Selamat Datang ke ruangan informasi cahayamylife.com! Semoga bermanfaat untuk semua~

23 Disember 2010

Home » » Misi 30hari mencari cinta:7days left

Misi 30hari mencari cinta:7days left

Apa tu? Tajuk takleh blah.
Tapi betul beb. 30 hari je tau. Dan malangnya tinggal 7hari. Aduh..dugaan, dugaan. Bukan memilih pun. Tapi nak buat macam mana. Yang datang, semuanya tak berkenan.
Sabar ye duhai hati. Anda mampu hadapinya.
Ya Allah..permudahkan urusanku.
Okeyp.Entri ni sebenarnya nak menjawab tag cik myra kite ni.hee~ Atas tu penggempak je. Sori ye.
Soalan-soalannya adalah:
1.Apakah status anda?
Hah? Adeh~ Sila faham di atas ye.

2.Ceritakan pasal diri anda.
Seorang pelajar.
Bulan 2 tamat asasi di Uiam dan bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di UIAM juga.
Tak tahu nak kata apa dah.
Cukup la tu.

3.Ceritakan pasal blog anda.
Huhu. Sebagaimana yang anda dapat lihat di blog ni seperti saya peminat pink kan. Sebenarnya tidak pun. Blog ini memberatkan kepada tazkirah untuk saya khususnya. Saya lebih suka letakkan di sini mengenai yang berkaitan dengan diri saya. Tapi ada sorang reader blog saya. Saya rasa silent reader sebab baru sekali beliau komen di kotak komen salah satu entri blog ini. Beliau kata blog ini universal dan lebih kepada islamic. Itu pandangan beliau. Entah. Yang penting semua untuk saya rujuk semula.

4.Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Speechless dibuatnya. Yang penting, mudah dapat ilmu. Dan menerima secara santai sebab kebanyakan penulis lebih gemar menulis secara terbuka tanpa bahasa yang formal. Cuma dugaan dalam berblog tu banyak. Lebih2 lagi ada orang yang plagiar. Adoih~ Copy paste juga. Penat2 den buat research, cari sana, cari sini.Gabungkan situ dan sini. Anda ambil begitu sahaja. Mungkin anda sangka saya juga copy paste sebagaimana yang terletak di sini. Okeyp.

5.Nasihat kepada rakan-rakan yang baru nak buat blog.
Pastikan anda sudah merancang konsep blog anda. Buat fasl atau pembahagian ruangan yang bersesuaian. Bijak menggunakan widget. Sebolehnya buat se'simple' mungkin untuk layout atau background. Jangan macam blog ni. Nak tambah barang lagi pun takut pasal dah berat. Member nak bukak blog ni pakai phone pun dah takleh. Rasanya macam dah banyak kurangnya. Jangan terlalu obses sehingga semua benda anda cerita. Anda perlu ingat, masing-masing ada aibnya. Dan jangan pula membuka aib orang. Cukup dijadikan teladan hanya menggunakan contoh. Eh2, terlebih sudah. Ikut anda la macam mana konsep blog anda. Kalau terlalu personal, tidak perlu dijadikan public. Cukup untuk invited readers.Faham?

6.Nyatakan keunikan yang terdapat di blog anda.
Tiada.

7.Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Selama mana broadband ni berfungsi, selagi tu la blog2 den berjalan.
Impian pulak dah. Macam dok kat hotel Impian Morib pulak. Sentiasa mengharap semua readers/pembaca sama ada silent ataupun tidak, anda ambil yang positif sahaja. Kisah yang negatif, sila ambil iktibar. Untuk sudah memadai. Saya tidak minat keluar2 untuk berdakwah. No, no. That's not me. Jadi, inilah caranya saya meneruskan hidup.

Sekian sahaja tag kali ini.

6 kata penuh gaya:

hafiz bayami kelantani,  24 Disember 2010 pada 11:55 PG  

saya rasa bukan misi 30 ari cari cinta.
lebih sesuai misi 30 ari mncari jodoh.hee3
maaf yea. pepun saya doakan agar berjaya. lebih 30ari pun xper. bkn mkna gagal kan klu lbih 30 ari. mg nnt dpt suami soleh, yg sama2 mnuju redha Ilahi.

Cahayamylife 24 Disember 2010 pada 9:15 PTG  

@hafiz bayami kelantani
Ala..sama la tu.
InsyaAllah.
Takde la.
Bila dah masuk bulan 1, saya barulah bergegas untuk memilih dan menerima resume.
:D
Dalam masa 30 hari ni cuma penantian.
Atau lebih tepat, 31hari.
:D

hafiz bayami kelantani,  24 Disember 2010 pada 9:27 PTG  

resume???
dahsyat jugak cik cahaya kita ni.
msti banyak dah resume ni kan.mg berjaya misi anda.

Cahayamylife 25 Disember 2010 pada 12:53 PG  

@hafiz bayami kelantani
Eh, takdelah.
Kalau yang hebat2 tahap boleh tajalli tu, seram lorh.
Tak sanggup den.
Terasa jauh giler.
Ada yang lebih baik untuknya.
Yang risau sekarang ni orang yang reject kita.
hee~

hafiz bayami kelantani,  7 Januari 2011 pada 12:04 PG  

wanita yang baik utk lelaki yang baik
wanita yg krg baik utk lelaki yg krg baik
usah idamkan Fatimah jika diri x seperti Ali

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


  © Blogger template AutumnFall by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP