Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

25 April 2011

Home » , » Segmen Blog Saya

Segmen Blog Saya



Kenapa blog saya? Sebab saya kena cerita tentang blog saya sendiri.huhu. Ok2. Segmen yang ditaja khas oleh pihak kementerian teknologi dan inovasi ini telah bermula tadi. Jam berapa tak pasti. Tapi tamatnya esok petang.huhu. Okey2. Segmen ini sebenarnya anjuran dari Krole. Tuan empunya blog krolezone.com. Beliau mahu masing-masing promote blog sendiri. Tapi kalau tak suruh pun, masing-masing suka promote blog sendiri kan. Buktinya pergi ke blog orang, mesti PING blog. Betul tak? Okey, terus kepada segmen ini.

Prolog
Halaman blog yang berwarna merah, peach, pink, maroon, dan lain-lain lagi yang aku tak dapat cam kalernye ni, buat aku terfikir-fikir. Adakah para pengunjung blog aku ni boleh terima appearance blog aku ni. Kotla kata kena pakaikan kot ke, gaun ke, blazer ke. Aku boleh je nak buat. Cuma takut korang terkejut la pulak nanti kang.haha. Aku rasa readers blog aku akhir-akhir ni agak boring dengan entri-entri di blog aku. Asyik-asyik pasal pengantin, pameran.haha. Jangan ngengade eh. Blog aku ni macam-macam ada. Kalau tak mahu baca pasal pengantin, tazkirah banyak. Sebab ni lebih kepada tazkirah. Yang seronok baca pasal pengantin ni bakal pengantin je. Ye dak?

Ada apa pada nama?
Blog ini telah dinamakan dengan بسم الله الرحمن الرحيم. Kepada yang tak tahu baca, bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Pernah tak dengar kisah seorang guru setiap kali memulakan sesi pembelajaran, beliau akan menulis lafaz bismillah itu di papan putih. Kelas beliau ketika itu mempunyai seorang pelajar cina. Kebiasaannya itu telah membuatkan akhirnya pelajar itu memeluk agama Islam. Kenapa kita kena mulakan setiap perbuatan dengan lafaz bismillah? Banyak kelebihannya. Antaranya menghindarkan rasa benci, menundukkan orang zalim, menghindarkan diri dari perkara-perkara yang tidak diingini dan banyak lagi. Sila gunakan perkhidmatan talian hayat yang disediakan iaitu Encik Google. So, aku harap sangat setiap yang membaca blog ini akan menerima dengan hati terbuka dan rasional. Bijak memilih yang mana baik dan buruk. Kerana aku juga insan biasa. Tak lepas dari kesalahan. Walaubagaimanapun, mana yang salah, masih boleh diperbetulkan. InsyaAllah. Yang paling penting korang tak benci tuan blog yang baik hati dan cumil ini.hee~

Sejak bila berblog?
Sejak Mei 2009. Agak lama. Dan alexa rank blog ini kini baru capai 784 376. Manakala traffic rank in Malaysia 6 900. Walaubagaimanapun alhamdulillah page rank sudah mencapai 1. Agak susah sebenarnya untuk tingkatkan page rank jika jarang update.  So, nak tingkatkan PR, kene mahir dalam SEO. Aku pun masih belajar. Rasanya sebab blog aku ni terlebih banyak pasal pengantin dan pameran kot. Sebab kalau taip pasal Pameran Pengantin 2011, blog aku adalah yang paling teratas. Agak tak sangka jugak. Tapi buat biasa sudeh~

Tujuan berblog
Sebenarnya cuba untuk mengetengahkan tazkirah. Memang aku akan utamakan tazkirah. Dan aku cuma selitkan sedikit tentang pameran dan pengantin serta info-info berguna. Sambil-sambil membantu insan yang mahu membina masjid. Tak sangka sudah ada yang nobatkan blog ini sebagai blog universal. Walaupun kadang-kadang ada entri santai, sebolehnya aku cuba menampakkan tersiratnya dari segi ukhrawi. Selit-selit sedikit pendapat dan pengisian yang bermanfaat.Sebab dunia dan akhirat tidak boleh dipisah. Walaubagaimanapun terima kasih kepada semua kakitangan masyarakat yang terlibat sama ada yang masih hidup mahupun sudah meninggal dunia. [Erm..ada ke?].

Penutup
Blog yang serba tak canggih tetapi comel dan cute ini haraplah sangat dapat memenangi hati encik Krole.wahaha. Saje-saje mahu Krole promote blog ni. Walaupun dah selalu jugak Krole sebut-sebut. Saya(blog ni) kan buah hati anda(krolezone).haha.Jangan salah anggap sudah.

p/s:Sesiapa nak join, sila klik banner segmen.Terima kasih.

6 kata penuh gaya:

krole 25 April 2011 pada 11:59 PTG  

huhuuh menarik wak~ngee..cukup smua maklumat hehehe~thanks sudi join~

_be yourself_ 26 April 2011 pada 1:39 PG  

nice entri ! saya sukaaa :)
baru follow blog anda :)

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP