Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

18 April 2011

Home » » Bacaan Unik Dalam Al-Quran

Bacaan Unik Dalam Al-Quran

Hari ni tentang al-quran lagi. Pagi tadi tengah-tengah cari ceramah dalam You Tube, aku terjumpa satu blog iaitu Merah. Berbicara tentang keunikan bacaan di dalam al-quran. Wahh..aku ni namanya je ngajo tajwid, tapi banyak bebenor yang aku tak tahu. Yela..tajwid dengan qiraat kan beza. Tapi aku tetap belajor dari semasa ke semasa.Walaupun di sekolah kurang penekanan pada cara bacaan ni.



1) Surah Huud ayat 41

Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa

Bukannya maj + roo + haa

ataupun maj + ray + haa

Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=jiaiF5LyayA
(minit ke 0:40)

************
2) Surah Yusuf ayat 11

Asal perkataan tersebut ialah 'tak-ma-nu-na', yang bermaksud, "Tidak percayakan kami."

Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.

Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktunun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut 'tak-ma-nu-na' tetapi 'nu' itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.

Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na

Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.

Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام

**********

3) Surah Fussilat ayat 44

Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.

Asal perkataan ini ialah a-a'-ja-miy.

Hamzah pertama bermaksud 'adakah'.

Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab:A'jamiy - yang bermaksud 'orang bukan Arab'.

Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a'jamiyy,

tetapi lebih kepada
Aaa'jamiyyuw wa 'arabiyy

Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan 'ain.

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=yNnWJIcSbO0
(minit ke 4:40)

**********

4) Surah al-Ahqaaf ayat 4

Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.

Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.

Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atasjuga, tapi dibaca dengan baris bawah.

Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?

Tapi kat sini pelik sikit.

Kita kena baca:

ii-tuu-nii

Bukannya

Uk-tuu-nii

http://www.youtube.com/watch?v=dRY70ogCj6A
(minit ke 0:53)


3 kata penuh gaya:

Fadzli Amir 18 April 2011 pada 2:43 PTG  

Salam....memang banyak yg kita tak tahu walaupun setiap hari melihat dan membacanya...

ayaz_alhafiz,  18 April 2011 pada 10:17 PTG  

salam,
untuk 3) Surah Fussilat ayat 44, hamzah k2 dibaca dengan kadar 1/3 shja.
untuk 2) Surah Yusuf ayat 11 pula, boleh dibaca 2 wajah-isymam & raum .
semakin anda belajar, semakin xtau.
blajar sampai mati.

D.L.M Supplement Ent 19 April 2011 pada 8:02 PTG  

kalau banyak hadiah jomlah sponserkan GA DLM ok kalau nak sponser tinggalkan email anda kat bahagian komen ok

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP