Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

14 April 2011

Home » , » Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011


Yeah! Yeah! Pesta Buku Kembali!
Macam kanak-kanak ribena pulak daa. Siapa yang tak seronok bila ada pesta buku? Yang tak pandai baca pun nak beli buku, buku bergambar/ grafik. Aku rasa ikut statistik, memang pesta buku dapat pengunjung yang tersangat ramai. Tapi macam mana orang boleh kata rakyat Malaysia ni kurang membaca? Cuma malas nak menulis report je. Membaca dengan menulis kan dua benda berbeza. hee~ Pandai nak cover ye cik cahaya ni. Tapi ikut yang dorang punya statistik ni kurang 10buku setahun rakyat Malaysia baca. Hurm..aku pun tak tau macam mana dorang buat. Tak aci kalau guna report je.huhu. Lagipun setiap tahun budaya membaca ni meningkat apabila terpaksa menjana ekonomi, apabila terpaksa membaca. Melalui internet pun ya jugak tau. Ni bukan aku kata, ni Tuan Haji Hassan Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Buku Negara yang kata.haha.

Pesta Buku Antarabangsa 2011 untuk kali yang ke 30 ini bakal berlangsung pada 22 April 2011 sehingga 1 Mei 2011. Mestila di Putra World Trade Centre,PWTC kan. Bermula pada jam 10pagi sehingga 9malam.
Kali ni memang besar-besaran sungguh. Serius aku cakap. Sebab Tuan Hassan kata, 100 lagi penyertaan untuk pesta tu terpaksa ditolak. Memang berjalan la korang macam dulu ke seberang tu.waaahhh.
Aku sarankan korang kalau nak pergi, pergi waktu pagi.haha. Tips ni berguna tau. Pasal aku selalu pergi pagi, balik tengah hari. Pastu petang pergi lagi, balik petang gak la. Bijak tak aku? Buang duit minyak je.hahaha. Tapi memang selalu macam tu. Aku pun tak tau kenapa. wee~
So, jom ramai-ramai memeriahkan!

3 kata penuh gaya:

SyUhAdA 14 April 2011 5:40 PTG  

wah..bes nie..
tp xleh nk g..huhu

Norhayati Rostam 14 April 2011 6:19 PTG  

@SyUhAdA
Kenapa tak boleh pulak?
Tengah exam ke time tu?

Khairi 18 April 2011 3:34 PTG  

Salam,

JUmpa di sana. di booth Jemari seni okeh!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP