu Iklankan Blog Secara Percuma? Mari Sertai


Anda mahu? Siapa yang tidak mahu. Percuma gitu. Ala, bagi la pada sesiapa pun. Asal nama percuma je, semua orang sebat. Sampai semua tergadai. Eh2, terkeluar topik pulak.hee~ Kali ni Encik Peja @ Faizal Syukri menyediakan segmen bagi mempromosikan blog-blog blogger yang lain. Especially la yang baru nak naik kan. Macam saya. [Perasan kejap!]

Beliau sediakan empat kategori blog:
1. Kategori Peribadi: Blog kengkawan mempunyai artikel yang 100% berkenaan diri anda.
2. Kategori Perniagaan: Blog anda fokus kepada hal perniagaan walaupun ade juga artikel2 lain.
3. Kategori Ilmu dan Info: Blog anda mempunyai pelbagai ilmu bermanfaat seperti tips, teknik, pendidikan, agama, resepi dan lain2.
4. Kategori Rojak: Blog anda sememangnya bercampur-campur pelbagai perisa. Ala, cam blog Peja ni la... Macam-macam ada.
Psst: Blog berunsur porno, politik, perkauman akan ditolak mentah2...
So, jika berminat, sila ke link berikut Pengumuman Kepada Pemilik Blog 
read more "Mahu Iklankan Blog Secara Percuma? Mari Sertai"

17 April 2011

Bloglist Satu Bulan Bersama Dunia Lelaki Maskulin


Lama betul aku tak join bloglist di blog orang lain.huhu. Jadi, kali ini aku mahu blog ini sertai senarai blog di blog Dunia Lelaki Maskulin. Den terkojut jugak di invite nih. But, okey la. Best gak blog ni. Rasanya bukanlah semua lelaki je yang boleh baca kan. Semua orang boleh sebab aku pun akan hidup dengan lelaki juga. Kan? Kan? Kan? hee~ Gatai no. Takde apa yang boleh ditolak. Banyak info berguna dalam tu. Betul juga kata owner blog tu, Encik Bakri yang info pasal lelaki ni kurang sikit kalau nak cari tu. Tak payah nak jumpa pun, kene cari bebetul.Ye dak?
Tang tag ni, confirm la den tag yang rajin layan den sembang:
Lagi sorang ni den tak tau. Naim sibuk exam. hurm..sapo eh?
Hah, kawan aku yang tercampak kat UiTM Shah Alam,

Orite! Mintak2 sempat la ye. Thanks bro!
read more "Bloglist Satu Bulan Bersama Dunia Lelaki Maskulin"

13 April 2011

Dapat Tiket Wayang Free.Ada Sesiapa Nak?

Sayang Nuff!

Wah..mimpi apa ni tetiba je sayang nuffnang.haha. Dulu gaduh dengan nuffnang, sekarang sayang-sayang pulak. Apa cer nih? Ni bukan tipu-tipu eh. Ni betul-betul punya. Cek email pagi tadi, bulat terus mata aku. Nak tahu kenapa? Tengok print screen ni.


Nampak tak? Wah..saya suka.  Tahu tak kenapa 6th May? Sebab 6th May adalah hari ke 23 selepas hari ulangtahun kelahiran saya. :) So, esok besday saya. wahh..sukanya dapat hadiah awal. Eh2, saya tak pergi cinema, tapi saya nak jugak. Sebab saya nak bagi orang. Yang penting nuff tahu saya alert.hee~ Owh, ya. Lepas dapat email tu, saya terus hantar email kepada encik nuff sama ada dibolehkan atau tidak untuk saya wakilkan sape2 pergi amik tiket tu di KL. And then dorang respond, boleh. Oyeah! Suka2!

p/s: Birthday anda bila? Semua akan dapat tiket free ni every birthday korang. So, don't worry!
Tapi dorang kata TGV yang berbesar hati. Erm..speechless aku dibuatnya. Macam mana? Tapi kalau dosa pun aku yang tanggung, aku simpan je la tiket tu.huhu. Takpe kan? :D

Jangan lupa sertai Contest:Nukilan Seorang Teman ye kawan-kawan. Semua akan dapat hadiah.
read more "Dapat Tiket Wayang Free.Ada Sesiapa Nak?"

Blog Aku Pandai Buka Aib Orang-Maaf Kepada Yang Berkenaan

Ish, apa kes ni? Aku pun pening kepala memikiornya. Tapi betul-betul blog aku ni bukak aib orang. Hampir dua minggu aku terlantar, macam-macam pulak jadi. Maaf atas ketidakberadaan saya dalam dunia blogging ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Sesungguhnya saya memang tak dapat nak elak. Tunggu masa nak check in hospital je :(( Apa-apa pun semua yang berlaku ada hikmahnya. Moga kebenaran terserlah jua. Tidak di sini pun, di sana ya kawan-kawan. Mengenai tajuk posting kali ini, memang agak memelikkan. Siap ada yang komen, 'aik?ada jugak post cmni?' Nak buek macam mano? Den tak control dah laie. Tak tahula kalau tersalah tokan. Aku pun tak tau la apa puncanya. Nak kata facebook, teman den kato takde kene mengena pun fb ngan blog ni. Aku pun nak kato apo laie. Aku fikir fb pasal aku dah lamo deactivate fb. Tapi kelmarin aku activekan semula pasal nak spread youthsays, tetibo lak blog den kua entri baru. Kalau satu takpo la laie. Ni dah macam email dah den nengoknye ha. Semuo update fb keluar situ. Yang den peliknya den tak kenal pulak sapo-sapo dalam tu.

Ni den amik kat update dashboard. Norhayati Rostam tu den yo -harap maklum-
Tu den kato, blog den ni bukak aib orang. Adoih..den mintak maapla sapo-sapo punyo update fb yang keluar kat sini. Kalau fb den takpo la laie. Ni bukan fb den. Den ikut kata teman den, buang LIKE BUTTON. So, tunggu je la hasilnya esok. Kalau la ado otai-otai yang membaco entri ni, tolong-tolong la den ni ha. Tak pasal-pasal den dapat dosa kering je kang. Kawen tak laie ni. Rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari dah ni.

p/s:Maap ye. Teman terguna macam-macam kata nama pulak.
read more "Blog Aku Pandai Buka Aib Orang-Maaf Kepada Yang Berkenaan"

22 Mac 2011

Bagus Juga Pandai Hack Ni

source:Nokia Mobile
Korang pandai hack tak? Aku pernah la kan belajar sikit-sikit tu tapi bila fikir balik, aku ni tak berapa bijak nak control diri. Kang tak pasal-pasal datok tak bertongkat tu punya email pun aku boleh selongkar.haha. Hack ni sebenarnya tak bagus sebab dah nama pun penyalahgunaan kan. Masa aku ambil ICT, memang aku tak fokus pada teori, aku prefer praktikal. Minat aku memang sangat mendalam terhadap ICT sejak sekolah. Tapi disebabkan halangan-halangan dari cikgu-cikgu, aku decide untuk stay di sekolah lama. Padahal mak aku memang galakkan aku amik Sains Komputer. Memang tu je minat aku. Sebab tu bila sekarang ni orang tanya, nak jadi cikgu ke? Aku sigh, huh.. Yelah, minat takde. Tapi aku tetap nak teruskan perjuangan untuk belajar bahasa Al-quran sebab aku nak faham betul-betul al-quran tu. Bukan sebab aku nak kerja menggunakan degree bahasa arab. Tidak. Maybe sebab tu aku lambat pick up kot.Tapi tak tau la kalau rezeki aku macam tu kan.huhu.
Aish..tertukar topik plak. Cerita pasal hack ni, aku mulanya memang takut gila la kan. Lebih-lebih lagi sekarang ni ramai pakai teknik phishing. Tapi setakat ni alhamdulillah tak terkena lagi pasal time mula-mula kes camtu berlaku, membe aku terus inform kat aku. Pasal aku ni rajin bebenor on9 shopping.haha. Kantoi sudah. 
Cerita pasal bagusnya hack ni, mudah nak bocorkan rahsia orang. Bukan rahsia tettt! Heyp!Babab kang.
No okey. But about fitnah. You tahu kan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh. Macam mana boleh terkait eh. Contoh: Amat dituduh pecah amanah sehingga tersebar ke seluruh negara melalui pelbagai media hiburan. Mangsa ni hanya mengesyaki yang menuduh ni orang kanan bos, Basri. So, beliau pun mintak tolong sahabatnya Zamri untuk hack email Basri. So, pi la hack email si Basri ni. Dok belek2 email Basri ni, terjumpa la email yang berlangsung antara Basri dan Nazmi, wartawan media. Dok baca-baca, adoih. Kantoi sudaa. Memang sah! Si Basri ni punya kerja. Rupanya depa ni komplot nak jatuhkan Amat yang sememangnya terkenal tu kan. So, apa tunggu lagi. Kasi lapor polis sana la. Ikut hukum hudud, memang nahas kau. Tapi agak-agak, boleh ke mereka ni pusing-pusing kata itu bukan mereka.
But at least, sudah melegakan hati beberapa pihak. Takdela semuanya tak percaya dengan si Amat tu kan.
About hukum, kalau situasi begini, aku tak pasti. Biasanya aku akan ikut kitab tapi kali ni aku tak tau la beb. Tapi bagi aku, ok la kan because kita nak tolong sesama muslim. Jangan dipandang pangkat, tapi kita lihat asalnya kita.

Apa la aku merepek pagi-pagi buta ni. Dah tekad takmo masuk campur hal politik dalam blog ni. Adeh~
read more "Bagus Juga Pandai Hack Ni"

20 Mac 2011

Pembedahan Plastik Aku Berjaya!


Apa khabar semua? [Erm..even tak minat orang tanya khabar kat aku ni] But, tak semua macam aku. Hurm..plastic surgery atau pembedahan plastik ni ramai yang tau kan. Kesannya pun hebat kan? Dari tak cantik kepada cantik. Dari hidung penyek sebelah, jadi kembang dua-dua belah, dari sumbing kepada normal. Eh, sumbing tak normal ke. Maksud aku, tak cantik ke? Member aku tu cun je even bibir dia masa baby tertarik wayar. Memangla berbekas tapi cun giler. Bibir bak delima gitu. Aku lak? Apa kurangnya sampai nak kena buat plastic surgery ni? Hurm..kalau korang nak tau, aku sebenarnya memang sengaja gatal-gatal nak buat. Apa-apa pun, aku nak kongsi persoalan yang ditimbulkan dalam nota perubatan melalui perspektif Islam keluaran papisma.

a . Euthanasia (mercy killing) - pembunuhan belas kasihan. Contoh :pesakit  yang tiada harapan untuk hidup lagi (koma). Sebab dilakukan:
i. Permintaan pesakit
ii. Permintaan oleh keluarga
iii. Permintaan oleh penguasa hospital / kerajaan.
b. Sejarah permulaannya pembedahan plastik dan adakah pembedahan plastik ini pernah berlaku di zaman terdahulu?
c . Konsep pembedahan plastik menurut perspektif Islam dan apakah pula dalil-dalil al-Quran atau al-Hadith yang menyokong?
d. Jika Islam membenarkan proses pembedahan plastik, bagaimanakah pula kedudukan atau situasi yang dibenarkan oleh syara’ bagi mangsa itu melakukan pembedahan plastik?
e . Jika Islam tidak mengharuskan pembedahan plastik ini, adakah kaedah-kaedah dalam “Qawaid al-Fiqhiah” dijadikan panduan untuk menetapkan hukum pembedahan plastik tersebut?
f. Apakah pula pandangan Islam tentang isu ini serta bagaimana pula fatwa-fatwa ulama’ atau mufti mengenai isu ini?25
g. Apakah pula pandangan Islam terhadap pembedahan plastik untuk tujuan kosmetik dengan memperolehi kepuasan dalam aspek kecantikan?
h. Adakah proses pembedahan plastik ini telah mengubah ciptaan Allah? Apakah pula dalil-dalil yang menyokong?
i. Implikasi yang akan timbul selepas pembedahan plastik dijalankan dari sudut fizikal dan psikologi pesakit?
j. Apakah kesan atau implikasi yang akan timbul jika perkara ini berterusan dari sudut etika dan sosial masyarakat?
k. Apakah pemindahan organ yang dilakukan terhadap seseorang yang telah meninggal dunia itu menyeksa mayat si mati?
l. Bukankah anggota badan manusia itu adalah hak Allah yang tidak boleh dipindah-pindahkan?
m . Adakah masalah pemindahan organ telah mencapai tahap darurat khususnya di Malaysia?
n. Bolehkah organ orang Islam boleh diberikan kepada orang bukan Islam?
o. Contoh : ginjal / buah pinggang - Apakah seseorang itu boleh hidup dengan satu buah pinggang?
p. Adakah seseorang penderma organ perlu mendapatkan persetujuan waris terlebih dahulu?
q. Sejauh mana pemindahan organ itu dianggap berjaya dan apakah terdapat kesan sampingan jangka pendek/panjang hasil pemindahan organ?

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah membuat keputusan bahawa:
1. Adalah Haram melakukan pembunuhan belas kasihan (mercy killing). Walaupun dilakukan terhadap pesakit yang tiada harapan untuk hidup lagi (koma) dengan:
(i) Permintaan pesakit
(ii) Permintaan oleh keluarga
(iii) Permintaan oleh Penguasa hospital / kerajaan.
2. Adalah Haram melakukan pembedahan plastik sekiranya bertujuan untuk mengubah keadaan diri yang normal tanpa ada apa-apa sebab-musabab yang baik. Namun adalah Harus melakukan pembedahan plastik ini sekiranya terdapat sesuatu hajat yang penting seperti memperelokkan sesuatu anggota yang sumbing, cacat dan sebagainya.
3. Adalah  Haram melakukan pembedahan plastik sekiranya bukan bertujuan untuk suami atau menjaga keharmonian rumahtangga.
Namun adalah harus melakukan pembedahan plastik untuk bertujuan kosmetik dengan memperolehi kepuasan dalam aspek kecantikan sekiranya dilakukan untuk suami atau keharmonian rumahtangga.
4. Adalah Harus melakukan pemindahan organ dari seseorang yang telah meninggal dunia kerana ia dapat memberi manfaat.
5. Adalah Harus mendermakan organ orang Islam kepada orang yang bukan Islam dan sebaliknya. Sebagai contoh derma darah atau buah pinggang/ginjal daripada orang Islam kepada orang yang bukan Islam dan sebaliknya.

Tetapi pembedahan yang aku lakukan ni BAIK sebab:
1.Still tak jatuh haram kerana aku bedah blog aku, bukan jasad aku. Korang nampak kan perbezaan dulu dan kini.
Wajah Dulu

Wajah Kini
2.Tak membazir duit. Pasal free je aku punye template. Cuma agak rugi masa pasal nak kena edit semua semula inc. kombinasi warna. Banyak kali try and error tahu.

3.Aku bukan tak bersyukur dengan wajah yang lama, cuma ada kelemahan-kelemahan yang tak dapat aku terima kerana ramai dah blogger otai tolong, tapi tak berjaya kerana template dahulu sangatlah pelik. haha.

4.Lepas ni, aku takde la dilabel pinky. haha. Aku tak minat pink pun okey.

Cuma, masih ada kekurangan iaitu, aku masih tak dapat scan di mana url blog yang telah menyebabkan blog aku ni ditakuti ada malware, even takde sebenarnya.
Aku bukak google pasal blog yang menyebabkan blog aku ter'detect' malware.  Ini ha yang kelauar.

So, apa yang aku boleh buat lagi? Ada solution tak? Aku dah punggah habis dah nak cari url blog budak tu. Tapi tak jumpa pun dalam blog aku ni. Hesh..pening2.

p/s: Aku tak berape tahu la wajah baru blog ni ok ke tak? Agak-agak ok tak? Bab kombinasi ni, aku lemah sikit. Pasal masa kursus wedding planner dulu, aku lari kejap.haha.
p/s2: Contest masih berjalan. Moh le kita join ye. Ke SINI je.
read more "Pembedahan Plastik Aku Berjaya!"

15 Mac 2011

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN


Sebenarnya dah berpuluh kali aku nak join segmen-segmen yang Abang Ben buat nih tapi asyik tak dan je. Almaklumlah, semua segmen terhangat. So, kene express macam bas Transnasional tu. Aku tak berapa nak express la time tu aku tengah belajar lagi. Sekarang sudah ada waktu percuma [free le tu], ambil kesempatan. Lagipun senang jek. Cuma terkantoi sudah la identiti aku.haha. Selalunya aku ngaku aku orang Selangor. Kali ni tidak lagi. lalala~ [Confirm satgi kena bedal]

Latar belakang
Aku lahir kat atas papan, dikelilingi kain. Aku rasa time tu kat rumah tu takde peti ais lagi. So, confirm aku tak lahir depan peti ais. Dalam rumah kedai depan Perhentian Keretapi Kampung Sungai Serian, Gua Musang, Kelantan. So, aku tak pernah kisah pun tido kalau bunyi-bunyi siren ketapi ni. Pasal belum lahir lagi aku dah selalu dengar. Cuma member2 yang aku bawak balik je la dorang takleh tido. Almaklumlah, ekspres banyak sangat. Kejap2 ada. Ada berani nak pi? Jom.

Profesion
Baru habis belajar bahasa arab yang mudah yang sampai sekarang masih tak faham-faham benda yang mudah tu dan bakal menyambung pengajian ke peringkat ijazah pula bulan 9 ni. InsyaAllah kalau benda mudah tu aku leh aplikasikan dengan baik dalam exam yang lalu. Esh, camne la nak faham Al-Quran kalau cenggini.

Blog favourite
Favourite eh? Blog Nota Siku, Haruman Mawar, Eqbalzack, Decrewz dan Ar-rifke.
Fuh, banyaknya.
Err..skang ni dah kurang gi mana-mana blog pasal sibuk kerja pulak. huhu. Sebab tu dah dipesan, Ingat Lima Perkara Sebelum Lima Perkara. Tapi sekarang still pergi blog mereka plus Mymijie, Krolezone, Sekamar Rindu dan beberapa lagi blog yang bermanfaat.

Blog yang tak suka masuk
Erm..mana-mana blog la yang tak suka kat aku. haha. Ada ke blog tak suka orang.haha.
Normally orang tak suka blog yang loading lama. Aku pun sama la pasal aku pun orang yang masih normal. :D
Tak minat blog yang penuh dengan widget.
Pusing-pusing kepalo den ni ha. Tok pehe hok mano so entri iyo.
haha.

Impian terhadap blog
Semestinya meningkatkan lagi SEO.
Aku telah mengabaikan SEO sepanjang menceburi bidang lakonan blogging ini.
PR pun baru 1. Naik 2 pun dah cantik dah. Cuma aku rasa PR tu naik 1 pasal search engine jumpa pasal karnival and pameran pengantin kat blog aku ni tinggi sangat.
Alexa lak baru 998,980. Jauh tu nak capai 1k. Aiyyoo..!
read more "BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN"

26 Februari 2011

Saya Diterjah Cikgu Aried!

Sebenarnya sudah basi pun perkara ini tetapi inilah masa yang terluang untuk saya membuat entri mengenai terjahan beliau. Buat pertama kalinya blog ini diterjah. Bukanlah saya menyertai apa-apa contest untuk menjadi antara yang direview. Tidak sama sekali kerana saya TAKUT untuk direview. :D Orang kata boleh upgrade or majukan lagi blog kan. Tapi saya masih belum bersedia untuk direview sesiapa. Walaubagaimanapun, rezeki saya direview pertama kalinya oleh pakar SEO kita, Cikgu Aried. hee~ Bukan senang dapat direview ni sebenarnye lebih-lebih lagi dengan blogger otai seperti Aried ini. Pemilik blog Ar-Rifke yang sentiasa menjadi sumber maklumat dan pucuk pertanyaan ini akan mereview tiga orang terpilih sahaja setiap bulan iaitu tiga orang yang rajin mengomen artikel beliau. Ingat ye, BUKAN SPAM! Beliau cukup pantang bila ada orang SPAM. Kenapa saya berkata demikian? Kerana kerap kali juga beliau sebut tentang SPAM. Yang paling penting, kita sendiri tidak sedar bahawa kita adalah SPAMMER! So, as a conclusion make sure kita komen di tempat yang betul ok? And if that owner not friendly as your friend, maybe anda tidak boleh bersembang di kotak komen. haha. But Cikgu Aried ok je. Boleh lagi nak sembang asal tidak terlalu terkeluar tajuk. Maybe la. Lagipun, siapa yang suka diSPAM ye dak?


[Mengenai review]
Sudah saya bilang bahawa insan yang mereview blog ini adalah pakar SEO, pastinya tumpuan lebih kepada SEO dan saya telah ditangkap. Tangkap what? Of course la beliau dapat mengesan bahawa blog ini tidak mementingkan SEO. Kenapa? Ya, sebagaimana yang cikgu katakan bahawa saya lebih tertumpu kepada penulisan dan artikel. Tambahan lagi, saya tidak tahu apa itu SEO. Anda mahu tahu mengenainya? Sila terjah blog beliau.

Mengenai Alexa Rank
Ranking blog ini semasa direview oleh cikgu Aried lebih kurang awal Februari adalah 1, 271, 912. Dan kini mencapai 1, 187,777. Pastinya ramai yang tertanya-tanya bagaimana kami boleh dapatkan bacaan rank secara tepat walaupun ianya melebihi 1juta. Mudah sahaja. Pastikan anda mempunyai Alexa toolbar. Di mana? Saya pun lupa sebab bulan lepas download. :D Untuk tahu lebih lanjut mengenainya, sila ke blog cikgu math ini.

Pagerank
Pagerank  blog ini adalah 1/10. Pada mulanya saya agak kurang faham apabila beliau mengucapkan tahniah. Almaklumla. SATU. Bukan kita nampak. Rupanya untuk mendapatkan 1/10 itu juga agak payah. Walaubagaimanapun cikgu sudah memberitahu tentang cara untuk mendapatka PR tanpa membeli backlinks. Apa lagi? Terjah ke blog beliau.

So, kesimpulannya, pelbagai maklumat mengenai SEO yang mampu anda peroleh dengan melawat blog milik anak kelahiran bumi Darul Naim ini. Buat wanita di luar sana, beliau masih single tapi tak tahu available lagi atau tidak.hahaha.
read more "Saya Diterjah Cikgu Aried!"

05 Januari 2011

Aku Menjerit Bagai Hilang Kewarasan

macam ni ke aku screaming?
Ish, anda percaya atau tidak bahawa saya sudah pandai menjerit, anda harus percaya kerana saya sememangnya sudah pandai menjerit semalam. Geram dengan pak cik line! Setelah beberapa kali aku try connect and disconnect. Beliau tetap tidak berminat dengan laptop aku. Device aku problem katanya. Eleh2, padahal memang takleh connect pun kan. Then aku try remove semua, uninstall broadband ini dan setelah siap print dan photocopy kerja aku, baru aku install balik. Pelik betul! Jadi lembab laptop aku. Ada kaitan dengan line ke? Ni mesti virus punya pasal. Cis, berapa kali dah aku format tahun lepas. Inilah padahnya bila pakai OS yang tak genuine. Kan susah sendiri. Nasib baik memang selama ni aku format sendiri. Aku rasa pasal die jeles aku nak main komen2 kot. :D Haha.mengarut! Sebenarnya semalam telah berlakunya hujan lebat dan kilat sabung menyabung menyebabkan line ni berlari-lari menyelamatkan diri. Hari ni pun ada lagi. Dentuman tu mengingatkan Tuhan directly. Esok ada kelas malam dan ustaz pesan kalau berlaku lagi perkara yang sama, sila jangan ke kelas supaya tiada siapa yang dihempap pokok. Terima kasih.
So, kepada sesiapa yang meninggalkan jejak di shoutbox, sila maafkan daku kerana memang langsung tak dapat bukak. [Blog aku la] Slow motion sungguh.
read more "Aku Menjerit Bagai Hilang Kewarasan"

02 Januari 2011

Lambaian Terakhir Buat Korang

Hurm..nampak gayanya, dah tiba masa untuk aku stop sementara dalam dunia blogging disebabkan sudah tiba masa untuk aku memulakan study. [Macam hangat-hangat tahi ayam je] Boleh ke aku hidup tanpa blog? Eh, silap2. Boleh ke blog hidup tanpa aku? wahaha~ Disebabkan bulan Disember adalah bulan terakhir aku bercuti, telah menyebabkan aku ter'over' active dalam semua yang berkaitan dengan blog. Aku ibarat aktif setiap hari. Tahun 2009 entry aku yang bermula bulan Mei sehingga Disember hanya sebanyak 53 entri. Tetapi bermula Januari sehingga Disember 2010, entri aku mencecah 132 entri. Melihatkan entri bulan Disember adalah yang terlalu aktif, memang tak mustahil, setiap entri member-member yang lain aku akan memberi respon. Bukan niat untuk spam okey. Aku pun tak tahu apa itu spam. Tapi memang hakikatnyalah, aku suka jadikan kotak komen sebagai ruang sembang, bukan lagi kotak sembang aku yang menggunakan chatbox atau shoutmix. Sebab shoutmix dan chatbox bakal hilang, kotak komen tetap ada. Antara blog yang aku terlalu aktif ni, Mijie, Aried, Decrewz, Ijam, dan Baom. Mijie confirm tak kisah kot sebab member. Yang lain aku tak pasti la. Maybe dorang marah agaknya. wahaha. Ntah-ntah Mijie pun marah. [Hah, sudah!] Kenapa korang rasa aku selalu boleh reply komen korang? Sebab aku suka subscribe. Tapi yang aku tabik ni, blog Matah@w. Aku jarang tinggal komen and jejak pun susah nak buat, tapi backlinks dia sangat tinggi.Mengalahkan blog aku sendiri cahayamylife.tk. Tu yang aku pelik. Encik Haw ni pakai apa eh? Hah, kebanyakan mereka yang aku suka komen ni member-member baru. Baru nak kenal, ceritanya pun macam orang baru nak kenal la. Except Mijie. hee~Adeh! So, blogger-blogger sekalian, Majukan blog di persada dunia! 
p/s:Hah, ayat macam aku nak stop blogging eh? Erm..let me think first.
p/s2: Apa motif aku letak gambar tu eh? Takde kene mengena langsung!
read more "Lambaian Terakhir Buat Korang"

30 Disember 2010

Nak Masuk Bloglist Gempak Wan Hazel


TUTUP : 11.1.11



Hai Wan.hee~Ini bukan kes bodek okeyh! Hari ni terpanggil la pulak untuk join ini even dah dua hari dah benda ni dibukak.kan Wan kan. Ini pengaruh si Krole la ni.hee~ Dah lama juga kita tak sembang kan Wan? wahaha~ Dulu rajin nak blogwalking tanya khabar. Siap tanya tempat2 mana ntah. Almaklum, Wan ni bukan orang semenanjung.hee~
Nama glemer: Cahayamylife@Yati
Url blog: cahayamylife.blogspot.com
Ala, Wan boleh lak tanya kenapa nak masuk bloglist dia.
Siapa tak nak kan? Lagi2 selalu jenguk-jenguk blog Wan. Tipula tu jenguk saje. Turut ikut setiap arahan Wan tau. Sebab blog Wan ni penuh dengan tutorial. Kalau tengok header pun dah tahu yang beliau ni pakar dalam bab edit gambar. Sangat best okeyh. Macam-macam jugak yang dah follow dalam blog Wan yang melimpah ruah dengan ilmu-ilmu seperti di ladang gandum. Huh! Jadilah koko crunch! Wahaha~
Join klik sini.
read more "Nak Masuk Bloglist Gempak Wan Hazel"

29 Disember 2010

Blogwalking Software BLUR


Blogwalking Software New Version



Whopp! Ini bukan autoblogwalking okey. Blur dah banyak kali invite menggunakan bw software yang sebelum ni. Tapi tak berani nak cuba sebab dengar-dengar macam2 kelemahan kan. Tapi kali ni lain. Korang leh tengok banyak blog dalam masa yang sama. Saya dah tengok dah macam mana style nya. Memang betul2 boleh komen dan tinggal jejak tanpa susah payah korang nak bukak tab banyak-banyak yang sehingga mampu melambatkan lagi loading korang. Blur ada nyatakan kelebihan menggunakannya:

  1. Menjimatkan masa…
  2. Tidak melawat blog yang sama dalam masa yang terdekat…
  3. Meningkatkan traffik dengan lebih sistematik…
  4. Boleh membaca dan menkomen post mereka…
  5. Menjimatkan masa anda…
Itulah dia serba sedikit tentang bw software ini. Sila la klik banner di atas untuk join ye.
Tag Naim la.
read more "Blogwalking Software BLUR"

Saya Blogger Selangor

Alhamdulillah admin Blog Pilihan Malaysia telah melanjutkan penyertaan. Semalam punyala gelabah nak buat entri ni tapi terus cancel. Satu disebabkan dah terlebih masa, dua, broadband ku mengada-ngada. Time tu la line langsung takde. Saya rasa tetiba rumahku beralih ke hutan belantara. 'Memang sengaja tak bagi aku masuk kan.' Geram betul. Dan hari ni alhamdulillah, saya berjaya juga melaksanakan misi ini. Okeyh. Sengaja diri ini untuk menyertai Kategori Sahabat Blogger Mengikut Negeri selepas tewas untuk melangkah ke peringkat kedua dalam Kategori Blog Pilihan Malaysia 2010.
So, kepada yang berkenan atau berminat dengan saya, eh, dengan contest ini, sila klik link di atas ye. Sekian. :D
Alamak, ada kerja yang perlu dilaksanakan la. Ok2. Saya cahaya. wahaha.Perasan! Saya Norhayati. Siapa kenal angkat tangan! Yang bermaksud cahaya hidupku. Sebab tu la blog ni dinamakan cahaya mylife.Kan initial tu. hee~ Saya seorang janda. Anak takde. Tak nak duda.wahaha~ Tapi saya tak pernah berkahwin, bernikah, dan bersuami. haha.Pening? Biarkan! Kalau ada apa-apa informasi best-best seperti lawatan sambil makan, reunion, reception day a.k.a wedding day, or apa-apa yang menarik, sila jemput saya. [Paksa ni!] Hah, admin suruh bagi email or apa-apa kecuali no phone kan? hee~ Ngade-ngade nak bagi no phone nih. 014-55398##. Saya sendiri pun tak tau 014-5 tu talian apa.wahaha. Ala, nak lagi dekat di cahayamylife.blogspot.com atau mana-mana blog saya la. Banyak blog saya ni.hee~ Tapi secara private, boleh la emailkan apa-apa yang perlu ke zaujah1404@gmail.com. Kalau nak buat apa-apa liputan bersama saya, boleh hubungi saya di www.facebook.com/norhayati.rostam sebab saya jarang on FB.wee~ Kini saya menetap di Klang, Selangor. Kat sebelah Carrefour Klang je.hee~ Apa yang menariknya Selangor ni? Uish, banyak! Tapi saya lebih suka bercerita mengenai Klang sebab banyak sangat kalau nak cerita pasal Selangor.Disebabkan saya sedang mencari tempat bulan madu yang menarik, so, serba sedikit saya tahu apa yang menarik di tempat saya. Jom kita tengok.
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz
Inilah dia warisan yang masih dipelihara di Klang. Galeri ini mula dibina pada tahun 2002.Muzium ini dibina oleh Sultan Selangor kesembilan, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bagi memperingati jasa-jasa ayahandanya almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.Terdapat pelbagai koleksi DiRaja yang dipamerkan di sini, terutamanya koleksi sejak zaman kanak-kanak dan juga pertabalan Sultan Selangor pada 1960 dan pertabalan sebagai Agong ke-11 Malaysia pada 1999.
Antara koleksi yang terdapat di sini termasuk mahkota bertatahkan berlian Sultan Selangor, cap mohor DiRaja Sultan Sir Abdul Samad (Sultan Selangor ke-4) dan juga pedang negeri bertatahkan permata Burma dan digunakan oleh Sultan Selangor ke-5. Lebih kurang 3km sahaja dari rumah saya.hee~
Istana Alam Shah
Pintu Masuk Istana Alam Shah
Selalu sangat saya lalu di hadapan pintu masuk ni, tapi tak pernah berkesempatan untuk singgah. [Konon busy macam Sultan.:D] Ini juga di Klang iaitu Klang Selatan. Inilah istana rasmi baginda Sultan Selangor. Istana ni dibina pada tahun 1905 lagi tapi reka bentuk lain la sikit dari yang atas ni. Sebab yang atas ni telah diubah sua sedikit oleh almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada tahun 2000. Lagipun inilah tempat almarhum baginda sultan dilahirkan. :D
Masjid Sultan Suleiman
Masjid ini adalah masjid diraja. Terletak di Kampung Jawa, Klang. Berdekatan dengan Bukit Istana dan tidak silap saya, berhadapan dengan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Yang ni pun saya tidak pernah singgah. Saya pernah la menuntut ilmu fardhu ain dengan Imam Masjid Diraja ini. Terkejut juga bila tahu beliau bekerja di situ. Apa lagi, ambil kesempatan tanya macam-macam la saya kan.:D Oh, tentang masjid ini, reka bentuknya unik Sebab tak sama dengan masjid lain. Ada yang kata ikut senibina campuran Islam Moorish dan Inggeris dan ada yang mengatakan Art Deco. Lagipun ia telah dibina pada tahun 1932 masa pengisytiharan Klang sebagai pusat pentadbiran selepas Jugra. Tahu kan Jugra tu adalah pusat pentadbiran Selangor yang pertama?
Masjid Baru Bandar Klang
Siapa yang datang ke Klang 3tahun lalu, maybe tak sempat lihat seperti ini. Sebab 3tahun juga terbengkalai dan akhirnya ianya terbina dengan baik.Masjid yang berada di tengah-tengah pusat bandar dan di tepi Sungai Klang ini dipercayai mampu menjadi daya penarik dan agak besar juga masjid ni. Pernah la solat di sini selepas berbuka puasa dengan kawan-kawan kerja tahun lalu. Waktu tu, masjid ni baru sahaja siap.
Tugu Keris Klang
Kris monument
Siapa-siapa yang pernah datang ke Klang melalui Tol Sungai Rasau, pasti pernah melihat Tugu Keris ini. Memang nampak macam takde pape kan. Tapi sebenarnya ok jugak la. Kat situ pun boleh jalan-jalan di reflexology centre. Ada kat situ jugak. Tak caye, pergilah. Nak bawak anak-anak jalan kat situ pun boleh. Kan ada taman permainan kanak-kanak.
Kalau boleh nak cerita pasal Gedung Raja Abdullah, Taman Pengkalan Batu, dan Kota Raja Mahadi tapi macam tak berapa reti je nak cerita. Yang penting semua ni berhampiran dengan Masjid Klang, Sungai Klang, dan Istana Klang itu.
Tanjung Harapan
Ya..inilah yang paling famous sekali. Almaklum lah, tempat yang sesuai untuk menenangkan fikiran dan nak berdating dengan isteri atau suami. Best kot duduk-duduk di sini. Nak lagi masyuk, naik Star Cruises. No hal kalau bab tu. Lagi-lagi kalau nak merasa makanan laut bakar, boleh lah cari di sini. Lagi la dekat dengan rumah saya. Dan lebih dekat dengan tempat kerja saya.hehe. Naik motor je beb.
Kalau tak silap di Muara Ikan Bakar
Fuh, memang best. Sebenarnya saya tak pernah rasa lagi makanan Muara Ikan Bakar di Port Klang ni. Kakak saya biasa la. Cuma saya pernah rasa suasana Muara Ikan Bakar di Umbai.hehe. Melaka perginya kan. Yang dekat ada. :D
Replika kapal layar Bugis
Macam tournament kat Terengganu la pulak
read more "Saya Blogger Selangor"

26 November 2010

Blog Pilihan Malaysia 2010 [Jom Mengundi!!]




Ohoh! Ada sesiapa terkejut tak? Ke cahaya sorang yang terkejut? Adeh~ Rasa macam ketinggalan pulak. Sebenarnya tadi Titirara ada tegur  kat shoutbox.
Cahaya pun pelik la.Apsal pulak nih? Bukan dia sorang je yang wish congrats tu. Cerkleng pun sama. Cahaya ingatkan sesaje ke apa. Bila dah lebih sorang yang cakap ni, rasa macam perlu cari sebab la kan. So, pergilah google sebagaimana title di atas. Ohoh! Rupanya wujud. Cahaya pun cari la senarai undian. Dan tersangatlah betul2 ada nama blog ini iaitu بسم الله الرحمن الرحيم telah tercalon dalam BPM2010. Macam ABP la pulak.wahaha~ Maaflah kengkawan. Saya ketinggalan zaman la pulak.hee~ Sangat2 berterima kasih kepada yang sudi mencalonkan blog ni dan tahniah kepada calon2 yang lain. Bila cahaya tengok blog2 lain yang tersenarai dalam kategori cahaya, adeh~ lemah semangat. Semua blog top2 tau. Yang penting cahaya nak minta maaf banyak2 kepada yang wish tu sebab tak bagi respon sepatutnya. [Ada ke patut cahaya gi ziarah blog dorang je. Mana cahaya tau pasal BPM ni.] Dan kepada yang telah mengundi cahaya dan kawan2 cahaya yang tercalon seperti Naim.hee~ Terima kasih banyak2 kepada korang. Yang belum mengundi, cepat2la undi blog pilihan korang. Belek satu2 okey. Buat pilihan yang tepat. Oh, yang nak undi, sila undi di sini.
Cepat2.Undian untuk peringkat pertama ini akan ditutup pada 8pagi / 30 November 2010. Tinggal 4hari beb.Apalagi, meriahkan BPM2010 ni.

p/s:Nak tolong undi kawan2 punya boleh?
read more "Blog Pilihan Malaysia 2010 [Jom Mengundi!!]"

Masalah kotak email

Assalamualaikum kawan2.
Maaf sangat2 atas kesulitan. Cahaya tak perasan pulak Jot Form yang cahaya guna selama ni ada masalah. Tadi saje2 la try sebab banyak kali terima jot form kosong.
Rupa-rupanya bila klik, terus ke kotak Submit Form. Mesti korang menge'cis' dalam hati.wahaha~
Asifah jiddan. Dan hari ini cahaya kembali kepada form lama cuma cahaya letak kat blog ni dalam bentuk button.[Jimat space]
 So, u all klik dan isi form seperti biasa. Form itu akan pergi ke new tab. So, don't worry okey!
Lagi sekali, ampun maaf dipinta sekiranya terguris perasaan anda yang ingin mengirim email tetapi emailform bermasalah. Asifah marratan ukhra.
read more "Masalah kotak email"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP