Luahan Lelaki Terhadap Wanita
Luahan Si Lelaki ni dapat dari blog burungman.
Wahai wanita
Aku merayu kepada korang
Jangan la pakai yang seksi-seksi
Kerana mata aku jadi juling melihat korang
Hidup aku jadi tidak tenteram
Hati aku jadi jadi tidak keruan
Menahan diri daripada menjadi tidak terkawal
Melihat wajah yang cantik
Melihat bentuk badan yang ramping
Melihat kulit yang licin menggebu
Melihat lenggok langkah yang menggiurkan
Aku tau, iman aku masih lemah
Korang pun jangan la tambah melemahkan iman aku
Aku berusaha menundukkan pandangan
Tapi sampai bila aku mau jalan sambil tengok tanah?
Aku mau jalan dengan bebas
Sambil tengok ke arah depan
Tanpa perlu risau terlihat korang yang seksi-seksi
Entah bila baru aku dapat merasai sedemikian
Wahai wanita
Aku suka melihat korang bertudung
Sungguh manis sekali dilihat
Tapi alangkah sayangnya
Tudung yang korang pakai itu terlalu mencantikkan
Lihat saja shawl, tudung yuna dan segalanya
Memang korang nampak cantik pakai semua tu
Tapi cantik atas sebab lain
Pakai tudung tapi masih menampakkan, err, 'dua gunung'
Pakai tudung tapi masih menampakkan bentuk badan
Pakai tudung tapi aurat lain tidak ditutup dengan lengkapnya
Aduh, terseksa batin aku
Korang lagi cantik dari wanita seksi
Tapi tidak ubah seperti wanita seksi
Masih membuatkan hati aku tidak keruan
Adakah aku terpaksa menundukkan pandanganku selama-lamanya?
Wahai wanita
Jangan la terlalu mencantikkan diri
Kerana bagi aku, korang memang sudah cantik
Semua wanita memang cantik
Semua ciptaan Allah indah-indah belaka
Cukup la sekadar orang tertentu saja melihat kecantikan itu
Aku tidak sanggup menjadi perampas hak milik orang
Aku tidak mau berdosa kerana itu
Dan aku pun tidak mau korang berdosa jugak
Semua pun mau masuk syurga bukan?
Kecantikan bukan hanya perlu ditunjukkan di luaran saja
Kecantikan dalaman la yang sepatutnya ditunjukkan
Maksud aku bukannya tunjukkan hati tu kepada orang
Tapi jadi la wanita yang baik
Wanita yang menjaga agamanya
Wanita yang tidak menyebabkan hati lelaki jadi tidak keruan
Wahai wanita
Mari la kita berubah
Aku berubah dengan menahan pandangan aku
Korang berubah dengan mengubah penampilan korang
Kita sama-sama berubah
Aku tau memang susah untuk berubah
Tapi hasilnya pasti sangat baik
Aku dapat pahala, korang dapat pahala
Aku masuk syurga, korang pun masuk syurga
Senang saja sebenarnya
Aku tau, perempuan ego sikit bila sebut tentang kecantikan
Semuanya memang ingin nampak cantik
Tapi cuba la runtuhkan ego itu
Mind setkan minda korang
Fikirkan bahawa yang cantik-cantik itu perlu disimpan
Bukan untuk ditayang sesuka hati
Benda yang cantik itu berharga
Tetapi tidak perlu ditunjukkan kepada semua kecantikan itu
Apa gunanya bila semua orang tau?
Paling-paling pun, lelaki semakin tidak keruan hatinya
Yang perempuan pulak, akan ada yang cemburu
Jadi, mari la kita sama-sama berubah
Simpan la yang cantik-cantik itu
Kerana sampai bila-bila pun, korang memang cantik
I know you can do it, girls
-Luahan Hati Si Lelaki-
0 kata penuh gaya:
:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =)) Catat Ulasan